Saturday, 28 April 2012

Kenapa Aku Pernah Benci Budak Sekolah Agama

Assalamualaikum.
Curious? Come on la beb, please chill ja bila baca entri ni.

Suatu ketika dahulu, aku ada kawan-kawan. Dan, kawan-kawan aku bukanlah setakat tertakluk kepada budak sekolah oren dan sekolah purple sebab kawan-kawan aku memang ramai ja yang bertempek di sekolah lain. Kalau nak ikutkan, kawan-kawan aku ramai dari sekolah pinggan-mangkuk, sekolah burung, sekolah ali-abu dan sekolah agama.

Dan, masa hujung tahun time Form2, aku dah dikerah secara paksa untuk join tuisyen. Arggh!! Siriyesli aku benci sebab nak kena masuk tuisyen. Nak dijadikan cerita, ramai kawan tuisyen aku ni dari sekolah agama. And, aku ni antara yang terasa diri kecik cinonet disitu sebab aku antara dari beberapa lagi ja yang pakai tudung kecik, maybe tudung bidang 35. Yeah, tu tudung yang orang selalu pakai time main netball. Yeehhaaa!! Masa tu la, time tu, time tu, 2008. 

One day, ada la budak sekolah private aliran agama ni dia macam dok sindir-sindir aku. Dalam hati aku ni memang dah berapi tahap superb ah 'yang hang dok perli menatang pa weii??' Actually, aku suka ja tengok budak-budak tudung labuh, siriyes! Tapi, start hari tu aku macam pandang serong sikit la kat budak tudung labuh. Ok, dia judge aku sebenarnya. Dia compare-kan tudung aku dengan tudung-kalau-tak-pakai-baju-pun-still-nampak-macam-baju dia tu. Hangat gila time tu.

It's ok then, aku pun benci la dia 2 hari, then dia bawak mai dah aura sekolah private agama dia tu. And, aku ok ja, aku suka ja dengar cerita yang relate ke arah agama. Dia cakap setiap petang, diorang akan baca al-Mathurat. Then, aku mengaku la time tu aku tak kenal pun al-Mathurat tu benda apa sebab time tu aku panggil sebagai buku Yasin. *sigh.

Balik rumah after tu, aku tanya wan aku, "Wan, ada al-Mathurat dak?". Pastu aku pun dapat sebuah buku al-Mathurat dari wan aku. Nak tau wan aku kata apa kat aku? Wan aku cakap, baguih la kalau nak belajar benda-benda ni. Okai,okai, time tu aku curious sensangat what is the function of al-Mathurat. Oucchh, tu zikir amalan Rasulullah setiap pagi dan petang rupanya. Sehari suntuk, actually time petang tu, aku pun sibuk mentelaah al-Mathurat siap baca translation sekali. Pergghh!! Nampak tak kegigihan tu, hihihi.

Keesokan harinya, aku pi tuisyen, aku bagitau kat budak sekolah private agama tu, "Fatin dah tau dah al-Mathurat tu apa!!". Aku eksaited gila time tu. Then, budak tu cakap kat aku, "elleehhh, tau tu pun sebab rasa kechiwa la sebab tak tau al-Mathurat tu benda apa. Mesti cari al-Mathurat sebab kami, bukan ikhlas pun". (T_T) *sigh*

Tu antara sebab aku PERNAH tak suka budak sekolah agama sebab kadang-kadang diorang judge orang. U know what, sebenarnya tak kekok pun kalau budak tudung pendek and budak-freehair-rambut-dai [dye]  kawan dengan budak tudung labuh, tapi the problem is orang akan cakap bertapa 'awkward' gilaaa kalau tengok situasi macam tu. In fact, kalau nak ikutkan, aku no problem pun kalau kawan dengan budak tudung labuh asalkan dia tak terlalu judge aku, nasihat aku dengan penuh berhikmah, ajak aku buat kebaikan and yang paling penting dia buleh spread dia punya aura dari sekolah agama tu dengan penuh ketelitian yang aku sendiri tak dapat nak rasa sebab terlalu teliti, hahahaha. :D

Maybe la cara aku macam aku ni kuat terasa hati, tacing la konon, tapi kalau sapa yang ada kat situasi aku TIME TU memang akan rasa kecik tahap ah. Siriyes! Dan, kalau sekarang aku jumpak balik budak sekolah agama tu, aku taktau apa yang patut aku cakap sebab dia pun dah lain. Tudung labuh dia dah digantikan dengan shawl nipis, baju muslimah dia dah digantikan dengan baju-adik-then-pakai-inner, stoking pun hilang. Nauzubillah, aku taknak ah jadi macam tu, taknak.

