Monday, 29 December 2014

Wordless Tuesday: Oh Exam

Assalamualaikum.


Haha, aku pun tak pasti tu tanda rajin study, atau pemalas nak kemas.

Okbai~

#kesian kat sesiapa yang jadi rumet (mangsa) aku bila mai musim hujan macam ni.

Friday, 12 December 2014

Kau Tahu Tapi Tak Kau Akukan.

Assalamualaikum.


Hai gais! Tiap kali entri, mesti bebajet macam nak jadi 'cool' habis. Apapun, serious kali ni first time aku buat BEDAHLIRIKLAGU dalam blog aku. Before ni aku dok bedah then faham sorang-sorang, jadi better aku kongsikan kat sini. Well, ni boleh kira macam; Jihad with pen and knowledge, not with cowardly acts. Ya aku faham, memang bahasa aku gila sikit, sebab memang in real life pun, aku akan cakap macam cara dalam penulisan. Sebab bagi aku sendiri, yang penting apa yang nak disampaikan tu sampai, bukan gaya bahasa. Jadi aku pilih untuk menulis guna hati, bukan sekadar ada point tapi tiada rasa. Berbeza bila orang menulis based on pengalaman sendiri than menulis just based on pembacaan. Berbeza.

So, here it is. Aku menulis based on apa yang aku faham and aku relate dengan few examples dalam life kita sendiri.


"Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri"
Kau pernah rasa perasaan, kau hilang arah? Taktau nak pi mana lansung dah? Dan masa tu, kau tertanya-tanya sama ada apa yang kau buat ni betul atau tak. Kau just tanya soalan tu dalam hati kau sendiri, tanpa luah pada sesiapa, kononnya nak tunjukkan kau kuat untuk hadap semua masalah 'kekosongan' tanpa bercerita pada manusia. Dan kau teruskan bertanya sampai bila kau nak simpan masalah 'kekosongan' tu seorang diri, tapi at the same time, kau tak heed pun pada kuasa Dia. Pada Dia yang sepatutnya kau adukan tiap masalah kau; Dia yang ciptakan langit dan bumi, bulan dan matahari. And yes, even kau ada kat tempat yang kononnya bagi kau 'ketenangan' like concert, pub, any scene, whatelse; kau still rasa kosong. Kosong. Ibarat kau tengah tengok perlawanan futsal, tapi kau pakai earphone; yang tinggal hanya pandangan kosong semata.


"Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi"

'Fun' yang pernah kau rasa zaman dulu tu, dah hilang. Kau dah tak rasa 'fun' tu dah. Seolah dah takdak apa pun dalam dunia ni yang boleh isi kekosongan hati kau sendiri. Seolah kau rasa, life kau dah takdak makna lagi dah sampai at the end, kau rasa better ja kalau kau mati dari terus-terusan kau kena rasa perasaan yang kau sendiri tak dapat nak tafsirkan. Tapi masalahnya, kau pun tak pasti apa yang kau perlu buat dan ke mana kau perlu pergi.


"Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan"

Walaupun kau tau apa yang kau buat ni tak isi kekosongan kau pun, kau still deliberately repeat again and again. Tapi for sure, it doesn't heal anything. Pada masa ni, kau secara tetiba ingat masa zaman sekolah. Apa yang ustaz ustazah nagging dalam kelas hari-hari. Kau tahu hukum Allah itu dan ini, tapi kau tak ikut pun; hanya sebab ramai orang tak ikut apa yang tertakhluk dalam hukum Tuhan. Sebab kau takut orang lain cakap kau ni hipokrit. Ya, kau memang akui yang kita lebih cenderung untuk ikut apa yang masyarakat kata, berbanding apa yang Tuhan kata. At that moment, kau tahu yang kau perlu cari Dia bila masa susah. Cari Dia. Tapi kau taknak, sebab kau rasa "time ada masalah baru nak cari Tuhan. Tak kenang budi!". Tapi kau sedar tak, kau cuma ego! Kau ego dengan diri kau sendiri, dengan hati kau. Sedangkan kau tahu yang hanya Dia yang dapat heal 'kekosongan' tu. 


"Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi"

Pada masa tu, kau gunakan segala teknologi yang ada untuk search segala macam tips yang ada. Kau cari buku-buku 'how to be happy', how-to-overcome-this-and-that. Semua benda kau hadap, untuk cari jalan macam mana nak overcome masalah yang kau hadapi. Tapi kau lupa satu situasi ni. Situasi yang kau buat ni even scientist dan orang pandai pun buat. They search, they read but they don't even heed. Mereka kaji bintang, cakerawala, laut mati, Firaun, zygote, but they don't even realised yang semua benda tu dah ada dalam kitab al-Quran sekian lama ada sebelum penciptaan diri mereka sendiri. So, what is your point nak search all things tapi at the end, kau tak endahkan pun dan kau teruskan rutin kau macam biasa? Kau cari cara nak berubah untuk jadi baik, kau cari cara untuk ubatkan 'kekosongan' which is kau perlu adukan masalah pada Tuhan, tapi kau sekadar terhenti setakat tu. Kau tak move a step untuk apply apa yang kau baca dalam life kau. So, what for?


"Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan"

Dan kau realise yang kau tak berbuat apa pun sebenarnya. Sedangkan kau tahu maksud Iman tu sendiri adalah; membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota. Kau tahu, tapi kau tak faham. Kau tahu, tapi kau tak tunjuk dengan perbuatan. Tahu hanya sekadar tahu semata, tiada guna. Kau nak mengadu pada Tuhan, tapi kau ego. Kau nak cuba untuk tutup aurat, tapi kau takut pada pandangan masyarakat, pandangan kawan-kawan kau; walaupun kau tahu menutup aurat tu wajib. Kau cari 'point-point' untuk halalkan apa yang kau perbuatkan. Kau tahu, tapi tak kau akukan.


"Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama"

At some point, kau sedar sampai bila kau perlu ikut kata masyarakat. Sampai bila? Sedangkan jiwa kau dah terlalu kosong. Jiwa yang rapuh, hati yang mati. Sampai fikiran kau sendiri bercelaru sama ada untuk ikut kata hati, kata masyarakat atau kata Tuhan. Hari-hari kau berlalu tanpa ada sebarang perubahan. Sebab kau takut untuk berubah, dari tepi jalan ke sujud menghadap Tuhan. 


"Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan."

Sampai akhirnya, kau terpaksa admit. Kau rindu Tuhan. Kau rindu Dia. Kau nak ikut suruhanNya, tapi kau takut. Kau takut dengan manusia yang 'lebih keras hukumannya' berbanding Tuhan. Dan ya, untuk nak berubah, kau perlu kekuatan. Kalau kau tak cuba overcome that limit, sampai kesudah kau hanya terhenti pada takat cuba mengambil tahu tanpa kau cuba untuk faham dan aplikasikan.

Adios~

Tuesday, 9 December 2014

Rant on Produktiviti

Assalamualaikum.

[Kredit]

O hai. Ni hao? Aku dah habis settle segala presentation, assignment, test serta kuiz. Alhamdulillah. Memandangkan musim exam dah kian dekat, marilah kita sama-sama struggle habisan. Hoyeah!! Tapi kan, pada pendapat aku, study smart is better. Aku takdak la kata aku study smart sangat la kan, tapi aku harap apa yang aku kongsikan ni sikit sebanyak boleh bagi kau idea dengan share rutin harian supaya kau pun dapat idea untuk manfaatkan hari-hari kau dengan lebih produktif. Seperti biasa, abaikan bahasa Kedah (in case ada) sebab aku memang orang Kedah dan jenuh la kalau aku nak kena perbetui semua ayat aku satu-satu ikut skema Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). =.="

Sebenarnya, generally, pernah tak kau rasa yang hari-hari kau berlalu dengan sangat gloomy? Taktau pun buat apa sebenarnya, tengok-tengok dah cecah malam tapi kau sendiri tak pasti apa yang dah kau buat dan apa hasilnya. Pernah? Ok nice but not really. Ok nampak dak aku punya problem statement kat situ? HAHAHA. 


Bangun awal pagi dan berpagi-pagian.

