Saturday, 26 May 2012

The Last Song.

Assalamualaikum.
Aku tak pasti apa perasaan aku sekarang ni samada aku suka or aku sedih.

Told ya, barang-barang memang dah packing habeh dah. And yes, penat sangat-sangat. Doakan aku. Thank you friends.

Just for you sebelum aku menjadi budak kolej.. HAHA

http://www.youtube.com/watch?v=5DpGuk_fWGQ&feature=fvst


Ok, aku perlu tidoq sekarang. 


Verily, for each difficulty, there is a relief.


#teruja#


Tuesday, 22 May 2012

Word-Less [Sekolah]

Assalamualaikum.
Hai. Ni entry yang tak patut di view kalau korang tak suka nak baca memory peribadi sesiapa. Ouh, aku rindu zaman sekolah. Wuwuwuwuuwww!! Sebenarnya, entri ni aku nak post kat blog lama masa bulan 12 haritu. Tapi, aku realised yang aku baru ja tamat sekolah, so kalau nak kenangkan time tu, sangatlah tak best lagi.

So, this is.. Haha, memori yang kekal di ingatan selama berada di sekolah purple.

Raya Aidilfitri 2010. 
Time nak balik after majlis khatam al-Quran. 
Persiapan untuk borang matrik. [abaikan]

Girls talk dari Samsung Galaxy aku. Aku tau, ramai ja orang nak tau apa yang perempuan selalu sembang kalau mesej dengan kawan-kawan, kan? 
Budak dorm aku.  Selalu main kiss pipi. HAHA. Budak Penang. Selalu bergaduh sebab dia kata aku bangga dengan YAN aku. Dahla Penang ada BANYAK BERUK. Hee~
Kawan aku yang aku sendiri tak pernah jumpak. Bukan budak Kedah. Kenal di Facebook. Dia yang mula-mula kenal aku melalui classmate dia.
Kawan aku, merangkap cikgu addmath aku. Selalu bergaduh sebab dia dok kata aku bangga dengan YAN aku. Dia bangga dengan Penang dia. HUH!
Surat-surat yang aku terima semenjak aku study di sekolah purple.
Lawak la rasa.  Surat yang paling depan tu sangat menarik. Tapi, semua surat aku tak reply. Malas =="
Kata semangat dari kawan and junior.
Terharu woo!! Tiba-tiba aku terjumpak dalam laci aku.
Sori adik-adik. Kak Fatin tak straight A's
Haha, ni dari MirZ. Terharu wei. Siap dia lukeh milo dengan pokok kaktus lagi.
Hadiah dari Sainarian.
Tu penutup cocktail. Hadiah secara paksaan dari Butane sebab aku selalu minum cocktail after bukak puasa. Beli dari bazar Evolution0812
MirZ bagi. Wuwuwuw!! Untuk minum milo, dia kata.
Ticer Tan bagi after Moon Cake Festival.
Hadiah yang aku dapat time potluck girls. Beberapa hari lagi before SPM.
Hadiah dari one of my classmate. Taktau sebab apa, maybe sebab birthday aku or sebab result Chemisty aku time trial.
Eminent0711. 
Thanks pada Ayie sebab selalu tolong aku membeli bila boys outing. And Zulkhairi sebab tolong belikan aku Livita Honey. Kalau aku pesan kat boys len, memang habeh laaa.

Thanks pada Cik Mud and Ticer Azizah sebab selalu sign time aku ada appoinment.
Kad jemputan sempena Girl's Potluck. Kad tu kaler macam tu sebab aku  yang design. Paham-paham la.
Time Malam Gala Eminent0711. Sebulan sebelum SPM.
Best bila kenangkan balik segala kenangan tu. Yes, hostel life memang best. Sangat best. 


Selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita akan bertemu kembali, kenang masa indah kita, sebiru hari ini. -EdCoustic, Sebiru Hari Ini-


#aku senyum#

Monday, 21 May 2012

Crocs dan Sneakers.

Assalamualaikum.
Aku akan melangkah ke alam matrik tak lama lagi. Kawan-kawan aku pun ada dah yang masuk U, and ada yang masih tunggu result untuk further study kat overseas. Yes, I am, aku akan tinggalkan blog ni tak lama lagi.

