Saturday, 28 April 2012

Kenapa Aku Pernah Benci Budak Sekolah Agama

Assalamualaikum.
Curious? Come on la beb, please chill ja bila baca entri ni.

Suatu ketika dahulu, aku ada kawan-kawan. Dan, kawan-kawan aku bukanlah setakat tertakluk kepada budak sekolah oren dan sekolah purple sebab kawan-kawan aku memang ramai ja yang bertempek di sekolah lain. Kalau nak ikutkan, kawan-kawan aku ramai dari sekolah pinggan-mangkuk, sekolah burung, sekolah ali-abu dan sekolah agama.

Dan, masa hujung tahun time Form2, aku dah dikerah secara paksa untuk join tuisyen. Arggh!! Siriyesli aku benci sebab nak kena masuk tuisyen. Nak dijadikan cerita, ramai kawan tuisyen aku ni dari sekolah agama. And, aku ni antara yang terasa diri kecik cinonet disitu sebab aku antara dari beberapa lagi ja yang pakai tudung kecik, maybe tudung bidang 35. Yeah, tu tudung yang orang selalu pakai time main netball. Yeehhaaa!! Masa tu la, time tu, time tu, 2008. 

One day, ada la budak sekolah private aliran agama ni dia macam dok sindir-sindir aku. Dalam hati aku ni memang dah berapi tahap superb ah 'yang hang dok perli menatang pa weii??' Actually, aku suka ja tengok budak-budak tudung labuh, siriyes! Tapi, start hari tu aku macam pandang serong sikit la kat budak tudung labuh. Ok, dia judge aku sebenarnya. Dia compare-kan tudung aku dengan tudung-kalau-tak-pakai-baju-pun-still-nampak-macam-baju dia tu. Hangat gila time tu.

It's ok then, aku pun benci la dia 2 hari, then dia bawak mai dah aura sekolah private agama dia tu. And, aku ok ja, aku suka ja dengar cerita yang relate ke arah agama. Dia cakap setiap petang, diorang akan baca al-Mathurat. Then, aku mengaku la time tu aku tak kenal pun al-Mathurat tu benda apa sebab time tu aku panggil sebagai buku Yasin. *sigh.

Balik rumah after tu, aku tanya wan aku, "Wan, ada al-Mathurat dak?". Pastu aku pun dapat sebuah buku al-Mathurat dari wan aku. Nak tau wan aku kata apa kat aku? Wan aku cakap, baguih la kalau nak belajar benda-benda ni. Okai,okai, time tu aku curious sensangat what is the function of al-Mathurat. Oucchh, tu zikir amalan Rasulullah setiap pagi dan petang rupanya. Sehari suntuk, actually time petang tu, aku pun sibuk mentelaah al-Mathurat siap baca translation sekali. Pergghh!! Nampak tak kegigihan tu, hihihi.

Keesokan harinya, aku pi tuisyen, aku bagitau kat budak sekolah private agama tu, "Fatin dah tau dah al-Mathurat tu apa!!". Aku eksaited gila time tu. Then, budak tu cakap kat aku, "elleehhh, tau tu pun sebab rasa kechiwa la sebab tak tau al-Mathurat tu benda apa. Mesti cari al-Mathurat sebab kami, bukan ikhlas pun". (T_T) *sigh*

Tu antara sebab aku PERNAH tak suka budak sekolah agama sebab kadang-kadang diorang judge orang. U know what, sebenarnya tak kekok pun kalau budak tudung pendek and budak-freehair-rambut-dai [dye]  kawan dengan budak tudung labuh, tapi the problem is orang akan cakap bertapa 'awkward' gilaaa kalau tengok situasi macam tu. In fact, kalau nak ikutkan, aku no problem pun kalau kawan dengan budak tudung labuh asalkan dia tak terlalu judge aku, nasihat aku dengan penuh berhikmah, ajak aku buat kebaikan and yang paling penting dia buleh spread dia punya aura dari sekolah agama tu dengan penuh ketelitian yang aku sendiri tak dapat nak rasa sebab terlalu teliti, hahahaha. :D