Aku cerita ni bukan nak mengaibkan, tak pun sebenarnya sebab aku pun bukan bagus pun. Kalau aku nak aibkan, better kutt kalau aku mention terus nama sekolah and nama orang tu kan. Biar la kita sama-sama ambik pengajaran. Tak bermakna kalau korang bagus harini, selamanya korang akan terus bagus. Tak selamanya kalau kau staraight A exam harini, kau akan terus straight A selamanya. Jatuh bangun tinggi rendah dalam kehidupan tu satu perkara yang biasa. And, aku nak highlight-kan disini, jangan kita terlalu membenci pendosa. Bawaklah pendosa tu ke jalan yang baik, bukan dengan cara menghina, meng-aib-kan. 

Dan, aku rasa bersyukur sebab aku dapat masuk sekolah purple masa Form4 which is bukan sekolah agama and bukan jugak sekolah teknik. Aura agama tu memang banyak ah! And, for sure, BADRI [Badan Dakwah Rohani dan Ibadah] memang superb! Seronok sharing-sharing story sama-sama dan berbulatan gembira  [usrah] ramai-ramai. Memang diorang ni tak judge pun, even dengan adik-adik yang agak keras pun, diorang still ajak ja recite surah Yasin ramai-ramai even time tu adik tu skip riadah. Nak lari dari riadah, kena baca Yasin dengan senior Form5. Muahahaha!! (^^,)

Ada satu kisah, berkenaan seorang alim. Satu hari dia berjalan, kemudian terlanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar itu, si alim berkata: “Tak guna punya ahli neraka”Si Nasrani marah. Si Nasrani berkata: “Apakah kau yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahawasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu tuhanku, tiada tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya” Kemudian Si Nasrani meninggalkan si alim itu. Si Alim meneruskan perjalanan, akhirnya dia melalui sebuah rumah. Keluar dari rumah itu gadis yang sangat cantik, hingga memikat dirinya. Maka dia segera bertemu dengan ayah perempuan itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupanya, keluarga itu adalah keluarga nasrani. Si Ayah berkata:Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke agamaku ini, dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan”Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, lelaki alim tadi bersetuju.Satu ketika, lelaki nasrani yang sudah Islam tadi, melalui kembali jalan itu dan terserempak dengan lelaki alim tadi yang sedang mengembala khinzir.Apa yang sudah berlaku kepada kamu wahai muslim?”Si alim tadi menjawab: “Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita”

Cara yang salah akan membuatkan umpama, setitis nila rosak susu sebelanga. Ok, I gotta say that aku dah start merapu dah. Tapi betui kan, kau try tanya kenapa ada orang yang tak suka blog agama? Sebab ada sesetengahnya terlalu ekstrim, terlalu menghukum pendosa and kadang-kadang suka ja meng-kafirkan pendosa walhal penulis blog tu pun sebenarnya manusia biasa. 

Nampak? Sebenarnya, kadang-kadang orang kebiasaan pun, yang selalu ja yang terjebak dengan dosa, Allah kasi hidayah. Well yeah, hidayah tu milik Allah. Allah akan kasi ja kat sesapa pun yang Dia nak. Mungkin hari ni orang tu seorang skater yang ektif, yang selalu ja tinggal solat, tapi mana tau, one day tiba-tiba dia dapat kesedaran tu untuk change for good, why not? And, Allah buleh ja tarik balik hidayah tu. So, hidayah tu perlu dijaga, and tak perlu kutt sekadar tunggu ja hidayah, so usaha-kan untuk dapatkan hidayah tu Ouch, seronok jugak kalau aku nak kasi korang baca blog ni, kasi fikir sikit. Kata kuncinya adalah hikmah!

Who is then, dear brothers and sisters, are more blind when he see these signs and choose not to take lessons from it. May Allah ease us in our effort to live of life following His guidelines. May Allah bless us the strength to be steadfast in the path of achieving His blessings. May Allah shine upon us His light and guidance for us to better see the reasons of living in this world. -kredit-

And the last, sekarang memang aku tak benci budak sekolah agama, siriyes! Aku hanya kurang suka behaviour diorang. And, kalau nak ikutkan pun, kawan-kawan aku tak suka sekolah agama even diorang sendiri graduate dari situ sebab ada ja budak sekolah diorang yang freehair bila dah keluar dari gate sekolah. Sebenarnya, kena ikhlaskan hati and paksa diri untuk obey the obligation sebab kadang-kadang hukum Allah tu bersifat keterpaksaan such as dari segi aurat, either kita nak tutup aurat atau taknak, Allah dah tetapkan yang kita memang WAJIB tutup aurat. So, memang dah takda plihan, maka memang wajib la tutup aurat.. Ikhlaskan kerana Allah, pahala disitu. :)

And, tak semua budak sekolah agama macam tu kan, sesetengah ja. Ramai lagi yang baik, yang selalu spread the Love tu. :D

#sometimes, bila aku nampak budak sekolah harian yang lipat tudung teruk-teruk, aku macam nampak diri aku sendiri#

Friday, 27 April 2012

Kolej Matrikulasi Kedah. Survey.