Ok for sure yang ni susah. Susah in case kau tidoq lewat dan jugak in case kau tak pernah buat. Awal yang seawal-awalnya dalam lingkungan pukul 4.30 dan just nice time pukul 5.00 pagi, Ya agak susah untuk nak mulakan, tapi kau try buat. Kau bangun awal pastu baca doa bangun tidoq, cakap yang kau bersyukur still hidup lagi hari tu then cepat-cepat terus pi mandi. Dah settle semua, solat sunat apa yang patut, solat sunat before subuh, then terus solat subuh awal-awal. After tu, kau terus baca al-Quran surah-surah famous, baca translation, tadabbur satu dua ayat. Pastu kau baca bacaan yang bermanfaat macam majalah ataupun blog-blog yang bermanfaat macam :

http://angelwearsgucci.blogspot.com,
http://www.fadhilahwahid.com/,
http://productivemuslim.com/

Banyak yang bermanfaat lagi macam tengok youtube The Daily Reminder, 2IdiotFm etc. Jangan pulak kau bangun pagi, terus hadap movie. Aku tak sarankan kau terus buat benda-benda macam tu. Sebab? Sebab waktu pagi adalah waktu yang sangat sesuai untuk aktiviti yang berkaitan spiritual. Then, kau boleh belek-belek note sikit-sikit. Make sure, time pagi-pagi adalah waktu kau dengan diri kau sendiri. Renung balik apa yang kau buat selama ni, betul atau tak; kalau tak betul- cari jalan untuk betulkan. 

Sarapan pagi itu WAJIB!

Next, korang kena bear in mind yang sarapan pagi is compulsary (WAJIB!). Tak kira la hatta sekeping roti kosong pun. Tapi kalau aku sendiri, aku prefer white coffee dengan biskut. Pergh, white coffee is a kickstart untuk activate aku punya hari, sambil baca blog, baca novel, majalah, handout, e-book, dan jugak online newspaper. Aku bukan rajin sangat baca newspaper, tapi sejak-sejak aku masuk kos Logistik, aku rasa sangat penting untuk aku tau pasal apa yang terjadi tiap-tiap hari. Ya aku faham, memang macam bajet bagus kan? Lolololol.

Disiplin diri dan tersusun urusannya.

Kau ada planner, I mean planner yang nak tulis rutin harian tu? Aku guna benda tu, planner Shoutul Ikhwah. Kau boleh order online dan planner sangat membantu. Awal pagi, terus kau plan apa yang kau nak buat untuk hari tu. Dari pagi sampai malam. In case ada benda yang kau perlu ingat, urgent, kau tampal stick note kat dinding, then highlight so that kau tak lupa pasal benda apa yang due, apa yang kau nak kejar, benda apa nak kena complete.

[Kredit]


Study di pagi hari, notes and all.

Memandangkan sekarang kelas pun dah takdak, memang aku study kat library sampai petang. Tapi kalau malas sangat, aku study kat bilik ja pun tapi make sure disiplin la. Selalunya aku start pukul 10.00 atau 10.30 pagi macam tu. Tapi before tu, make sure kau penuhi masa untuk diri sendiri, solat sunat Dhuha (berkat beb!), baca Mathurat siap-siap kasi tenang sikit hati tu. Kalau sapa yang tak pernah cuba, aku sarankan untuk try la at least once a week sebagai permulaan. Pastu baca doa, betulkan niat, senyum dan terus study. Tenangkan fikiran. Kalau tak tenang, call mak mintak tolong doakan, rant jela apa-apa dengan mak then proceed your routine.

Jaga waktu solat.

Yang ni wajib! Kau try buat, kau try! Asal dengar azan, terus-terus pergi surau, atau kalau kat bilik, terus pi mandi then solat. Solat di awal waktu. Kalau kau proceed kerja kau then ignore waktu solat, kau akan hadap situasi ni:

Contoh situasi:

"Banyak lagi kerja ni.. Hmm siapkan dulu, pastu baru solat."

"Dah pukul 2.30 dah ni. Kerja tak siap lagi.. Takpa satgi siap la tu, nanti la solat"

"Tak solat lagi, tapi kerja tak siap lagi. Sekarang pukul 3.30. Alaaa takpa laa, satgi dah siap baru solat. Azan Asar kan masuk pukul 4.24..."

*Azan*

"Allah! Tak solat lagi!!!! Cepatnya masa berlalu.. Kerja tak siap lagi pun..." 


Mungkin masa awal-awal kau tak sedar, tapi lama-kelamaan kau akan sedar pasal keberkatan waktu. Kau akan perasaan, bila kau solat awal waktu, even banyak benda kau kena buat pun, menyempat ja sedia. Mungkin kau pernah dengar ayat yang lebih kurang cakap Allah akan sibukkan seseorang dengan hal keduniaan kalau seseorang tu tak pernah nak sibukkan diri dengan hal akhirat. Pernah?

Jangan bertangguh.

Penting! Kalau kau perasaan, bila start kau bertangguh, kau akan terus-terusan bertangguh. Ya aku akui, sapa ja yang tak suka bertangguh kerja? Haha, tapi it is the monster that will kill your routine. Please avoid! Satu bertangguh, segala yang dirancang tu akan scatter macam apa ja. 

Doa.

Kau pernah dengar tak, doa tu senjata Muslim? Jadi kenapa kau tak doa sungguh-sungguh? Doa dalam bahasa Melayu pun dah ok. Kau mintak jela apa yang kau nak mintak, mintak diberi keberkatan waktu. Ya aku faham, ramai antara kita yang selalu mintak dipanjangkan umur. Tapi, aku bet kau tau; walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya... Jadi, mintak agar diberi keberkatan hidup, berkat waktu dan apa sahaja yang kau nak cerita. Cerita, cerita dan cerita.

Tidur awal.

Tidur awal tu perlu. Okbai~

Semoga sikit tips ni dapat bantu korang untuk memproduktifkan hari kau dengan jayanya. Ya memang aku quite rigid dengan life aku even aku tak rigid bab-bab documentation. Sebab, aku tak suka stress. Aku tak suka study last minute. Memang bukan cara aku. 

___________________________________________________________

There's something that I need to clarify here. Aku boleh nak shoot kat Twitter, tapi aku pointing kat orang lain, 45,473,56 orang lain lagi yang terasa. Belajar dari pengalaman lama, HAHA. Malam before aku pi Kem Kekasih, aku baca segala conversation lama, bila kau mention pasal tu. Ya. Menangis bila kenangkan diri aku time tu; about 1 years 4 month something sebelum, dari masa sekarang. Please stop assuming that aku bahagia tengok kau derita. Just please stop. Sebab aku terlalu neutral. Memang la sounds poyo tapi it's true sebab it is too mainstream to give your heart to the wrong person. Cukuplah. Just cukup. Heartless dah dan tak memberi harapan pada sesiapa. Tu dah cukup jelas aku rasa. Just ingat pesan Zaim, Amirul Faiz time zaman sekolah. Ingat kan? Cukup jelas. Tetiba macam segan, sebab aku pun tak terlalu matured lagi untuk bincang pasal Baitul Muslim sebab banyak lagi benda yang aku nak belajaq sebelum nak langkah ke tangga yang seterusnya. Wkwkwkwkwk xD

"Andai fasa individu muslim sahaja sudah menguji, apatah lagi fasa seterusnya." 
Ummu Afeera


___________________________________________________________

:)

#Good luck for your exam gais! Doakan aku.

Sunday, 16 November 2014

Kenapa Susah Nak Bersyukur?

Assalamualaikum.


Hai. Lately, memang lama sungguh la kan nak update blog ni kan. Kerja bertimbun lah gila. =="

Ok emo disitu, tapi betui la. Sem ni memang assignment group ja, jadi kalau dapat teammate yang lengai macam gila nak buat kerja, memang sikit sebanyak akan effect kau punya life. Syukur teammate aku alhamdulillah semuanya OK!

Ok, aku pun tak pasti kenapa payah sangat aku nak bersyukur. Serious. Ceritanya pagi tadi kami check paper MTO (Management Transport Operation) ramai-ramai dalam kelas, macam yang cikgu sekolah selalu buat tu. Pastu alhamdulillah, aku punya markah 8/10 which is 41/50 since ni soalan objektif . [ I do hate soalan objektif].