Maybe la cara aku macam aku ni kuat terasa hati, tacing la konon, tapi kalau sapa yang ada kat situasi aku TIME TU memang akan rasa kecik tahap ah. Siriyes! Dan, kalau sekarang aku jumpak balik budak sekolah agama tu, aku taktau apa yang patut aku cakap sebab dia pun dah lain. Tudung labuh dia dah digantikan dengan shawl nipis, baju muslimah dia dah digantikan dengan baju-adik-then-pakai-inner, stoking pun hilang. Nauzubillah, aku taknak ah jadi macam tu, taknak.

Aku cerita ni bukan nak mengaibkan, tak pun sebenarnya sebab aku pun bukan bagus pun. Kalau aku nak aibkan, better kutt kalau aku mention terus nama sekolah and nama orang tu kan. Biar la kita sama-sama ambik pengajaran. Tak bermakna kalau korang bagus harini, selamanya korang akan terus bagus. Tak selamanya kalau kau staraight A exam harini, kau akan terus straight A selamanya. Jatuh bangun tinggi rendah dalam kehidupan tu satu perkara yang biasa. And, aku nak highlight-kan disini, jangan kita terlalu membenci pendosa. Bawaklah pendosa tu ke jalan yang baik, bukan dengan cara menghina, meng-aib-kan. 

Dan, aku rasa bersyukur sebab aku dapat masuk sekolah purple masa Form4 which is bukan sekolah agama and bukan jugak sekolah teknik. Aura agama tu memang banyak ah! And, for sure, BADRI [Badan Dakwah Rohani dan Ibadah] memang superb! Seronok sharing-sharing story sama-sama dan berbulatan gembira  [usrah] ramai-ramai. Memang diorang ni tak judge pun, even dengan adik-adik yang agak keras pun, diorang still ajak ja recite surah Yasin ramai-ramai even time tu adik tu skip riadah. Nak lari dari riadah, kena baca Yasin dengan senior Form5. Muahahaha!! (^^,)

Ada satu kisah, berkenaan seorang alim. Satu hari dia berjalan, kemudian terlanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar itu, si alim berkata: “Tak guna punya ahli neraka”Si Nasrani marah. Si Nasrani berkata: “Apakah kau yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahawasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu tuhanku, tiada tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya” Kemudian Si Nasrani meninggalkan si alim itu. Si Alim meneruskan perjalanan, akhirnya dia melalui sebuah rumah. Keluar dari rumah itu gadis yang sangat cantik, hingga memikat dirinya. Maka dia segera bertemu dengan ayah perempuan itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupanya, keluarga itu adalah keluarga nasrani. Si Ayah berkata:Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke agamaku ini, dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan”Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, lelaki alim tadi bersetuju.Satu ketika, lelaki nasrani yang sudah Islam tadi, melalui kembali jalan itu dan terserempak dengan lelaki alim tadi yang sedang mengembala khinzir.Apa yang sudah berlaku kepada kamu wahai muslim?”Si alim tadi menjawab: “Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita”

Cara yang salah akan membuatkan umpama, setitis nila rosak susu sebelanga. Ok, I gotta say that aku dah start merapu dah. Tapi betui kan, kau try tanya kenapa ada orang yang tak suka blog agama? Sebab ada sesetengahnya terlalu ekstrim, terlalu menghukum pendosa and kadang-kadang suka ja meng-kafirkan pendosa walhal penulis blog tu pun sebenarnya manusia biasa. 