And ofkos, banyak ja duit yang terbang disebabkan perbelanjaan untuk pi matrik ni. Ouh, kenapakah? Tapi kan, mak aku cakap, time ni la kita nak guna duit yang kita simpan tu. Kalau semua orang simpan duit then taknak withdraw, dah ramai dah orang yang kaya. Tak ke? 

And yes, bila masuk matrik, segalanya akan berubah. Aku akan tinggalkan crocs kuning yang dah jadi besties aku dari zaman sekolah. Ya, crocs yang memang banyak berjasa, pakai time pi prep, riadah, even shopping (window shopping) sekalipun, aku akan pakai crocs tu.


Maka dengan itu, time matrik, aku akan pakai sneakers. Takdak pasai ah aku nak pakai kasut-kasut perempuan sangat kan. Sneakers ok pa, tak pakai stoking pun ok dah, tapi kalau pandai cover jalan la. Untuk orang macam aku, kena pakai jugak stoking tu sebab nanti paham-paham laa. Aku kan ganas. 

Crocs aku dok interframe kat belakang tu.. Don't worry crocs sayangku.


Apapun, tak kira la apa terjadi, aku akan bawak jugak crocs tu. Cuma, aku takdak la nak pakai time pi kuliah, kelas and tutorial. Aku guna time nak turun cafe etc. In fact, tak pelik pun kalau pakai sneakers dengan baju kurung.


Dalam hati aku ada taman. Haha. Then, mak aku tak berpuas hati sebab aku nak pakai sneakers dengan baju kurung. Then, masa shopping part4, mak aku beriya nak beli 'kasut perempuan' kat aku. Dah la kasut perempuan, mak aku siap nak beli yang ada heels. Oh tidak! Heels?? Euughh!!


Haha. Tapi, mak aku terlupa nak beli. Then, nak ajak aku pi shopping lagi sebab nak beli 'kasut perempuan'. Ouh, sangat menakutkan kalau terpaksa pakai kasut heels. Dah la aku ni tinggi, nak pulak pakai kasut heels. Okei, kalau aku pakai heels, tinggi aku akan sama dengan pelakon korea. Yes!

Warning! Please don't do these at home. HAHA
Aku sedih sebab terpaksa tinggalkan rumah. Dah takdak dah heaven, haha. Rumahku syurgaku kan... Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.


life is beautiful, and while the down times may be inevitable, the ups are just around the corner.

#aku sayang family dan rumah aku#

Sunday, 20 May 2012

Angah.

Assalamualaikum.
No matter what, pilihan muktamad. Titik. Haha, babai angah.


Adik, mak pilih.

#lawa dak? Hahahahha#

Sunday, 13 May 2012

Bila SPM Tak Gempak

Assalamualaikum.
Nama saya Fatin Syazwani, Umur saya 18 tahun.

Aku tiba-tiba terpikiaq, apa yang akan jadi kat aku dalam masa 5 tahun lagi. Aku baru ja habis SPM, and after aku habis exam tu, aku baru realise yang SPM is not everything sebab it is just something. Ouh, ada sikit ayat pasrah disitu.

Tapi betui la, sebenarnya SPM tu bukan penentuan mana sangat pun. Yes, ianya penting tapi bukan segalanya. Not just korang tak dapat straight A's masa SPM, hidup korang akan gelap and bleak terus. Siriyesli no!

Masa aku habis PMR dulu, aku selalu dengaq ramai yang cakap "SPM cuma sekali, SPM penentu masa depan, SPM akan dibawak sampai mati and then nanti nak tunjuk kat cucu-cucu". Yes, ayat tu memang dah sebati dalam otak aku, and aku keep saying i-am-dead-meat kalau tak straight A's for SPM.


Then, after habis segala exam tamat Form 5 tu, aku baru rasa yang ada lagi harapan for the students yang dapat result tak gempak (macam aku). See, then after tu baru aku dengar istilah baru untuk budak-budak-result-tak-gempak. Aku tak sure tu hanya satu ayat penenang and penyejuk hati, tapi aku rasa ayat tu memang betui pun. 

"SPM tu diumpamakan memakai kasut untuk berjalan, jadi apa yang nak dibanggakan?"

