Monday, 22 July 2013

Karangan Perihal Diri, Pencangan Pengajian dan Kerjaya. MARA. UNIKL

Assalamualaikum.


Awak, awak dan awak. Aku dah nak sambung degree dah kat Unikl. And, kalau nak apply loan MARA, kena buat karangan. THIS MINE. :)

* * * * *

Saya Fatin Syazwani binti Abd Rahim. Dilahirkan pada 8 Ogos 1994 dan sekarang berumur 19 tahun. Saya ialah anak bongsu dari 3 adik beradik. Ibu saya merupakan seorang pesara guru.

Mengenai latar belakang pendidikan, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langkasuka dan memperoleh keputusan UPSR yang cemerlang. Setelah itu, saya menyambung pengajian saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. Setelah 3 tahun berada di sekolah tersebut, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian saya di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena bagi aliran sains tulen. Saya memperoleh keputusan SPM yang agak baik. Kemudian, saya meneruskan pembelajaran saya di Kolej Matrikulasi Kedah selama setahun dalam aliran sains modul I yakni bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik. Setelah setahun berada di matrikulasi, akhirnya saya telah menamatkan program matrikulasi dengan jayanya.

Sekarang, saya akan melanjutkan pembelajaran saya di Unikl yang bertempat di Johor iaitu Malaysian Institute of Industrial Technology (MITEC) bagi program Bachelor of Industrial Logistics (Honours) selama 4 tahun dari bulan September 2013 hingga Jun 2017.

Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini kerana saya dapat melihat bahawa bidang ini mempunyai potensi yang amat besar dengan pasaran kerja yang sangat luas. Bersesuaian dengan penubuhannya di hub perindustrian Iskandar Malaysia, pastinya Unikl MITEC dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang strategik.

Di samping itu saya terdorong untuk mempelajari bidang ini di Unikl MITEC kerana ia sekali gus memperkukuhkan usaha menjadikan Johor sebagai ‘Kota Ilmu Selatan’. Tambahan pula, kedudukannya sangat strategik kerana lebih 400 buah industri tempatan dan antarabangsa seperti Sime Darby, Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), Panasonic serta pelbagai organisasi dengan reputasi besar turut beroperasi di sini.

Apabila saya telah menamatkan pengajian saya dengan baik, saya akan mencari kerjaya yang sesuai dengan bidang saya pada masa akan datang demi meningkatkan lagi taraf ekonomi negara Malaysia sejajar dengan seruan Malaysia Maju 2020 serta dapat memperkukuhkan industri tenaga kerja mahir dalam bidang strategik.

Saya juga bercita-cita untuk menaburkan bakti sebagai seorang pensyarah bagi membantu anak bangsa demi agama, bangsa dan negara. Sekian sahaja mengenai perihal diri saya, rancangan pengajian dan kerjaya yang akan saya ceburi. Terima kasih.

#usaha gila cari detail. pheww




In case kalau korang nak tau lebih lanjut pasal UniKL MITEC, boleh klik SINI. It is all about orientation, study, persekitaran and many more :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...