Then, mesti rasa,  "alaaaaaaa, kenapa 8? Kenapa bukan 9 something?". Rasa macam teruk betul perangai masa tu. At least bersyukur, bersyukur! Tak habis lagi marah diri sendiri. Kenapa tak terus ja cakap alhamdulillah. Geramnya! Sedangkan kawan aku yang lain happy ja dapat markah, siap ada yang cakap "ok la tuuu.. dapat 5". Serious, time tu memang aku down habis, kenapa la payah sangat aku nak bersyukur nii !! 

Then, aku terjumpak ni kat Facebook,



Ya, aku terlalu kejar apa yang aku takdak, sampai aku terlupa nak bersyukur dengan apa yang aku ada. Sedangkan kita sendiri tau, kalau Allah bagi satu-satu benda dan kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat tu. Tapi tu la manusia, sentiasa rasa tak cukup. Tu la aku.


Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih (Ibrahim: 7)


Thanks Teme Abdullah. May Allah bless you, me and YOU too.
:)

Tuesday, 21 October 2014

Abstract Fest 2014 - UniKL MITEC

Assalamualaikum.


Hai, tu header Abstract Fest actually. Seriously, aku suka Abstract Fest. I mean, aku suka seni, sangat sukakan seni sebab aku pun one of penggerak seni yang bergerak secara solo. InshaaAllah kalau takdak aral melintang, aku akan bergerak secara berjemaah lepas ni, segalanya still dalam perancangan. Sebenarnya, Abstract Fest ni event tahunan oleh Art and Culture Club a.k.a ACC.


"aku ada ayaq botol sudin, kau ada?!"

Most people akan cakap,

"Gi-la. Hang pi event tu?"

Tapi bagi aku, pendapat peribadi aku, berhibur takdak salahnya. Yang salahnya tu bila tak dapat handle dengan baik, and yes itu salah. Tell me, sapa yang tak suka hiburan? Nasyid pun hiburan right? Tapi kalau event ni, hiburan dia memang more to indie band, local clothing, skateboarding, and apa saja berkaitan seni like potret jalanan, panggung pungguk, buku jalanan, FIXI, AGAS, serta Zine. 

Meeting wif organizer Abstract Fest, seminggu before event. Yang tshirt hitam 2 dari kiri tu Ikmal, anak Bandi Amok.

Masa meeting JPM dengan ACC itu hari pun, aku memang dah eksaited nak pi yang kali ni punya, sebab briefing dari Marzuki and the gang memang daebak!

Kalau yang tahun lepas aku pi time malam, kali ni aku pi siang. Siang lagi gempak rasanya. Sebab masa tahun lepas, time aku pi tu tokey vendor dah usung panda Pandanisme balik dah. Em em, memang tahun lepas sekadar lalu macam tu ja pastu duduk kat courtyard. Kali ni aku pi belek tiap satu vendor. Gempak weh! [kau akan rasa teruja sekiranya kau ni peminat seni jalanan]


Hai, duit saya habis banyak.

By the way, aku taktau dari mana aku boleh beli zine selain dari online. Kau tau, kat sini pakai konsep buku jalanan. Dia akan susun buku-buku dia kat lantai, and yes kau boleh baca secara free. Memang dia ada mention, tak beli pun takpa asalkan baca. Actually, benda macam ni memang somehow pupuk budaya membaca. Frankly speaking, aku bukan jenis baca karya yang skema, jadi benda macam ni memang attract aku punya minat. Yang 3 atas tu, bahasa Inggeris tu adalah Zine which is macam booklet camtu. Rata-rata Zine RM5, tapi yang aku beli tu RM8 sebab bahasa Inggeris dan tiga-tiga zine yang aku beli tu dari penulis yang sama.

Skate comp at warehouse.

Pastu, memandangkan warehouse MITEC tu besaq, maka ada skate competition buat situ. Yela, gila what nak buat skate comp kat tar? Mau bertarah tangan kalau macam tu. Tapi so far menarik jugak la, walaupun takdak ramp pun. Menarik bila tengok Black perform. Semua muka gigih-gigih nak tunjuk skill.

Beza Abstract Fest kali ni dengan yang lepas yang aku nampak, dari segi cara organize. Kali ni nampak lebih tersusun berbanding yang lepas sebab dress code pun tak nampak yang rare-rare sangat ye tak? Pastu siap ada Panggung Pungguk (which is pasang layar then view local shortfilm), Charity Carwash by QES and skateboard ni, yang sebenarnya kelainan yang paling ketara bagi event kali ni. Cuma kali ni takdak potret jalanan, ataupun aku yang tak perasan? Tapi macam tahun lepas punya, memang painting pun dia ada jual tau!!

 Macam untuk Abstract Fest 2014, ada la sikit isu pasal owner vendor yang menjual kat sini haritu yang namanya dirahsiakan. Tapi alhamdulillah semuanya dah di-settle-kan secara damai and aku harap Abstract Fest ni still wujud pada tahun akan datang. So far, kalau kau peminat seni, I mean seni jalanan, indie, kau akan suka Abstract Fest. That's all.





Saya Budak Sains, Tapi Saya Tak Minat Sains.

Assalamualaikum.



"Hai gadis-gadis dan pria-pria yang tengah confuse." 


Kemain tau aku punya intro, mana nak cari intro macam ni cik kak oi, haha. By the way, in case kau ni students sains yang tak minat kos sains dan bercadang nak tukar kos yang bukan sains, kau berada blog yang betul. Ataupun, kau belajar benda lain, tapi kau minat benda lain. Segala yang ada dalam entri ni, memang hasil dari pengalaman aku sendiri, alhamdulilllah.

Aku faham, korang semua mesti tengah buntu habis kan? Yela, kau minat benda lain, then kau nak kena study benda lain, feeling tu lain beb. Aku tau, mesti kau rasa useless bila kena belajar something yang kau totally takdak passion pun. Aku dulu student Sains. Sains Modul 1.

Ceh, ni cerita zaman dulu la. Aku budak Matrik dan aku belajar subjek Biology, Physics, Chemistry and Math. Kira modul ni la paling susah dalam silibus matrik. Bila bagitau ja Modul 1, perghh kau seolah disanjung beb. Ok, nak dijadikan cerita, aku memang dilahirkan (takdir kutt!) tak suka sains. Em tipu kalau tak suka, tapi aku tak merancang nak bekerja dengan kerja yang melibatkan bidang sains. Well hello, kalau kau dah tak minat nak kerja something yang relate dengan sains, sia-sia jela kau study sains selama ni. 

"forever alone-lah aku...."

Dengan point tu, aku convince-kan mak aku. Yep, masa awal tu tipu la kalau mak aku 'redha' je dengan keputusan aku. Tipu woi ! Tapi kau kena sedar, sampai bila kau nak tipu diri kau? Try imagine... Kau nak ke, satu hari nanti, kau rasa give-up sebab study benda yang kau tak minat, time kau sedar tu adalah time final year and yes, kau tak tahan dah pastu kau drop-out? Pastu kau start all over again, at the same time kawan kau dah beranak-pinak, bekerjaya ada zauj and zaujah lawa serta hensem and kau baru first year degree? Kau nak macam tu?!! Tu baru namanya buang masa. HAHA.

Selagi kau tengah confuse ni, better kau fikir elok-elok. Aku tau, some of your friends, family and relatives akan cakap bazir je study sains selama ni. No, no and no. You are wrong! In fact benda ni akan widen your knowlegde. 

Masa awal dulu, mak aku memang tak setuju aku masuk kos bukan sains. Dan mak aku taktau pun, aku apply kos bukan sains. Aku pernah cerita dalam entri sini. Tapi, kau kena faham yang kadang-kadang sesuatu yang kita minat boleh buatkan kita hadap ja cabaran tu dengan tenang. Kau faham tak konsep "as long I know what I want, I will go through what I want"?

Rahsianya, kau sendiri kena yakin yang kau boleh. Kalau kau sendiri tak berani, how come orang lain yakin yang kau boleh carry subjek yang kau lansung takdak basic. Yakin dan doa. Tu rahsianya.


Sunday, 13 July 2014

Review on UniKL MITEC, Johor. Industrial Logistics.

Assalamualaikum.