Memang la buleh ja cakap macam tu, tapi hati insan-insan kerdil macam aku ni. Pi mana pun orang akan tanya result macam mana. Straight A's kan? Tak. Jangan la main-main Cik Fatin ooi. Erggh! Broken heart, aku tension sikit tapi aku still senyum la sebab aku tau takat mana kemampuan aku time SPM ni.

Well yeah, result tu takdak makna sangat pun, tapi amat bermakna for those yang nak pi overseas wei. Okes, result tu umpama nak pakai kasut ja. Then, after pakai kasut, kita perlu pilih lorong yang harus kita berjalan which is ke mana arah tujuan kita. Ya, disitu baru bermula satu perjalanan baru. Nak pilih course bagai. And yup, budak-budak yang SPM lawa, ofkos la diutamakan and disisihkan kami-kami yang result tak gempak ni. Dunia memang tak adil, haha.

Then, bila masuk Matrik, ada ja manusia besar yang akan pandang sinis sikit, "eheh, takkan stuck kat Matrik. See, aku dah masuk U dah pun". Oh no! Matrik ni adalah satu peluang untuk kanak-kanak yang nak tebus balik kekecewaan masa result dulu tu. Nak tau, time Matrik ni la kita akan dapat lihat di mana student-student SBP and MRSM serta yang sebagainya akan di-dumping. Yes! Sorry for the SBP-ianz and budak MRSM, tu satu kenyataan okes. And yes, aku umpama tampaq diri sendiri sebab memang dah terasa. 

And yes, for those yang result gempak dengan 9A pun, tak tentu lagi akan score 4 flat masa kat Matrik. Macam yang Doktor UPM angah cakap, Matrik ni senang nak score and senang nak fail. Kalau study betui-betui insyaAllah buleh survive, and kalau play-play ja you will see the possible outcome nanti.


Then, nanti after aku habis study kat Matrik, aku perlu fikir apa yang aku nak capai dalam kehidupan aku. Dan semestinya, kalau result tak gempak, aku takkan dapat scholar JPA, then terpaksa berhutang pulak dengan kerajaan. Hell no! Aku taknak ah, tapi terdayakah aku untuk survive kat Matrik untuk satu tahun and menjalani pahit getir kehidupan tuu? Eh, asal macam pasrah sangat? Tapi based on yang aku tau, Matrik ni ke-ketat-an peraturan dia lebih kurang macam SBP ja, so no worry sangat la kan.

And then, bila aku dah masuk U nanti, buleh ka aku go on dengan course yang aku pilih tu? And yes, segalanya bermula di Matrik. Kalau kat Matrik result kaw-kaw, memang peluang cerah ja untuk dapat choice yang elok masa UPU nanti. So, memang betui cakap cikgu, perjalanan yang sebenar bermula after SPM (di Matrik).


Uttering the most fantastic words does not make you a philosopher, it is the meaning that matters here


#disenchanted, live to the fullest#

Wednesday, 9 May 2012

Matrik List. [Requirement]

Assalamualaikum.

Taktau nak bawak apa untuk sambung pengajian? This maybe membantu, insyaAllah. And all the single things yang tak tertulis kat sini, plis mention k.. (^^,)

[ALL THE ‘SECRET THINGS’ PLIS COUNT BY DIRI SENDIRI]

MATRICULATION CHECKLIST 
ATTIRE [MEN]
1. Long-sleeve shirt
2. Slack
3. Necktie
4. Belt
5. Leather shoes
6. Collar T-shirt
7. Long pants
8. Sport shoes
9. Swimming trunks
10. Singlet
11. Casual wear-shirt
i. -trousers
12. Briefs
13. Tracksuit
14. Small towel
15. Cap
16. Stockings(black, white)

ATTIRE[GIRL]
1.     Baju kurung
2.     T-shirt for koko, outing
3.     3Blouse, outing mehh
4.     .Shoes /PVC/ sneakers
5.     .Sleeveless [kalau nak la]
6.     Stockings
7.     Handsocks [if you wear]
8.     Anak tudung
9.     Trousers
10.  Skirt labuh [if you prefer wear in dorm]
11.  Kain batik
12.  Tudung bawal, indon, shawl, pashmina
13.  Bedak2 n make up [compulsory, haha]
14.  Telekung
15.  Slack n belt
16.  Small towel