Assalamualaikum.
Hello kawan yang dok survey pasai Kolej Matrikulasi Kedah. Nanti cari budak nama Fatin Syazwani Abd Rahim kat sana tau!! 

Gambar-gambar ni dicuri dari blog http://mystory88-apis.blogspot.com/2012/03/kolej-matrikulasi-kedah-selepas-6-tahun.html. Huuih, semua dari blog tu, tapi aku ambek sikit jela gambar yang penting saja. Saja. [=="]

Aku cuak gila nak daftar matrik ni sebab aku tahap kutuk KMK gila-gila. Dan, setiap kali aku TERPAKSA berpindah tempat study, for sure aku akan cuak lagi dan lagi dan lagi. *sigh. So, ini ialah KMK!!






So, untuk sesapa yang daftar 27/5/2012 kat Kolej Matrikulasi Kedah, sila-silalah cari Fatin Syazwani binti Abd Rahim dari sekolah purple <-- ok, aku dok promot diri dari awai tadi lagi. (^^,)

Ouh, dan satu lagi, KMK ni selalu ada bekalan air.. Dulu aku dok kutuk KMK sebab selalu takdak bekalan ayaq [aku orang Kedah], jadi memang sentap la. Rupa-rupanya, aku TERsalah la, bukan KMK yang selalu takdak ayaq tu, tu kolej lain yang nalaaa Kedah jugak.. KMK ni baguzz!! :) *ayat penyedap hati*

"Jikalau kamu hendak mencari ilmu akhirat maka ilmu dunia akan datang kepada kamu, dan jikalau kamu hendak mencari ilmu dunia maka ilmu akhirat tidak akan datang kepada kamu".


#KMK, im kaming#

Tuesday, 24 April 2012

Aku Dapat Matrik Kedah

Assalamualaikum.

Hai kawan... [Lemah]. Kenapa ni Tinsyaz? Fatinsyaz kenapa? [=="]

Ok, aku dapat tawaran untuk ke Kolej Matrikulasi Kedah. Omaigad, aku punya dok kutuk KMK, last-last sekali aku dapat offer sana.. Fuuuiihh, betoi la, jodoh aku memang kuat gila kat belah Kedah. Dah la Kedah naaallaaaaa nuuh, kalau YAN tu bandaq wei!! (66,)

Dulu dapat offer sekolah purple, memang nalaa Kedah dah, ni dapat Changlun pulak dah.. Nahaaiiihh, adoi-adoi, memang anak jati Kedah sungguh. Semalam masa cek online, takleh lagi. Then aku cek la pakai SMS kan, tengok-tengok, nerhh, dapat KMK!! Mak aku siap buat muka, "pasaipa pi dapat Kedah ni.. Nak pi dak??"

Ok, aku terima seadanya, then aku pun cek online. Fuuhhh... 


Sobsss, ayaq mata tak menitik, tapi hingus tu laju la... <- merepek disitu, so tak payah percaya. 

And, aku akan menetap disini. --> Ouch, belakang tu ada gunung-ganang la.. Feewiit, macam Gunung Jerai kat BANDAR YAN!!! kekeke~ :D 


“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” Surah Al-Qasas ayat 77.

#apapun, alhamdulillah#

Monday, 23 April 2012

Tudung dan Shawl.

Assalamualaikum.
Hei girls yang suka pakai shawl.

Gambar ataih tu, kira aku explain k. Dari kiri ke kanan k, yang kiri tu tudung ekspres, then pashmina, pastu shawl nipis, tudung labuh, shawl tebal, tudung berjahit biasa dan yang kanan sekali tuu, errr?? :)

Tak la kan, aku ni layan ja apa ja pun tak kira la tudung bawal, pashmina or shawl. Tapi, most of lelaki akan anti gila-gila dekat golongan shawl. Aku pun tak faham kenapa, tapi yang aku tau, most lelaki akan cakap shawl tu menjengkelkan dari segi warna, cara pemakaian, rimas-rimas. Tapi aku sebagai perempuan, aku membela la golongan shawl sebab aku pun pakai shawl ja. Ehem.. 

Tak, maksud aku, shawl tak bersalah pun dalam hal ni. Before aku pakai shawl and pashmina, aku selalu cakap yang pakai shawl tu sangat rimas. Tapi, secara siriyesnya, aku cakap shawl lebih senang dipakai berbanding tudung bawal. Tapi, ikut jugak la style macam mana cara pemakaian shawl tu. Kalau yang style jarum peniti berpenuh kat shawl tu, memang takdak pasai ah aku nak berdiri berjam-jam semata-mata nak selit jarum kat shawl ja.