Ofkos ah korang kena biasakan diri tengok logo ni kan, miahahaha. Ni aku rajin nak buat review ni bukan senang hokkeyyy, semangat auu iolls pakai jersey Mitec sambil taip entri ni. HAHA. Ni betul tau, aku pakai jersey biru merah tu. Well, Johor ni t-shirt dia tak variasi lansung, semua kaler biru merah ja.. ==" Please TMJ jangan saman iolls, iolls orang susah. Iolls cuma cakap jujur je ni, hihi. xD Serious post ni panjang sesangat dan aku harap semuanya merangkumi persoalan-persoalan yang ada dalam otak korang. 


PERSEKITARAN DI UNIKL MITEC

Ok, korang boleh dulu usha-usha gambar-gambar yang aku letak ni. Sebenarnya la kan, bila korang masuk entri ni, make sure internet laju, baru boleh view gambar-gambar dalam ni tanpa menghadapi sebarang stress dan depression overload sebab aku nak letak gambar banyak-banyak. First of all, lupa nak bagitau, maaf la kalau entri ni campuq huruf Q banyak sangat. Oh ya, sorry kk kalau aku bahasakan diri sebagai aku, sebab aku orang Kedah kutt, and you can call me Kak Tinsyaz. :)


Yang sign arrow tu menunjuk ke arah bangunan bilik tutorial.

Tempat ni nama dia, courtyard yakni laluan pejalan kaki. Macam rumah telitabis hokkeyyy!!

Yang kaler kuning tu adalah library, tapi tak banyak buku sangat la.. *kecewa*

Yang depan tu bahagian admin, ada kaunter akademik, finance.

Ni ialah parking untuk lecturer.. Depan sana tu ada tasik. Tapi takleh mandi la... =="

Ni ialah dewan. Tadaa, korang akan daftar kat sini masa hari first. Lalalala~
It's have been a year. Masihkah kau ingat? Tak ingat?
Tadaa, operasi mencabut rumput time aku orientasi dulu-dulu. HAHA.
Masihkah kau ingat? Uuu, bila sedih, aku suka lalu sini, ni ja memori time MSR masa aku masuk dulu. 
Kumpulan Tok Gajah. Kekeke~ Banyak lagi gambaq sebenaqnya. xD


 So far, aku boleh cakap Mitec ni cantik jugak la. Tambah kalau students baru kan, ofkos akan ada session nak selfie kat couryard. Berani jamin la, sebab tempat ni memang saujana mata memandang. Pui~


HARI PENDAFTARARAN DI UNIKL MITEC

Yang ni ofkos penting, time aku daftar dulu-dulu, aku sampai Mitec pukul 12.30. Memang tak nampak macam hari pendaftaran lansung sebab gloomy semacam. Aku dah pernah jadi OC (orientation committee, fasilitator) dah 2 kali setakat ni. Memang menarik. Yang latest ni, aku incharge part dokumen, collaberation with Kak Hajar. Hee, I loike Kak Hajar much much much! 

Make sure sesapa yang mendaftar hari tu, pakaian mesti sopan k. Pastu pastikan bawak barang-barang and dokumen yang diperlukan. Jangan lupa! Pastu kan korang kena fotostat sijil, sila sahkan sijil tersebut. Dan kalau boleh, lengkapkan semua bahagian termasuk bahagian cop pesuruhjaya sumpah dengan bahagian pemeriksaan kesihatan. Ingat, bawak jugak segala dokumen yang asli seperti IC parents, IC sendiri, sijil lahir, dan sila bawak salinan slip bank berserta slip bank yang original. Ni semua aku dah pesan ni, kalau salah satu stuck, memang nanti akan menyusahkan diri sendiri. Baik korang pilih untuk susah sekarang berbanding susah nanti-nanti, sebab korang perlu completekan semua benda tu dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran.

Then, untuk parents yang divorce ataupun yang dah kematian parents, bawak sijil penceraian dan sijil kematian. Tolong jangannn lupaa. Untuk parents yang divorce, just letak dokumen-dokumen parents yang korang stay sekarang. Tapi, lengkapkan jugak detail bahagian abah/emak kau yang dah divorce tu (ada dalam borang). Gambar kalau boleh, bawak lebih dari satu.

Actually, korang kena bayaq RM250 tu untuk sahkan yang korang nak masuk Mitec, dan korang bayar terus duit pendaftaran yang seribu lebih tu menggunakan slip money order. Sebenarnaya, korang boleh bayar duit pendaftaran tu time hari pendaftaran, tapi prosedur akan jadi lagi-lagi-lagi rumit sebab kaunter tu yang akan crowded. Jadi kalau korang bukan jenis yang sabar menunggu, better bayar siap-siap sebelum pendaftaran sebab after tu, terus korang boleh check in hostel.

Pasal pendaftaran online, kebanyakan students UniKL mesti akan bermasalah untuk melakukan pendaftaran online walaupun korang dah settlekan semua bayaran. Jangan risau, korang datang je dewan time hari pendaftaran and korang bawak slip bank tu. Bagi yang dah settle pendaftaran online, nanti korang akan terus ke hostel, korang ikut je apa yang OC kat pondok pak guard tu cakap.  


MINGGU SILATURRAHIM / MINGGU ORIENTASI UNIKL MITEC

Frankly speaking, aku bukanlah ramah gila-gila, unless kalau aku kenal orang tu dengan rapat. Untuk start conversation, actually aku pakai taram je, kalau aku yakin aku kenal orang tu, memang aku tegur. Selalunya la. Dan, aku sangat benci minggu orientasi, serious. Sebab? Sebab aku takdak kawan yang aku memang dah kenal masa mula-mula masuk Mitec ni. And I really hate minggu orientasi bila talk belungguk padahal aktiviti ciput je. Tapi apa yang aku perasan, after orientasi intake aku, orientasi selepas-selepasnya sangat best. Time aku asyik 'operasi melekat' ja, boring betul. And yes, 'tepuk-tepuk sayang'. Keh, aku tepuk sayang depan Tajul masa orientasi, muka dia tahap segan. Ah, kisah pulak aku masa tu, no hard feeling kk, kau sape??!! *emo*

Bawah ni, orientasi yang baru-baru ni untuk intake diploma. June 2014. Em em, aku tak siapkan lagi report minggu orientasi depa ni. ==" Gambar bawah ni, semuanya dari Checkpoint 4, checkpoint aku lerww tuuu. Well, dari sem lepas, denda kat checkpoint aku seharusnya sideroll. Yela, korang silap rrr, aku budak JPAM kutt, ofkos la kasi taff sikit badan korang yang lengai manja tu. Wkwkwkkwkwkwk xD

Actually, time orientasi ni memang diwajibkan semua students perempuan beragama Islam untuk pakai tudung. And baru-baru ni, alhamdulillah dapat berita budak yang free hair sebelum masuk Mitec dah start pakai tudung, pakai stocking, pakai handsock and pi surau walaupun dah habis orientasi. Hee~ Ada sorang adik tu tanya aku, "kak, nak jadi OC memang kena pakai tudung labuh ke?". Hei, menghiburkan okkk soalan dia tu, haha.

My name tag. Heh, OC Tan Siew Keng lahhh sangattt xD


Yang kiri tu nama dia Hanim, budak Kedah. Yang tudung merah pun. In case korang budak Kedah, rilek ja cakap Kedah. Takyah dok segan laa, nanti depa yang terikut dengan loghat kita. Hee~

Group paling sporting.

Yang depan tu, OC. Aisah, Kak Mimi dengan Kak Farhana.


Welcome to Checkpoint 4!

Tadaaaa!!~

Explorace makan roti. Time aku takdak kk explorace camni. Boring betul masa aku dulu -.-"

Setelah berhempas-pulas, seharusnya para OC perlu enjoy jugak kann!! Steamboat time. :)


So far, minggu orientasi sekarang ni sangat best. Sebab banyak aktiviti luaq berbanding time aku. Time aku just ada gotong royong, pi tasik depan tu, dengan menara bendera ja. Tu pun menara bendera la yang aku rasa paling enjoy pun, time tu la. Time tu.. =..="


BILIK DI UNIKL MITEC / KEMUDAHAN DI UNIKL MITEC

Gambar bilik bawah ni, gambar time aku semester 1. Yela, masuk semester 2, bilik aku tunggang langgang toksah nak cakap la kan.. Selalunya kalau intake degree, students akan dapat bilik 4 orang dan yang paling best, perabot (katil, locker, meja study ; aku taktau nak tuleh benda ni sebagai apa, jadi aku letak perabot la kan ==") semuanya diperbuat dari kayu dan sangat memuaskan hati. Locker dengan meja, memang besarrrrr weiihh. Tapi aku still tak puas hati dengan katil, pendek semacam. Ataupun aku yang tinggi sangat. ==" Dan ada jugak bilik 2 orang ja untuk students lama dan selalunya students diploma pun dapat bilik 2 orang. Time aku, dinding kaler peach okkk. Tapi start intake September 2014 akan swap hostel, jadi siswi akan pindah ke hostel siswa yang buruk tu. Opss!!