BATHROOM EQUIPMENT
17. Towel
18. Soap
19. Shampoo
20. Facial lotion
21. Toothbrush & Toothpaste
22. Mirror
23. Hair oil
24. Bryl cream
25. Comb / hair brush
26. Pail(Small) for toiletries one
27. Toilet roll
28. Rubber hose

WASHING MATERIALS
29. FAB soap
30. Brush
31. Blue Indigo [nila maa]
32. Pail for basuh2 baju
33. Hanger
34. Cloth clip


ELECTRICAL APPLIANCES
35. Handphone charger
36. Torchlight 
37. Laptop(+charger&lock) 
38. Headphone n earphone
39. Pendrive
40. SD card reader
41. Multi-socket extension board

MEDICINE
42. ORS
43. Panadol
44. Plaster
45. Ointment
46. Chi Kit pill

STUDENT TOOLS
47. Stationery
48. Dokumen Pendaftaran Pelajar
49. Photocopies
50. Bank slip
51. Notepad
52. Flexible ruler
53. Set square
54. Scientific calculator 
55. Dictionary n bag
56. Reference book
CUTLERY & DISH-WASHING
57. Spoon & fork 
58. Plate
59. Cup
60. Axion powder / sunlight pinggan
61. Sponge
62. Container & bottle
63. Rag cloth

HARDWARE
64. Hammer & Nail
65. Screwdriver(+&-)
66. Latch
67. Hook

OTHER
68. Cooling powder
69. Prayer booklet
70. Blanket
71. Umbrella
72. Cadar kaler-kaler
73. Slipper [time mandi]
74. Desk lamp [xnak ganggu kwn2 tidoq]
75. Sejadah
76. Surah Yassin and al-Mathurat/ Manzil
77. al-Quran translation
78. Seterika
79. Penyapu and penyodok [every dorm kena ada]

Ikhlas by Fatinsyaz and they, the senior. :)

Tuesday, 8 May 2012

Pilihan Aku Antara Matrik Kedah dan Asasi UPM

Assalamualaikum.

Just 2 picture can describe every intricate thing. :)



Ok, that's all. Hope, segalanya adalah pilihan terbaik kan. (^^,)

Errgh, tak buleh terima kenyataan sikit masa minggu orientasi KMK, entah betui ka dok muhong aku MACAM SELALU. Baca dari bawah ke atas-->


Ergghh!! Rasa dunia gelap tiba-tiba. Aceewahh, kena sikit pun rasa dunia gelap dah. For the senior, kasihanilah freshie-freshie anda sebaiknya. Pesanan khidmat masyarakat dari Tinsyaz. [=="]


And, and, and, berita menggembirakan... (^^,) -->


Don't fall in love with good memories. Fall in love for the better future.


#fuhh, hari ni nak settle-kan sikit-sikit pasai KMK#

Antara Dua, Matrik dan Asasi. Dilema Fatinsyaz.Tinsyaz.

Assalamualaikum.
Hai guys and ladies yang buntu macam aku jugak.

Err, post ni dituleh after aku tidoq selama 2 jam. Eheh, aku tidoq pukui 9, then terjaga balik nak-nak dekat pukui 12. Perghh!! Bangun tidoq tadi tiba-tiba buleh senyum then terus pi tengok cermin, taktau pasaipa. =="

Okai, okai, actually aku mimpi something yang mendamaikan. Yes, aku mimpi tempat yang aku akan further study. Then, after bangun tidoq, tengok cermin bagai, baru aku teringat bahawa aku-sudah-lupa-environment yang aku mimpi tadi. Errggh!! Stret jadi macam tu.. Tapi takpa, before tidoq kena try lagi istikharah tu. :)

Istikharah not for kau-akan-mimpi. Tak, istikharah tu mungkin wujud dalam bentuk ketenangan bila kita dah decide betul-betul.

So, for all yang masih was-was and ragu-ragu tu, jom tanya apa pendapat Dia dalam usaha nak tangani perasaan berbolak-balik macam ni. (^^,)



#hope keputusan yang dibuat after ni memang yang dah terbaik#

Monday, 7 May 2012

UPU dan Aku. [Part 2: Real]

Assalamualaikum.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/Politeknik Premier
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013


Aku 'berjalan' di Twitter sambil ditemani eskrem TopTen. Motif? Untuk tenangkan diri sebab tadi aku hampir langgaq sorang pak cik ni time nak belok untuk masuk dalam kawasan Pusat Memandu. Then, balik rumah terus trauma. Eskrem and choc will make me feel better. :)

Sori for the troll untuk part 1, saja ja. And yeah, alhamdulillah, rezeki aku masih banyak rupanya. Universiti yang aku idamkan memang aku tak dapat, tapi kos yang aku idamkan, alhamdulillah, aku dapat..