By the way, pakai shawl tak salah pun. Kalau shawl korang tebal, tak nipis, panjang dan lebar yang mencukupi, cara penggunaan yang betul, memang boleh ja tutup semua aurat tu tambah kalau korang pakai stoking dengan handsocks, walaweh!! Kira ok letteeww!! XD!!

Tak, korang cuba fikir balik kan. Kalau ada gadis A, dia pakai tudung bawal tapi part depan tak dilabuhkan pun, then pakai blouse 3 quaters, pakai sandal then ada gadis B, dia pakai shawl tapi tutup lengkap part yang nak kena dilabuhkan pun, pakai blouse lengan panjang, pakai handsocks, pakai stoking then pakai kasut bertutup. Yang mana satu agaknya yang auratnya memang tertutup sempurna? Ok, let's think together dear, sometimes ada yang jenis 'you-pakai-shawl-so-please-go-away-rimas' tapi ada yang jenis 'you-sweet-pakai-tudung-even-aurat-tak-tutup-sempurna', so pilih la. 

Aku tuleh macam ni sebab aku pun pernah terfikir bila aku jumpak gadis di luar sana. Bila aku nampak orang pakai tudung bawal tapi senang-senang angkat tangan nampak lengan aku macam buleh pejam mata sebab tu dah macam kebiasaan. Tapi, kalau ada perempuan pakai shawl even dia pakai handsocks sekalipun, aku akan fikir 'kenapa dia pakai shawl?' And, after aku pakai shawl, aku memang cakap shawl memang senang pakai la sebab tak perlu nak maintain-maintain kalau angin tiup sekalipun. Tak perlu nak pfffff. <-- ini ialah bunyi hembusan menghala ke arah atas sebab nak maintainkan tudung, kekeke~. (^^,)

Kat sini, aku memang takleh nak kata apa la kan. Yang mana auratnya tertutup sempurna, pakai jela. Tak guna jugak kalau korang pakai tudung bawal tapi pakai short sleeve kan? Tak jadi jugak kalau kau pakai shawl tapi part depan tu tak dilabuhkan pun. So, bawah ni ada link tutorial untuk shawl, so plis check it out kalau nak belajar memang cover depan and tak rimas-rimas sangat pun.

http://www.youtube.com/watch?v=6RuczVmyOnM


Ouch dan satu lagi, pakai tudung bawal pun ok, asalkan korang complete la the part aurat tu. Tak perlu la kut nak kondem-kondem gadis yang pakai shawl. Pernah kami-kami ni kondem korang wahai adam disebabkan rambut korang yang cacak-cacak sampai kalau cicak jatuh atas tu pun boleh mati, kondem cara kau dressing, kondem pasal sideburn korang yang memang rimas tu? Tak jumpak lagi kut kalau Google 'benci orang ada sideburn', tapi kalau korang try Google 'benci orang pakai shawl', memang wujud ja entri macam tu..

 jangan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada [an-Nur ayat 31]

#ramai orang keliru antara sanggul bonggol unta dengan sanggul tinggi#

Saturday, 21 April 2012

Contest : I Love My Friends.

Assalamualaikum.
Wait! What is dat Tinsyaz? Your new boyfie? Oh my?!!! Patutla dah tukaq blog baru!! 

Apala... Jangan dok teruja sangat bila nampak gambar laki macam Ronan Keating dengan John Lennon tu. By the way, ni la contest dari blog Cik Aqma yang segak tuu. Tajuk contest ni, I Love My Friends. Cik Aqma, Tinsyaz memang LOVE GILAAA ah kawan-kawan Tinsyaz tau!! Cuma Tinsyaz 'malas' ja nak mengaku depan-depan sebab nanti kawan-kawan Tinsyaz over-loaded-hepi-hepi-yang-terlalu-over-terlebih-dos. :)

Kepada siapa2 nak join contest nie ade syaratnya, antaranya adalah :

  • Follow blog Aqma
  • Letakkan banner di atas, dan link kn kepada contest ni
  • Buat satu entry yg bertajuk  CONTEST : I LOVE MY FRIENDS bersama gambar korang dengan kawan korang ( tak kesah la kawan korang sorang ataupun ramai)
  • Sertakan ‘KENAPA KORANG SUKA BERKAWAN DENGAN DIORANG ?
  • Lastly, Letakkan link blog korang dekat kotak comment Aqma
  • Tag kan kepada sorg rakan blogger anda. (make sure dia tahu)


Bagaimana pemenang dipilih ?