By the way, soalan ruji yang akan ditanya kat aku, pasal barangan elektrik. Well, korang pastinya boleh bawak heater, iron, laptop serta printer. Time semester 2 baru aku start bawak printer hasil dari duit MARA. Hewhew, tapi kan, nanti korang kena bayaq la duit daftar barangan elektrik, nanti admin akan bagitau kat korang semua. No rice cooker and toaster please, nanti korang akan kasi fius takleh berfungsi, menyusahkan kkk!! Tapi korang jangan risau, iron ada disediakan, kau cari je, mesti ada punya satu bilik iron. Water heater dan water cooler ada kat tingkat bawah. :)

Pasal lain-lain, tong sampah dalam bilik, penyapu, penyodok sampah, corkboard, alatan basuh pinggan, rak buku, ofkos tak disediakan and korang kena bawak sendiri. Aku still ingat, masa first aku masuk Mitec, memang meroyan habis sebab dalam bilik takdak corkboard. Yela, ittew sukeww tampal-tampal notes. 

Ni cermin actually. Dalam locker.

Tempat aku time sem 1. Time sem 2 pun tempat yang sama, tepi dinding, B320F.


Agak tersusun la time sem 1. HAHA. Mafla Palestine beli masa study kat matrik untuk pakai time  Malam Palestine KMK 2013. 

Aku suka beli 'objek' tu bila aku achieve something yang aku target. Sebab sebelum start study, aku akan shake dulu, memandangkan aku selalu lupa bila kali last aku study. Kalau aku dah lama tak shake, maknanya aku tak study dalam masa terdekat tu.


Kemas kan, well. :D
Diingatkan, hanya pelajar tahun 1 yakni semester 1 dan semester 2 yang diberi jaminan untuk dapat hostel. For the rest, korang kena aktifkan diri melibatkan diri dalam aktiviti di Mitec ni, tapi tu la. Sedih bila budak Kedah ramai yang tak dapat hostel.

Diingatkan, sebagai orang Islam, tolong tolong tolong bawak al-Quran dan baca setiap hari sebelum pi kelas. Kalaupun takleh satu juz, satu surah femes pun, satu ayat dengan translation pun jadi la. Tolong, kita dah besar, al-Quran ni akan guide kita, tolong berpegang dengan al-Quran, frankly speaking. Aku bukan bajet baik ke ape, tapi selalunya ramai yang tak bawak. Menyedihkan betul...


PEMAKAIAN DI UNIKL MITEC

So far, aku rasa alhamdulillah ok, walaupun tak semantap time kat matrik sistem kat sini. Kad matrik pun dapat time nak final exam, menyedihkan hokkeyy!! Kelas pun kecikkkkkk ja, tapi alhamdulillah. Kalau aku compare dengan matrik, ofkos Mitec ni memang kalah teruk. Tapi tu la, aku bukan jenis compare, nanti rasa tak bersyukur, sebab selalunya Allah letak kita kat satu-satu tempat ni, mesti ada sebabnya. Ada hikmahnya. Persekitaran kat sini memang terkawal. Masa awal tu, aku bajet Johor ni tempat yang sosial habisan. Memang aku ingat ramai jela yang freehair kat sini. Tapi salah jangkaan aku, kat sini ramai ja yang bertudung labuh, berpurdah, berkopiah. Serious! Note, kalau korang nak join usrah (keluarga), samada Love Circle, mahupun Usrah Ikram, korang boleh mesej akak kat Facebook inshaAllah (perempuan sahaja). Usrah ni bagus untuk students, tambah-tambah yang jauh dari family, kalau nak tau lebih lanjut, boleh tanya kat Facebook akak k. :)

Kalau korang google, korang akan dapat tengok dress code UniKL. Memang sesak nafas aku baca kat situ pasal dresscode, yela mengalahkan matrik, dahlah no jeans!  ==" (time tu.. HAHA) Tau tak, first time okayy aku beli slack. Sebelum ni, aku ada satu ja seluar slack untuk aktiviti rasmi time sekolah. Meroyan aku time tu, strict tahap kutt. Ni dah mengalahkan sekolah, ceh. 

Kan, sakit hati sikittt kan?

Tapi jangan meroyan dulu, chill k. Meh Kak Tinsyaz nak cerita. Sebenaqnya, dalam Mitec ni ada banyak zon. Baca kan Zon A kat atas tu, tu maknanya zon bahagian administration. Kalau korang nak pergi kaunter finance, akademik, jangan la pakai dress code macam atas tu. Selain dari tempat tu, korang dibenarkan pakai jeans tapi jangan koyak-koyak, heels, round neck pun dibenarkan tapi pakai jacket kat luaq tu. Jacket tu nanti korang akan dapat, and jacket terbaru tu kaler maroon.

Jadual, ada yang pack, ada yang tak. Time semester 1, jadual aku taburan dia agak ok. Masuk ja semester 2, pergh gilaa ahh. Kat sini hari Ahad ada kelas tau, Johor kan. Hari Ahad aku takdak kelas, malam ada satu kelas ja. Hari Rabu dari siang sampai malam takdak kelas. Tapi hari selain tu, jadual memang bersusun teruk.

Pembelajaran kat sini ok ja. Nak kata tiptop pun, biasa-biasa. Ada lecturer yang rigid, ada lecturer yang sporting habis, macam Encik Sallaudin and Sir Rayner, terbaiikk! Jangan ponteng kelas tau, 3 kali kau ponteng, habis ah kau, nama kena blacklist takleh masuk final exam baru tauu!! Baru-baru ni, ada students mesej OC, dia cakap dia takleh pi kelas haritu, bagus sungguh, HAHA.

Kat Mitec ni, kalau uniform, ada JPAM ja. No Palapes, Pulapol, and Suksis. No and no! Semester 1, aku diwajibkan untuk ambik JPAM, then semester 2 memang terpulang samada nak sambung atau tak. By the way, tak semua orang kena ambik JPAM, nanti korang akan dapat tau samada korang kena ambik subjek tu atau tak. Tapi, sebagai nasihat, in case korang dapat JPAM, sambung jela sampai habis. Bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Ya, memang training dia agak taff, tapi korang akan ditauliah sebagai Leftenan Muda. Hello, korang kena panggil aku puan kk once aku dah tauliah nanti semester 5, hewhewhew. xD Korang akan dapat elaun setiap kali korang pi pertandingan. 

Bagi aku, elaun tu kepentingan jugak tapi tu bukan motif sebenar aku sambung JPAM. Aku sambung disebabkan plan jangka masa panjang. Tak, korang try bayangkan, nanti korang kawin then suami korang tak kasi korang kerja berat-berat. Mati la nak dok rumah sepanjang masa, tu sebabnya. Lagi satu sebab, maybe nanti aku boring bekerja, aku boleh masuk training budak baru. OK, settle kes JPAM.


PINJAMAN MARA DAN PENDAHULUAN MARA

Pendahuluan MARA, aku tak ambik, jadi memang aku takleh nak sembang kencang la.. Tapi yang aku tau, bila korang ambik pendahuluan MARA, duit elaun kau akan ditolak RM100 setiap bulan. Menyedihkan jugak la...

Korang kena tulis karangan pasal pinjaman MARA, ni contoh. Tekan SINI. Aku perah otak k buat karangan tu, tapi junior pakai main sebat je. Hei, korang kena bayaq aku tau bila dapat first elaun, tak kiraaa!!!

Pasal MARA, korang tolong tolong tolong rigid pasal ni. Yela, korang nak pinjam RM86,000. Banyak kosong kk, jadi for sure cara pinjam dia punyalah payah. Macam aku haritu, aku kena balik kedah untuk settlekan pasal setem hasil dan cop pesuruhjaya sumpah untuk borang MARA. Note, borang MARA dengan borang pendaftaran tak sama tau, nanti korang akan dapat briefing pasal ni bila korang dah start dengar taklimat MARA time orientasi.

