Tudung dan Shawl.

Assalamualaikum.
Hei girls yang suka pakai shawl.

Gambar ataih tu, kira aku explain k. Dari kiri ke kanan k, yang kiri tu tudung ekspres, then pashmina, pastu shawl nipis, tudung labuh, shawl tebal, tudung berjahit biasa dan yang kanan sekali tuu, errr?? :)

Tak la kan, aku ni layan ja apa ja pun tak kira la tudung bawal, pashmina or shawl. Tapi, most of lelaki akan anti gila-gila dekat golongan shawl. Aku pun tak faham kenapa, tapi yang aku tau, most lelaki akan cakap shawl tu menjengkelkan dari segi warna, cara pemakaian, rimas-rimas. Tapi aku sebagai perempuan, aku membela la golongan shawl sebab aku pun pakai shawl ja. Ehem.. 

Tak, maksud aku, shawl tak bersalah pun dalam hal ni. Before aku pakai shawl and pashmina, aku selalu cakap yang pakai shawl tu sangat rimas. Tapi, secara siriyesnya, aku cakap shawl lebih senang dipakai berbanding tudung bawal. Tapi, ikut jugak la style macam mana cara pemakaian shawl tu. Kalau yang style jarum peniti berpenuh kat shawl tu, memang takdak pasai ah aku nak berdiri berjam-jam semata-mata nak selit jarum kat shawl ja.

By the way, pakai shawl tak salah pun. Kalau shawl korang tebal, tak nipis, panjang dan lebar yang mencukupi, cara penggunaan yang betul, memang boleh ja tutup semua aurat tu tambah kalau korang pakai stoking dengan handsocks, walaweh!! Kira ok letteeww!! XD!!

Tak, korang cuba fikir balik kan. Kalau ada gadis A, dia pakai tudung bawal tapi part depan tak dilabuhkan pun, then pakai blouse 3 quaters, pakai sandal then ada gadis B, dia pakai shawl tapi tutup lengkap part yang nak kena dilabuhkan pun, pakai blouse lengan panjang, pakai handsocks, pakai stoking then pakai kasut bertutup. Yang mana satu agaknya yang auratnya memang tertutup sempurna? Ok, let's think together dear, sometimes ada yang jenis 'you-pakai-shawl-so-please-go-away-rimas' tapi ada yang jenis 'you-sweet-pakai-tudung-even-aurat-tak-tutup-sempurna', so pilih la. 

Aku tuleh macam ni sebab aku pun pernah terfikir bila aku jumpak gadis di luar sana. Bila aku nampak orang pakai tudung bawal tapi senang-senang angkat tangan nampak lengan aku macam buleh pejam mata sebab tu dah macam kebiasaan. Tapi, kalau ada perempuan pakai shawl even dia pakai handsocks sekalipun, aku akan fikir 'kenapa dia pakai shawl?' And, after aku pakai shawl, aku memang cakap shawl memang senang pakai la sebab tak perlu nak maintain-maintain kalau angin tiup sekalipun. Tak perlu nak pfffff. <-- ini ialah bunyi hembusan menghala ke arah atas sebab nak maintainkan tudung, kekeke~. (^^,)

Kat sini, aku memang takleh nak kata apa la kan. Yang mana auratnya tertutup sempurna, pakai jela. Tak guna jugak kalau korang pakai tudung bawal tapi pakai short sleeve kan? Tak jadi jugak kalau kau pakai shawl tapi part depan tu tak dilabuhkan pun. So, bawah ni ada link tutorial untuk shawl, so plis check it out kalau nak belajar memang cover depan and tak rimas-rimas sangat pun.

http://www.youtube.com/watch?v=6RuczVmyOnM


Ouch dan satu lagi, pakai tudung bawal pun ok, asalkan korang complete la the part aurat tu. Tak perlu la kut nak kondem-kondem gadis yang pakai shawl. Pernah kami-kami ni kondem korang wahai adam disebabkan rambut korang yang cacak-cacak sampai kalau cicak jatuh atas tu pun boleh mati, kondem cara kau dressing, kondem pasal sideburn korang yang memang rimas tu? Tak jumpak lagi kut kalau Google 'benci orang ada sideburn', tapi kalau korang try Google 'benci orang pakai shawl', memang wujud ja entri macam tu..

 jangan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada [an-Nur ayat 31]

#ramai orang keliru antara sanggul bonggol unta dengan sanggul tinggi#

Post a Comment

0 Comments