  • Cukup syarat2 di atas
  • Entry yg sgt best dibaca
  • Gambar bersama yang sgt sweet


Hadiah yg akan dimenangi :
1st = RM15 topup
2nd = RM 10 topup
3rd = RM 5 topup


Weiiihh!! Dapat topup tu, teruja ni.. Ahakzz, hope Tinsyaz menang la kan Cik Aqma. Mula-mula nak letak picture banyak-banyak sebab Tinsyaz banyak kali pindah sekolah ni, tapi dah syarat kena letak 1 picture ja, I will Cik Aqma, just for you.. Auuww <3


Ni kawan-kawan Tinsyaz di sekolah purple. Kami sweet kan? Haha, ok, ada buah rambutan, durian kat situ sebab time ni ada Pesta Buah-Buahan kat sekolah purple. 

Tinsyaz sangat sayang kawan-kawan Tinsyaz sebab diorang sangat-sangat caring, understanding, lepak, hepi, ambik berat dan tinggi antara satu sama lain. And, kawan Tinsyaz jugak selalu stay-up semata-mata untuk jaga Tinsyaz sebab Tinsyaz selalu sakit. So, banyak sangat perngorbanan and jasa kawan-kawan Tinsyaz ni, siriyes tau!

And, yang paling penting, kawan-kawan Tinsyaz ni always nak yang terbaik. Selalu jaga kawan-kawan, and kalau nak buat kebaikan, semuanya buat sama-sama. Rasa hepi sangat sebab ada kawan-kawan macam ni. Terasa hepi satu macam ja, sebab keeratan yang dijalin dengan keikhlasan yang bertunjangkan niat kerana Allah SWT akan membuahkan satu perasaan manisnya ukhwah yang terjalin dengan semangat yang memang superb tahap action kamen laaaa.. <- semangat disitu. (^^,)

Sebenarnya Cik Aqma, Tinsyaz ni Form4 baru kat sekolah purple ni. Masa mula-mula tu memang rasa awkward gila, tapi memang rasa best after tu sebab dapat kawan-kawan yang memang sekepala. Tinsyaz LOVE sangat kawan Tinsyaz sebab kami selalu hepi together-gather-ever, makan megi sama-sama dalam gelap disinari lampu koridor, stay-up buat homework sama-sama, saling pinjam meminjam buku sebab tak siap homework [oppsss!!!], sama-sama wake up awal untuk qiamullail, kena denda sama-sama sebab lewat. And, yang paling penting, kami jugak pernah sama-sama 'merempat' sebab dorm kena kunci akibat dari diri kami sendiri.. Ouuchh, sedih ooo, dorm kena kunci sebab tak kemas dan kurang ke-teratur-an. Haaa!! Kantoi!!! Saling pinjam-meminjam baju yang diletakkan kat ampaian sebab baju dalam loker tak buleh ambek [well yeah, dorm memang tak boleh masuk lansung even sebab nak ambek baju prep sekalipun.] Tapi, dari situ kami belajar erti semangat setia kawan, that's why I really love-mucho-much my friends.  

Hidup kat asrama memang best la Cik Aqma, siriyes! Memang kalau buleh, nak ja Tinsyaz jadi budak sekolah balik sebab nak jumpak kawan-kawan yang memang happening tahap. Ya, dari situ, Tinsyaz mula belajar untuk kenal erti hidup, sebab dah makin matured kan.. Dengan perjalanan yang jauh, baru ku mengerti nilai setiap perasaan. Ouchh, haha, terharu dak? Tak?? Ok, fooinnee... [=="]

Tinsyaz sayang kawan Tinsyaz sebab diorang selalu kasi semangat kat Tinsyaz. Malam before SPM tu jugak, Tinsyaz dengan dua lagi kawan bertolak pi hospital. Kami dua sakit, then ada chaperone sorang tolong jaga kami dua. Sedih, terharu, hepi, semua bercampur baur. Si chaperone tu tak henti-henti pegang tangan kami yang sakit ni sebab nak kasi semangat. Kami memang down habisan time tu, tapi dengan adanya si chaperone tu, kami rasa kami kuat and boleh hadapi kesakitan masa tu. Sampai ja kat hospital, kami bertiga still sempat tangkap gambaq sama-sama as Kenangan Malam SPM. :D

Tapi betul la Cik Aqma, persahabatan memang perlukan keikhlasan, ya, tu memang Tinsyaz setuju. And, persahabatan juga perlukan sikap saling mempercayai. Caring tu memang satu perkara yang bagus Cik Aqma, sebab caring tu membuatkan Tinsyaz lebih sayang kawan Tinsyaz. [berapa banyak kali daa perkataan sayang yang kau nak sebut ni Tinsyaz???] Sebab, masa malam before SPM, Tinsyaz masuk hospital, then after sampai kat dorm, rasa macam nak nangis jaa. Seragam sekolah Tinsyaz dah ada kawan tolong gosokkan, sebab bimbang Tinsyaz balik lewat dari hospital, then nak kena buat revision lagi untuk paper esok so, memang kesuntukan masa sangat-sangat.And, kawan-kawan Tinsyaz siap tinggalkan list chapter yang nak kena baca sebab memang akan spot soalan tu naik untuk SPM.Memang time tu bertakung dah ayaq mata Tinsyaz ni sebab terharu sangat. (T_T) 