Pinjaman tu, korang dapat elaun setiap bulan. Setiap bulan akan dapat RM580 (if not mistaken), sebab kita berada di Zon B, jadi jangan compare dengan elaun bebudak MFI (Malaysian France Institute). Dan once kau diluluskan pinjaman MARA, korang disahkan sebagai orang kaya baru, HAHAHAHAHHAHAHAHA. The best part. 

Tapi, kau kena ingat, duit MARA hanya akan dapat time hujung semester 1. Dia akan kasi bulky terus RM4000 something. Yela, korang sem 1 ada 5 bulan, 1 bulan dapat RM580 x 5 bulan, dah jadilah ribu raban. Dan kau kena ingat, tu duit PINJAMAN. PINJAMAN ok, jadi kau kena sedaq diri, jangan boros melainkan la kalau kau for sure boleh dapat 4 flat setiap semester and jadikan pinjaman tu sebagai biasiswa. Start ja semester 2, korang akan dapat duit laptop RM2000, yang tu untuk korang yang takdak lagi laptop. Kalau sapa yang dah ada laptop, bawak-bawak la menabung duit tu. Start semester 2, inshaAllah kau akan start dapat duit elaun bulanan seperti yang sepatutnya.

Pinjaman MARA ni best, sebab kalau setakat sekarang ni, bila CGPA last kau time graduate tu melebihi ponter 3.50, inshaAllah pinjaman tu akan ditransform kepada biasiswa. Kalau pointer kau 3.00 dan lebih, korang kena bayar 10% dari pinjaman korang tu. Untuk GPA final exam, in case kau dapat bawah 2.00/2.50 (if not mistaken) untuk kali pertama, kau akan dapat amaran. Kalau kali kedua GPA kau bawah 2.00/2.50 (if not mistaken), dengar kata akan digantung pinjaman MARA hinggalah kau dapat cover pointer korang.


PEMBELAJARAN DI UNIKL MITEC

Once kau masuk universiti, kau kena ingat ni bukan sekolah. Ingat! Cara pemarkahan pun tak sama macam sekolah. Kat Mitec, kau kena alert masa hari first lecturer masuk kelas. Lecturer akan kasitau Course Mark. Apa tu? Course mark tu markah korang berdasarkan test, quiz, project, presentation. Markah tu selalunya merangkumi 60% and the rest 40% tu untuk final exam. Jadi apapun, korang memang kena skor siap-siap course mark tu, supaya nanti time exam kau kena topup sikit lagi ja untuk score.

Bila masuk sini, korang kena pastikan niat korang betul. Bukan sekadar nak ada degree, bukan sekadar nak jumpak kawan baru, cari calon nak buat isteri. NO! Kalau tu ja solely niat korang, sila perbetulkan niat korang siap-siap. Jangan lupa apa tujuan kau masuk sini, ingat tu. Once kau nak ponteng kelas, ingat mak bapak. Ingat korang kena bayaq RM86,000 kalau takleh skor. Tu motivasi untuk study tuuu..

Korang akan jumpak macam-macam jenis orang kat sini, jadi hati-hati. Paling common, bila dapat duit MARA, korang akan nampak kawan-kawan korang akan keluaq enjoy shopping merata. Jaga-jaga. Sebab tu aku pesan, ingat balik motif kau masuk study sini. Ada jenis yang setiap minggu keluar outing pi shopping, jadi kalau kau bukan jenis tu, pandai la jaga diri. Bukan nak kata jangan outing, tapi berpada-pada. Ambik masa hujung minggu tu untuk study, lantaklah kalau orang nak kata kau bajet rajin ke ape, tapi kalau kau nak berjaya, kau kena set the priority. Macam aku sendiri, aku sangat jarang outing, tapi time study week masa final exam, memang aku akan outing untuk prevent stress overload, serious. Kau jangan risau part transport, kat sini ramai orang buat kereta sewa. Depan bilik ada tampal advertisement in case dia ada jual something or buat any service like printing atau kereta sewa and all the price is so affordable.. Sangat.. :)

Pandai pilih kawan pun satu perkara yang penting. Sangat penting. Kau kena pastikan yang kawan-kawan kau ada target untuk berjaya, bukan sekadar dapat course mark 40% pastu dah lulus, then terus malas study. Susah macam tu. Kalau kawan-kawan kau jenis yang enjoy ja, taknak study, memang susah. Yang baik ikut, yang tak baik jangan ikut. Paling baik, buat study group pun ok. Make sure memberi, bukan sekadar menerima. Kalau kau masuk study group semata untuk dengar apa yang orang lain cakap, percayalah, korang akan senang lupa melainkanlah kau memang genius. Pastikan sebelum masuk study group, study sorang-sorang dulu, fahamkan. Ni study group aku.

Kak Mai and Kak Tin Suhada

Jijan and Kak Tin Nazira.

Memang la nampak macam rasis sebab study group aku ada 8 orang ja, tapi takkan nak buat sampai 15 orang. Tu bukan study group tu, tu namanya kelas. =.="

Dan kalau kau dapat pointer 3.50 dan ke atas dan dapat gred Bahasa Inggeris sekurangnya gred C+, inshaAllah kau akan diraikan dalam majlis rasmi yang dipanggil sebagai Dean List award. Award ni ada sekali ja untuk setahun, kalau kau dapat dean list sesi Januari dan September, kau akan dapat 2 sijil time award tu nanti.

Ni contoh sijil dari UniKL Mitec.
Dan kat sini ada program ISEM iaitu pertukaran pelajar ke oversea. Menarik kann.. Tapi, tapi, untuk kos Industrial Logistic, dia nak pointer 3.75 minimun dan untuk lain kos engineering perlukan pointer minimum 3.50. Nanti dia akan bukak application untuk sesiapa yang berminat dan program ni selalunya untuk pelajar semester 5, 6 dan 7 dan korang boleh pilih mana-mana universiti yang ada dalam pilihan yang disediakan. Best kan?


KOS INDUSTRIAL LOGISTIC DI UNIKL MITEC

Ni final, kos industrial logistic. Aku pun taktau kos apa sebenarnya, tapi memang aku masuk Mitec by ikut kata hati. Tak buat istikharah, sebab aku yakin dengan pilihan aku, bukan 50-50. Tau kan, ada dalam perang Khandaq, Rasulullah tak buat istikharah samada nak korek parit atau tak, tapi terus mengarahkan para panglima untuk korek parit tu, sebab Rasulullah yakin tu pilihan terbaik untuk masa tu.

Sebenarnya, ramai tak tau pasal kos ni. Ok, kat Mitec ni ada 4 kos which is 3 engineering dan 1 bukan engineering. Yang 3 lagi tu ialah Quality Engineering (QE), Instrument Control Engineering (ICE) dan Facilitating Maintenance Engineering (FAME). 

Back to the topic, Industrial Logistics dikenali sebagai IL dan majoriti students kos ni adalah perempuan sebab lelaki memang dominate untuk kos engineering. Kos ni bersangkutan dengan pengangkutan barangan, import export barang, shipping, airfreight, seaport, airport, kastam, dan ekonomi.

Memang sekarang tak famous sangat, tapi tahukah anda, kos ni akan jadi famous by the times korang dah habis study sebab ekonomi negara pun memang bergantung dengan import export. Tak semua kos ni kena duduk kat warehouse, kat port, tak semua. Ada ja kerja dalam pejabat, dan setiap company ada department untuk Logistics. Pasal dapat kerja atau tak, sebab IPTS, kau jangan risau. Kalau pointer kau rubbish, even kat IPTA pun kau payah nak dapat kerja. Dan kalau pointer kau shining semacam walaupun kau IPTS, ofkos senang ja dapat. It is all about rezeki. Yang banyak orang meroyan pasal UniKL tu, sebab pointer agak kelaut pastu salahkan UniKL sebab tak dapat kerja. Salah tu...

Soalan general, better korang comment je bawah tu supaya takdak la orang lain tanya soalan yang sama banyak-banyak kali.