Nampak? Sebenarnya, kadang-kadang orang kebiasaan pun, yang selalu ja yang terjebak dengan dosa, Allah kasi hidayah. Well yeah, hidayah tu milik Allah. Allah akan kasi ja kat sesapa pun yang Dia nak. Mungkin hari ni orang tu seorang skater yang ektif, yang selalu ja tinggal solat, tapi mana tau, one day tiba-tiba dia dapat kesedaran tu untuk change for good, why not? And, Allah buleh ja tarik balik hidayah tu. So, hidayah tu perlu dijaga, and tak perlu kutt sekadar tunggu ja hidayah, so usaha-kan untuk dapatkan hidayah tu Ouch, seronok jugak kalau aku nak kasi korang baca blog ni, kasi fikir sikit. Kata kuncinya adalah hikmah!

Who is then, dear brothers and sisters, are more blind when he see these signs and choose not to take lessons from it. May Allah ease us in our effort to live of life following His guidelines. May Allah bless us the strength to be steadfast in the path of achieving His blessings. May Allah shine upon us His light and guidance for us to better see the reasons of living in this world. -kredit-

And the last, sekarang memang aku tak benci budak sekolah agama, siriyes! Aku hanya kurang suka behaviour diorang. And, kalau nak ikutkan pun, kawan-kawan aku tak suka sekolah agama even diorang sendiri graduate dari situ sebab ada ja budak sekolah diorang yang freehair bila dah keluar dari gate sekolah. Sebenarnya, kena ikhlaskan hati and paksa diri untuk obey the obligation sebab kadang-kadang hukum Allah tu bersifat keterpaksaan such as dari segi aurat, either kita nak tutup aurat atau taknak, Allah dah tetapkan yang kita memang WAJIB tutup aurat. So, memang dah takda plihan, maka memang wajib la tutup aurat.. Ikhlaskan kerana Allah, pahala disitu. :)

And, tak semua budak sekolah agama macam tu kan, sesetengah ja. Ramai lagi yang baik, yang selalu spread the Love tu. :D

#sometimes, bila aku nampak budak sekolah harian yang lipat tudung teruk-teruk, aku macam nampak diri aku sendiri#

9 comments:

  1. hurm~~beselah hidup,ade turun naiknye
    ap pon,osem sharing thought~
    citer anak artis yang di beri nama pelik

    http://1two-gaya.blogspot.com/2012/04/siapa-tengku-cleopatra-haidar.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah!! huahua, kakak ratu dah dpt adk..

      Delete
  2. fatin [hey .. bole panggil fatin x?] .. try this blog http://sitihanisahali.blogspot.com/
    ni blog akak mane tah .. tapi rasa ringan gila kepala baca
    hatoii [searching2 byk terlanding kat blog pompuan jek]
    tah2 fatin suke kot ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pggey fatin pun buleh jgak.. wahwahwah.. okai2, nk try bca ni..

      Delete
  3. salam. jazakillahu khairan atas perkongsian :) saya dulu sgt anti kat org tudung labuh. sbnrnya dalam hati sy sgt jeles lihat dyorg. sbb dyorg terjaga dari pandangan lelaki bukan mahram. tp Alhamdulillah, Allah bg sy kefahaman agama, dan skrg, sy sndiri yg bertudung labuh. perasaan bertudung labuh adalah sgt OSEM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak hina orang sekolah agama la..ye kita tahu orang jahat pun boleh jadi baik kan..sebab Allah yang bagi hidayah itu pada seseorang bukan boleh beli hidayah tu...mulut tu jangan laser sangat ye....assalamualaikum

      Delete
    2. Tak payah nak hina orang sekolah agama la..ye kita tahu orang jahat pun boleh jadi baik kan..sebab Allah yang bagi hidayah itu pada seseorang bukan boleh beli hidayah tu...mulut tu jangan laser sangat ye....assalamualaikum

      Delete
    3. indahnya bahasa, well done! yang nak sentap sangat dah kenapa? HAHA.

      Delete
  4. aku bekas budak sekolah agama. n aku setuju dgn statement ko. rmi yg suke jd penghukum. tapi aku tak suka judge org lain. sebab aku pun bukan baik sangat. n ag satu, pakaian tak melambangkan peribadi seseorg. tak semestinya dia bertudung labuh dia lagi mulia dr org yg tudung pendek. seme org berhak berubah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...