"Uhibbu anti fillah". Tu maksudnya saya sayangkan anda [perempuan] kerana Allah. Ya, Tinsyaz sangat rindu sangat nak dengaq ayat tu. Tu yang rasa keeratan persahabatan sebab bersahabat kerana Allah. Mungkin bunyinya agak pelik bagi sesetengah orang, sebab rasa segan-and-banyak-lagi, tapi perkataan tu dah memang sebati dalam jiwa budak sekolah purple. Kebaikan tu perlu dilakukan bersama-sama, kawan yang mengajak ke arah kebaikan tu yang perlu dicari Cik Aqma, tapi tak bermakna kawan yang lain tu kita perlu tinggal. Takkk, maksudnya, kita pun perlu ajak kawan-kawan lain sama untuk menuju ke arah kebaikan, tak ke? :D 

Tinsyaz tuleh macam tu sebab terkedu seketika time Form4, masa hari last Syaaban, keesokannya nak puasa, kawan Tinsyaz challenge Tinsyaz? What?? Ya, dia challenge Tinsyaz untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan time bulan Ramadhan. Sebab, selalunya kita just tertumpu nak study-apa-semua-tu, tapi bila Ramadhan, banyak aktiviti yang akan dikurangkan dan akan ditekankan aspek rohaniah, so, ada banyak masa struggle habisan untuk khatam al-Quran. Kami berlawan dua orang. Then, Tinsyaz tanya dia, ada hadiah tak. After tu dia senyum segaris dengan mata kecik cinonet dia, dia cakap, 'hadiah tu takdak, tapi pahala tu banyak'. Dari situ, rasa berbunga hati, bersemangat!!

Peningkatan tahap kasih sayang Tinsyaz semaking meninngi bila ada kawan-kawan yang selalu ajarkan Tinsyaz sesuatu yang baru. Lumrah la kan kalau selalu kain koyak or lencana tertanggal kan? Tak lumrah? Errr, Tinsyaz kasar, jadi perkara macam tu memang dah sebati dalam diri Tinsyaz. Chewwahh!! Tapi betui la, dari persahabatan ni, kawan Tinsyaz ajar cara untuk tangani masalah kain terkoyak. Just pakai stapler. WHAT??!! Well, kami takdak banyak masa [malas sebenarnya..] Then, bila lencana Tinsyaz terkoyak, otak Tinsyaz dah jadi semakin kreatif, lalu Tinsyaz akan gunakan selotep or double sided.. Haha, memang la after tu tudung akan kotor, tapi, ada Tinsyaz kisah? Hahahha, that's why I really love my friends.

Entri Tinsyaz dah panjang, tapi the last one, Tinsyaz sangat sayang kawan Tinsyaz. Friends is just like family bila kat asrama, siriyesli. Bila Tinsyaz down, then marah dengan diri sendiri, for sure akan menangis. Then, mata memang tahap sembab-sepet-gila-gila, memang muka sememeh gila. The touching moment yang memang Tinsyaz ingat, bila Tinsyaz nangis kawan-kawan akan pujuk, bagi kata semangat, then dengan tangan diorang, diorang lap ayaq mata Tinsyaz, tapi ternyata tangan tak mampu menyerap ayaq mata yang berdozen.. So, diorang korbankan hujung lengan baju or tudung untuk lap tears yang bergelen tu. Tersentuh sangat. They hug me tight and then, they touch my hand, stare at my gorgeous eyes [perasan seketika], and say, "Tinsyaz, sabaq tau. Allah sayang Tinsyaz, sebab tu Allah uji Tinsyaz macam ni. Ujian tu penghapus dosa, tu tandanya Allah sayang. Bila Allah sayang, Allah akan bagitau kat malaikat yang Allah sayang kita, then malaikat-malaikat akan turut sayang diri kita". Memang time tu Tinsyaz rasa lega, rasa disayangi sangat. 