And aku harap sangat, post ni agak membantu korang. Sekian terima kasih. :)

Saturday, 19 April 2014

Cakna, Tahu, Faham.

Assalamualaikum.


Jyeahh!! Hai semua, ok aku tau mesti aku ja yang overdose happy bila bukak blog ni. Sebagai adik, aku kecewa. Aku dapat berita ni pagi tadi, sampai sekarang aku tak dapat kaitkan apa yang lead kepada permasalahan ni. Adakah sebab aku yang tak reti jaga dia, atau dia rasa terabai, atau dia nak hidup dia fun. Mungkin dia sekadar perlu peringatan, teguran. Manusia mudah lupa. Aku tak terkecuali.

Ingat ja satu ni, al-Baqarah ayat 208:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu  yang nyata.

Maksud dia kat sini, kalau hang nak buat satu benda, jangan sekadar ambik apa yang hang nak buat, tinggai apa yang hang takmau buat. Contoh, hang tutup aurat, elok. Dari tangan, kaki, bawah dagu, tudung labuh, semua ok. Tapi satu ja, ikhtilat pi entah ke mana. Kira macam mana tu? Haa, sama la macam ni. 

Ok, aku beletiaq pulak. Maafin. =="

Cakna, tahu, faham. Banyak beza. Ada orang yang dia buat yang ni, buat yang nu, pakai ikut orang. Tapi as long it is good, well it is ok! Sebenarnya, dengan umur kita yang menjangkau angkau 20-an atau 19, 18, seharusnya kita perlu cakna dengan isu ummah,  isu masyarakat. Jangan hanya ambil ringan. Kita nak keseimbangan dalam semua bidang, means duniawi serta ukhrawi. Got that?

Tahu dan faham, banyak beza. Ingat tak, zaman kita kecik-kecik dulu, wan mak tok selalu ajar baca doa. Doa makan, doa masuk toilet, doa time nak basuh after u-uhhh (=,=") , doa tidur, doa bangun tidur, doa time nak start mandi. Ingat tak? Dah berapa lama kita amalkan? Kalau still amalkan sampai besar, alhamdulillah. Kira buleh terima la konsep meluntur buluh daripada rebungnya. Kalau tak amalkan, cuba untuk start balik amalkan. Rugi tau, sebab kita memang dah ada ilmu pasal tu tapi tak amalkan.

Kalau faham? Well yeah, yang ni yang nak ditekankan sebenarnya.. Solat, doa, yang basic-basic ja. Setiap hari kita berdoa, setiap hari kita bersolat. Tapi faham atau tak makna solat tu sendiri? Seriously, tanya diri sendiri. Faham tak maksud duduk antara dua sujud? Faham tak apa yang kita baca time tahiyat? Bukan setakat faham, kalau boleh buat la sikit research. Since matrik, baru tau sebenarnya bacaan time tahiyat adalah conversation antara Nabi Muhammad dengan Allah masa peristiwa isra' dan mikraj. Cuba untuk cakna please. Memang time tu rasa teruja, rasa kurangnya ilmu, rasa macam-macam perasaan bercampur baur.

Memang masa awal-awal rasa macam, "dah kenapa, semua orang tau kutt, kita kena tau maksud bacaan solat", tapi atas dasar berkongsi ilmu, dituliskan entri ni. Mungkin ada yang sekadar tak terasa nak ambik tau, secara tiba-tiba terbukak hati untuk ambik tau, who knows right?


# jangan persoalkan di akhirat kelak, bahawa aku tidak menyeru kalian.

Friday, 28 March 2014

UniKL MITEC Story

Assalamualaikum.


Hai uolls, well, nanti aku snap gambaq sekitar UniKL MITEC. After cuti mid-sem ni la. Macam tak sopan kalau setakat Google, tak feel hokay. No worry, I'll let you know about room, facilities, qualification, orientasi di UniKL MITEC, and all the things here. InshaAllah. :)

Do visit again. Boleh baca diSINI

Wednesday, 5 March 2014

Election for JPM 2014/2015 UniKL MITEC

Assalamualaikum.


Hai, well.. Urm, aku masuk election untuk JPM (Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa) actually. It is not my intention by the way. Tapi, once aku dah letak nama. Aku duduk, aku fikir. Ya, mungkin aku belum bersedia. In fact, banyak yang aku perlu belajar sebab aku aim nak masuk dengan sukarelanya time semester 4. But hey, I think once again, alang-alang kau dah go for it, so it is worth to fight for it.

Tadi, aku received the reply message. Somehow, aku rasa macam a lil bit down la. Betul, 'vote for someone you think should be win'. It just menyedihkan bagi aku, sebab aku rasa aku tak layak. 

Tapi, aku rewind balik hari di mana aku bangun pagi dan aku rasa aku akan FIGHT! Yes, time tu aku bangun dan aku fikir. I have set my aim to be here, for ummah, for religions, for nations. Well, Im not the one yang too ambitious. But, it was the aim bila aku melangkah kaki ke MITEC. Because I think, hidup amatlah sia-sia kalau sekadar hidup dan bernafas menghabiskan oksigen tanpa memberikan apa-apa manfaat buat ummah. And I think, the JPM is the good platform to start what I've stated in my mind and my soul. 

Actually, muka Kak Siti memang sangat iras dengan muka angah.

Mungkin, Im not the good one. I believe that. I will grow stronger day by day, inshaAllah. You may judge me by the way Im today. Yes you may. 

Before this, I have do a lot of stupidness, a lot of regret, a lot of problem, a lot of crysis. A lot. And it makes me think, 'I won't do that again!'. It just makes me improve from one step to another step. Im a rebeller, Im the egomaniac, yes I am. It just PERLU untuk all of you tell me what is good and what is bad. What is do and what is don't. Compulsory, so that I can polish myself to be a better person.  

Kalau dulu aku minum berdiri, sekarang aku dah minum duduk. Kalau dulu kuku aku panjang, sekarang aku potong bila lebih limit. Kalau dulu aku luahkan apa yang aku rasa pada orang yang aku percaya, sekarang aku luahkan pada Dia sebab makhluk takkan selalu ada dengan kita. Kalau dulu aku cepat melenting, sekarang pun masih and I try to diminished it slowly.

I will grow stronger. I will, inshaAllah. Despite all things that happen, I have my faith to Him. Nevermind, leave the rest to Allah asalkan dah usaha melakukan yang terbaik. At least i won't regret for thing that will happend. :)

Sometimes, I just want my voice is heard by people. Sebab tu aku tulis blog. Aku nak kongsi apa yang aku lalui, apa yang aku hadapi, apa yang aku belajar and how to overcome it.


"Never give up. Fight for yourself and who you are. You’ve got to go through the worst times in life to get the best."


Sakit mengenangkan masa lalu. Tapi, masa lalu itulah banyak membangkitkan aku. Berubah ke jalan-Nya. Nak cakap "aku berubah" tu senang, tapi nak istiqamah dalam perubahan tu yang perit sebenarnya. Benar, jatuhlah berapa kali pun asalkan paksa diri untuk bangkit semula ke landasan yang sepatutnya. 

We are batch September. Ehem, asabiyyah sikett.

Cast your vote with high integrity and ensure the security of your E-citie Login.
Your vote is secret and the privacy of your vote is up to your discretion.
Disciplinary action will be taken to attempts and actions that could jeopardize the security and integrity of the system.
You must vote for 7 candidates.


#Let go of your insecurities. Let go of your pain. You are limitless. Nothing is holding you back. Smile. Love. Laugh. Don't forget to live.

Friday, 3 January 2014

Ini 2014

Assalamualaikum.


Jam menunjukkan 2.44 am, 4 Januari 2014. Mp3 memainkan lagu Wanita- DeHearty, random. Babai 2013, hai 2014. Well, aku sebenarnya nak tulis satu entri yang memang aku nak tulis after matrik, namun masih tak kesampaian hasratku memandangkan mood sekarang, aku nak tulis apa yang aku dah belajar based on 2013 punya cerita. 


Tangan budak bola tampar, yang tu lebam-lebam sebab beberapa jam after main.