By the way, aku memang nak sangat UIA sebab aku rasa life kat UIA sangat fun even kos yang aku pilih tu sangatlah menakutkan. Err, aku haemophobia sebenarnya, siriyesli! Dan yeah, kos yang aku minat, aku dapat wei, which is berkaitan chemistry and sikit-sikit relate to alam sekitar. [Gua suka pokok and benda-benda hijau, takdak kaitan dengan politik] [=="]

Ni adalah senarai pilihan aku masa UPU before ni.-->
Pilihan pertama: UIAM-asasi sains hayat
Pilihan ketiga: UIAM- asasi sains kesihatan bersekutu
Pilihan keempat: UiTM- diploma teknologi makanan
Pilihan kelima: UiTM- diploma farmasi
Pilihan keenam: UM- asasi sains hayat
Pilihan ketujuh: UiTM- diploma mikrobiologi
Pilihan kelapan: UiTM- diploma kimia perindustrian 

Mak aku yang beriya kasi susun list ni sebenarnya. Aku just pilih ja apa yang aku rasa sesuai dengan minat aku. Tapi, yang peliknya ialah sains hayat UIA berada di tangga teratas sedangkan sains hayat UM di tangga bawah sebab aku choose sains hayat UIA hanya sebab aku minat UIA. Tangga kedua aku letakkan UPM sebab aku minat kos tu.*senyum*

Ouch, duit aku melayang seringgit kes nak cek UPU punya pasai sebab tadi aku still kat Pusat Memandu, so, kalau aku nak online pakai fon, sangatlah merugikan [eheh, padahal kedekutz sebenarnya]. So, punya la send berkali-kali mesej ke 15888, tapi mesej yang di-reply terlalu mengecewakan, "Harap maaf, bla-bla-bla-bla akan bermula 7 Mei pada 12 pm", sedangkan time tu dah 12 lebih dah pun.

Then, 12.36 pm baru aku dapat mesej, "Tahniah anda berjaya bla-bla-bla UPM". Terus aku call angah kasitau aku dapat UPM, errr, angah study kat UPM for medic. Dan sebenarnya, asasi sains pertanian not for aku-akan-jadi-petani-moden, tak.. Sebenarnya, after asasi, buleh je apply degree for engineering, medic  and etc,etc.

After tu baru call mak, mesej cik and abang. Errm, budak sekolah purple, setakat yang aku tau, 6 orang dapat UPM for Asasi Sains Pertanian which is aku, Anis BADRI, Jenin, Cheng, Oon, and Mekti.

Dan........ Yes, aku dapat, alhamdulillah. 



So, dah jadi macam ni, kena kasi cerna otak betui-betui ah sebab aku tak target yang aku akan dapat UPM. Siriyesli, sebab aku rasa macam nak dapat UiTM disebabkan aku banyak letak UiTM dalam list tu. By the way, ramai budak sekolah purple dapat UiTM. (^^,)

And yeah, dan-dan rasa dewasa sebab mak aku cakap, aku still buleh choose apa yang aku nak. Yeah, mak aku ok ja asalkan aku lupakan terus LAWYER tu.. Ouchhh, menyakitkan bila ingat balik, tapi berbunga di dalam hati.. :D

Istikharah the best way, insyaAllah.

"...Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkanNya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya." [al-Kahfi, 18:17]


#pilihan untuk tentukan permulaan pengembaraan baru#

Sunday, 6 May 2012

UPU dan Aku. [Part 1: Troll]

Assalamualaikum.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/Politeknik Premier
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013






Message from Ira BADRI Saina :
"Assalamualaikum. Check dah lagi U? Dapat mana?"


Rep: ___________________





-aku malas tulis sekarang, malam nanti aku tuleh kat blog ni-



#sorry, troll..baru balik dari sekolah memandu. pathetic#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...