"Dan mereka yang akrab ketika di dunia akan bermusuhan melainkan orang-orang yang bertakwa (QS : Az-zukhruf : 67)"

Ayat ni bermaksud sahabat yang akrab di dunia tetapi tidak saling menarik ke jalan Allah, malah melakukan dosa-dosa yang dikeji, maka mereka inilah yang akan bermusuhan dan saling menyalahkan di akhirat kelak...kerana mereka tidak saling mengingatkan, tidak saling membawa manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi.. [kredit]

Namun, sahabat yang bersahabat kerana Allah, yang saling mengingatkan apabila terlupa, yang sentiasa mendoakan di setiap hujung solatnya, yang apabila terlihat wajahnya mengingatkan dia akan tuhan.. itulah persahabatan yang berbahagia hingga ke akhirnya.. [kredit]

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

For Cik Aqma, entri ni memang untuk join contest Cik Aqma. Tapi, entri ni jugak khas ditujukan pada kawan Tinsyaz yang mungkin Google nama 'Tinsyaz' and terjumpak blog ni sebab Tinsyaz dah stop tuleh blog yang lama tuu. For all my fren, I really love you. Best friends till Jannah, insyaAllah.


P/s: Cik Aqma, Tinsyaz bahasakan diri Tinsyaz menggunakan nama sebab Tinsyaz memang bahasakan diri sendiri macam tu di alam realiti. Tapi, ni blog peribadi, memang all entri dibahasakan sebagai 'aku'. :D

#aku harap, kami semua bersahabat bukan atas kepentingan peribadi, tapi bersahabat kerana Allah, sama-sama mencari diri mengejar redha Illahi, insyaAllah#


Friday, 20 April 2012

Kalau Kau Terima Panggilan Dari Celcom Sebab Lucky Draw. Please Learn!

Assalamualaikum.
Hei guys!

Aku memang taktau nak update apa, tiba-tiba, aku dapat panggilan dari Celcom, dia cakap aku terima hadiah. Nerrrhh!! Hahaha, orang tu cakap baku Bahasa Melayu tapi bunyi Indonesia seh. Ini adalah perbualan antara aku dan dia. Plis learn!! :)

Indonesia : zzzpppfffttttttt.. !@#%^&*(()))%#@!$^!!
Tinsyaz : Assalamualaikum, hello?
Indonesia : pffftt!@#$%^&&*((&^$$%&&!!!

*aku tengok skrin Samsung Galaxy aku, 'sapedia ni, number aku takdak kat budak laki len ni..'*

Indonesia : Hello?
Tinsyaz : Assalamualaikum.
Indonesia : Saya ini dari pejabat Celcom yang bertempat di Kuala Lumpur. Ininya, pemegang nombor 019-49****3?
Tinsyaz : *start dengaq suara dia, aku memang cakap pelek Indonesia teruiihhh.. hahaha!* Ya, itu numbernya saya.. Pastinya, kamu tahui ya namanya saya, jika begitu, apa namanya saya?
Indonesia : *dia diam sat* Errm, ya. Begini, number kamu telah dipilih bagi cabutan bertuah, jadi kamu perlu menuntutnya.
Tinsyaz : Oh ya?? *suara aku time tu eksaited gila* Gue udah pernah menerima panggilan seperti ini sebelumnya dong....
Indonesia : Ya, justeru itu, tahniah dong! Kamu memenanginya!!! *dia pun buat suara eksaited macam pelakon Abon time cakap Jawa*
Tinsyaz : Gak papa, gak perlu dong.. Kamu ambil sahaja hadiah itu pada kamu. Gue gak mahu...
Indonesia : ......

*aku tengok fon aku, THE END. Dia dah letak fon. Actually, dia pakai private number. Ok, orang selalunya takleh detect aku ni orang Malaysia kalau aku start cakap Indonesia [senyum!]*

Before ni, number Incik Wan pun pernah kena, private number tu call, then aku yang angkat. Masa tu kami ramai-ramai tengah tengok Lee Chong Wei lawan badminton. LOL!! Tapi time tu aku cakap proper gila sebab aku taktau lagi taktik depa, lastly, dia cakap, untuk tuntut hadiah tu, kena masukkan duit dalam bank. After tu, aku terus letak fon dengan cepat, then sambung tengok Lee Chong Wei. :D

Kali ni, aku dah bijak sikit. Walaupun macam kejam gila, or lawak, or anything, tapi aku rasa, taktik macam tu berjaya la.

Sama jugak la macam tukang number ekoq kat tepi jalan or somewhere kan, pandai ja cakap, "aiiyyaaa, gua tahu aaa, number ni manyak ong maaa..".. Dah tau number tu 'ong', pasepa dia sendiri tak guna number ekoq tu untuk menang hadiah, kenapa perlu libatkan orang lain kan untuk beli number tu, pastu orang lain yang menang sebab number tu 'ong'? LOL! So, lepaih aku cakap macam tu, MAYBE LA KUT ORANG TU PI TUNTUT 'HADIAH' AKU TU KAN? (^^,) *sinis disitu*

So, hati-hati la. Lagipun taktik tu dah lama, payah dah nak berjaya sekarang ni. Kawan aku pulak, kes dia macam dalam tivi, ada kawan dia sorang ni dari Facebook, foreigner la ofkoss, chat dengan dia. He say that he loves kawan aku ni, then nanti dia nak melawat Malaysia sebab nak jumpak kawan aku. Then, dia nak converts to Islam sebab nak kawen dengan kawan aku. Errk? [=="]