Apologised- Januari

16 Januari 2013, tu tarikhnya, tragedi yang memang bagi kesan yang terlalu mendalam dalam hidup aku. Sumpah,  tak tipu. Ya, sakit, tapi start dari hari itu, aku belajar satu benda yang sangat basic. Yep, terlalu basic. Say sorry if you do a mistake. Seems simple, tapi it's not an easy action sebenarnya. Walaupun kadang-kadang tu bukan salah kita, minta maaf dapat meredakan keadaan. True! Sekarang, bila aku nampak court volleyball, memang aku akan ingat apa yang jadi time kat matrik. But hey, it's not a bad thing pun sebab life is the process of learning. Aite? :)




Lowering the Ego - Ogos

The spesific tarikh maybe around 24 Ogos 2013, hari yang kami sekeluarga balik dari Perlis. Tak best untuk diingat, tapi banyak la pengajaran yang aku belajar. Life lesson. Aku ni jenis yang akan lebih menyenangi orang yang hang out, lepak layback dengan aku, sebab lebih senang go through dengan cara aku. Even kalau aku kenal orang tu more-less 3 tahun sekalipun, orang takkan dapat detect aku punya perangai kalau tak pernah interact face-to-face.

Apapun, thanks dude for the advice. Really cliche' but nice to remember. Aku jenis yang sangat terus terang, and aku perlukan orang yang memang terus terang. As long as you advice me the advice yang memang masuk akal, aku terima dengan terbuka. :)

Le' advice, lowering the ego, jaga hati and perasaan orang jugak. Lagi apa lagi haa, ntah. Aku ingat dua tu ja. Yang part low the ego tu, I have my own reason. Aku seorang perempuan, and aku pelukan sorang yang boleh buat aku turunkan ego aku, supaya aku tak besar kepala atau supaya aku lebih hormat orang tu. Part jaga hati dan perasaan, aku rasa know me first before you say many-many things sebab the way I treat people based on how the people interact with me tambah-tambah kawan dari sekolah oren. :)

I stand on my own feet :)



The Reason - September

Secara generalnya, 1 September 2013. Tarikh pendaftaran Unikl MITEC. And here I am now. Actually, to be truth, aku mintak kos Industrial Logistik ni sebagai pilihan ketiga even kos ni bukan Sains. Ya, aku apply MFI- Mechantronic sebagai first choice 'atas sebab-sebab tertentu' walaupun tu bukan benda yang aku betul-betul nak. Kononnya 'ada guardian' la sangat. Tapi tu la hikmahnya aku tak dapat sana, dapat Unikl MITEC. At least, aku tau, setiap yang jadi tu ada hikmahnya. Hee~

Aku taktau pun logistik tu menatang apa sebenarnya. Tapi requirement tu siap ada ekonomi, akaun, pengajian perniagaan membuatkan aku rasa tertarik untuk letak sebagai pilihan ketiga. Pilihan kedua aku letak random, nasib tak dapat woi. 

Ya, masa awal-awal tu, memang aku mintak UniKL ni dengan sebab yang !@#$%%^ ja kan. Tapi once jadi macam tu, aku kiqa apa, hidup mau teruskan baby. Buleh la refer ada satu entry, FREEDOM. 


True, there're other things that matter much more than romance, I must've been missing all the finer things in life for being so shallow. All the best for the rest of the journey"
(Shubert Serenade ; Hlovate).


After tu, aku dah macam, ok... Aku dah habiskan satu tahun kehidupan aku di matrik dengan perkara sia-sia dan tahniah Tinsyaz. Sangat tak osem. Memang time malam tu, aku wish terima kasih pada kawan-kawan aku kat Twitter. And jyeahhhh, I feel better and I write that entry. So that I realised, ramai sebenarnya yang care tentang aku. Thanks Twitterian. The rest is history, full story goes to Fanie, Asyira, Najmi Madzlan. Thanks always stay with me, come hell or high water.

Start keesokannya, aku bangun dengan senyuman. And I remember that day, I smile. Smile yang memang aku maksudkan untuk smile. I won't make banana fruit two times, this is my journey, I will contribute something for ummah, nations and religions. Start dari hari tu la, aku tweet in English. I quoted here and there. I heal the empty. Should I call empty? HAHA, nope. It is not the empty. I think, I should say that as motivation for life. I love when people motivate me, people nagging to me, people touch my head with care, because from that action, I know that they care and they really are. :)



SADAQA2013 Carnival and Charity Concert "We Love We Care" - October

Tarikh yang sebenar 26 September 2013. Dapat phone call, mintak tolong for the proposal. Just on. Ok, next be the secretary, PA, blablabla. Pastu banyak gila ah konflik ICE-IL la, carrymarks 10% la, start from RM 0 la. Banyakkkkkkk!!! Tapi sebagai secretary, tugas aku hanyalah menaip dan menaip, serta meng-coolkan big bos. Should I say as meng-cool-kan. =='

Hoho, and you know what, first time dalam sejarah, aku pi approach CEO. Pergh , tetiba. No la, im bad bab-bab ni, tapi demi WLWC, aku dengan slumber pi approach CEO try tanya pasal sponsor. And the rest Ikhmal uruskan. Haha, tu la fungsi leader you know. xD

This is CEO Great Eastern. 

Le' sponsorship



Alhamdulillah, the carnival held smuftastically. Yela, antara karnival yang pernah dianjurkan di UniKL MITEC, of course banyak gila ah disturbance. Yang tukang nak cakap banyak tapi tak buat kerja, yang tukang nak spread cerita macam-macam, and aku kenal ramai kawan-kawan yang osem sepanjang event ni berlansung. Seriously talk. Memang 'Keep Holding On' tu setiap malam buleh dengaq dari bilik 320.

After tamat ja konsert malam tu, memang menitis jugak la ayaq mata. Woi, kiqa banyak nah kami sebagai 'main' committee sacrifice, skip kelas, dapat 2/10 dalam test *aku*. Memang time tu, dalam otak aku "alhamdulillah, tanggungjawab aku dah selesai." Then kemas-kemas bilik gerakan, have a great night with them. Havoc havoc havoc.

After konsert.



Final exam Semester 1 - Disember

Start 30 Disember 2013, iftitah dengan paper BI yang kononnya good-good jela padahal taktau result nak jadi apa. 


Ergh, aku fail bab-bab nak buat ayat proper, but I try you know. As long as aku tau, pengharapan tu letak pada Allah SWT, Allah adalah sebaik-baik pelindung, tempat memohon pertolongan. Tak kisah la even before ni berkiblatkan syaiton , everyone deserves a good future. The concept is usaha+doa+tawakal and leaves to Him, He is the best planner. You plan, I plan, but He is the best planner.

Ya, Allah dah letakkan kita kat sesuatu tempat tu, ada hikmahnya. Tak kisah la whether suka atau tak, memang akan ada reason yang kadang-kadang tu kita sendiri taktau apa yang sebenarnya hikmah disebalik tu. Memang refer back to Surat al-Baqarah ayat 216. Tak semua yang kita suka tu baik untuk kita, dan tak semua yang kita tak suka tu buruk itu kita. 

The ending of the year, aku realised, banyak benda yang pada mulanya aku rasa sangat susah nak dilakukan, tapi at the end, benda tu akan sebati dengan diri kita as long as kita memang niatkan bahawa tu memang aim kita.



I know what I want - 2014


Uolls, iolls dah umur 20 tahun. Buleh kawin dah, wuwuwu. Ok sekian sahaja gatai dari guwa. Kalau dok kiqa kawin, dari umur 6 tahun pun dah belajaq dah besanding taboq bunga jarum kaler merah tu. =="

2014 yang better, inshaAllah. Aim aku still sama macam tahun lepas, cuma the improvement for the aim, I know what I want and I'll do what is best for me selagi tak berlanggar dengan syarak, just do it.



:)

Paper IT tadi kan, semangat ja aku lukis satelit bentuk bakteria e-coli pastu letak line 3G konon-konon tu satelit. Taktau macam mana nak lukis satelit. Tapi tau tak, yakin tu element yang penting. HAHA. The part yang takleh belah, bila question tu mintak terang pasal Virus. Aku dah "the computer have low antibody so it easily can be harm by the virus". Err, errr, macam jawab paper bio. Ciss.

Paper last, Mathematics, 10 Januari 2013. Esok release stress, berjimba.

Jarang letak gambar kat blog, once letak, maka kau akan mengerti makna penyesalan. Wkwkwkwk xD




# Be sincere in your aim and you'll be find that the support of Allah is surrounding you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...