Ada kes dalam berita, perempuan kena tipu dengan laki foreigner. Laki tu kirim bunga bagai, then suruh perempuan tu check in duit berapa ribu ringgit Malaysia tetiiiaw sebab laki tu cakap, dia takdak duit nak melawat perempuan tu kat Malaysia. So, atas nama cinta, perempuan tu pun bank in duit banyak-banyak semata-mata untuk laki tu. And, sampai sekarang, laki tu tak melawat dia, and laki tu dah menghilang. Ya, itulah cinta!! Paihtu, dalam berita tu, perempuan tu tunjuk bunga yang laki tu send kat dia beberapa bulan lepaih.. *perlu ka??* (_ _")

So, hati-hati la. Macam-macam taktik untuk cepat kaya sekarang ni. Ouuch, kan before ni aku ada tuleh pasai entri cantik, I just realise yang senang ja nak jadi cantik. Siriyes! Aku baru tau benda ni start hari Khamis lepas, sebab time tu aku tengah layan Youtube [Facebook dah takdak, Youtube pun ok la...], tengah tengok Shinee at Honey Pot [aku tak berapa minat band Korea, tapi aku minat Shinee], then, ada related video kat sebelah kanan tu. Tajuk dia 'The Power of Makeup'. WOW!! Aku tercangak tenganga sat kat depan skrin Youtube! Kalau nak tengok, buleh tekan bawah ni. Ouh ya, dia tunjuk rambut la, so, kalau taknak tengok, tak payah tekan.

http://www.youtube.com/watch?v=Z4FrFsFMG20


Err, actually, tadi aku tengah tengok video pasai gambaq perempuan ni -->

Ni link kut-kut teringin nak tengok jugak. http://www.youtube.com/watch?v=f9F5xt4Ql9A.



Aku pun taktau nak describe video ataih ni, tapi tadi terjumpak kat Youtube masa dok tengok tutorial makeup yang buleh change muka kita.[makeup lagi.. :)]. Keterangan lanjut buleh baca kat sini dan kenyataan cerita sebenar di sini. Ouch, ada video laki makeup, then transfer jadi macam perempuan. Ouchh! Aku tak pernah tau yang makeup buleh ubah rupa kita.. Tapi, makeup tak permanent la, plastic surgery baru permanent habeh.


Dalam sebuah hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda,
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


Sabda Rasulullah s.a.w : “Barang siapa yang berkahwin dengan seseorang wanita kerana hartanya dan kecantikannya, nescaya Allah akan melenyapkan harta dan kecantikannya. Dan barang siapa yang berkahwin kerana agama nescaya Allah akan kurniakan padanya harta dan kecantikan”.




#so, beware!!#

Tuesday, 17 April 2012

Lajukan Internet Dengan Mudah

Assalamualaikum.
Hei guys. Hari ni aku nak ajaq ni, cara nak lajukan internet. Try la, senang ja kut. Actually, trick ni asalnya dari blog BudakBotak, tapi aku belajaq trick ni dari blog Fajrul. So, trick ni hasil aku sendiri la yang aku nak tunjuk bawah ni. 

Well yeah, kalau internet kau slow macam sifut vavi, trick ni mungkin membantu untuk buat internet kau laju macam sifut vavi speed. :)

Mula-mula, pi kat bawah yang selalunya ada ikon start or what tu, then kau tekan Run. Then, kat part kena isi  tu, just taip -> cmd . Then, klik ok.



After tu, kau just perhati elok-elok. Then, just taip -> ipconfig/all kat situ.



Macam ni, then tekan enter.



After tekan enter, then, akan keluar macam ni. 



Paihtu, copy balik number yang dalam kotak tu dengan menambahkan ayat ping [number tersebut] -t. Contoh ping 10.145.1.74 -t . Then, tekan enter. After tu, kau akan dapat commant promp jadi macam bawah ni. Bila dia dah loading banyak-banyak macam bawah tu, tu maksudnya kau dah berjaya la. Tahniah !


Bila dah taknak guna, pangkah. Ermm, kalau tak faham apa yang aku ajaq, just refer blog atas tu. Hahaha. :D

Untuk lebih mudah, aku sarankan kau guna VPN iaitu Virtual Private Network. Murah pun murah. Don't worry pasal bandwidth, kau buleh download as much as you want. Ok, VPN ni under abang aku dari fikri.my. Then, kalau kau berminat nak tau lebih lanjut tentang VPN ni, just baca About page di mytunnel.us.

#segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang buruk datang dari Allah jua namun disandarkan pada aku#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...