Sunday, 13 July 2014

Review on UniKL MITEC, Johor. Industrial Logistics.

Assalamualaikum.

Ofkos ah korang kena biasakan diri tengok logo ni kan, miahahaha. Ni aku rajin nak buat review ni bukan senang hokkeyyy, semangat auu iolls pakai jersey Mitec sambil taip entri ni. HAHA. Ni betul tau, aku pakai jersey biru merah tu. Well, Johor ni t-shirt dia tak variasi lansung, semua kaler biru merah ja.. ==" Please TMJ jangan saman iolls, iolls orang susah. Iolls cuma cakap jujur je ni, hihi. xD Serious post ni panjang sesangat dan aku harap semuanya merangkumi persoalan-persoalan yang ada dalam otak korang. 


PERSEKITARAN DI UNIKL MITEC

Ok, korang boleh dulu usha-usha gambar-gambar yang aku letak ni. Sebenarnya la kan, bila korang masuk entri ni, make sure internet laju, baru boleh view gambar-gambar dalam ni tanpa menghadapi sebarang stress dan depression overload sebab aku nak letak gambar banyak-banyak. First of all, lupa nak bagitau, maaf la kalau entri ni campuq huruf Q banyak sangat. Oh ya, sorry kk kalau aku bahasakan diri sebagai aku, sebab aku orang Kedah kutt, and you can call me Kak Tinsyaz. :)


Yang sign arrow tu menunjuk ke arah bangunan bilik tutorial.

Tempat ni nama dia, courtyard yakni laluan pejalan kaki. Macam rumah telitabis hokkeyyy!!

Yang kaler kuning tu adalah library, tapi tak banyak buku sangat la.. *kecewa*

Yang depan tu bahagian admin, ada kaunter akademik, finance.

Ni ialah parking untuk lecturer.. Depan sana tu ada tasik. Tapi takleh mandi la... =="

Ni ialah dewan. Tadaa, korang akan daftar kat sini masa hari first. Lalalala~
It's have been a year. Masihkah kau ingat? Tak ingat?
Tadaa, operasi mencabut rumput time aku orientasi dulu-dulu. HAHA.
Masihkah kau ingat? Uuu, bila sedih, aku suka lalu sini, ni ja memori time MSR masa aku masuk dulu. 
Kumpulan Tok Gajah. Kekeke~ Banyak lagi gambaq sebenaqnya. xD


 So far, aku boleh cakap Mitec ni cantik jugak la. Tambah kalau students baru kan, ofkos akan ada session nak selfie kat couryard. Berani jamin la, sebab tempat ni memang saujana mata memandang. Pui~


HARI PENDAFTARARAN DI UNIKL MITEC

Yang ni ofkos penting, time aku daftar dulu-dulu, aku sampai Mitec pukul 12.30. Memang tak nampak macam hari pendaftaran lansung sebab gloomy semacam. Aku dah pernah jadi OC (orientation committee, fasilitator) dah 2 kali setakat ni. Memang menarik. Yang latest ni, aku incharge part dokumen, collaberation with Kak Hajar. Hee, I loike Kak Hajar much much much! 

Make sure sesapa yang mendaftar hari tu, pakaian mesti sopan k. Pastu pastikan bawak barang-barang and dokumen yang diperlukan. Jangan lupa! Pastu kan korang kena fotostat sijil, sila sahkan sijil tersebut. Dan kalau boleh, lengkapkan semua bahagian termasuk bahagian cop pesuruhjaya sumpah dengan bahagian pemeriksaan kesihatan. Ingat, bawak jugak segala dokumen yang asli seperti IC parents, IC sendiri, sijil lahir, dan sila bawak salinan slip bank berserta slip bank yang original. Ni semua aku dah pesan ni, kalau salah satu stuck, memang nanti akan menyusahkan diri sendiri. Baik korang pilih untuk susah sekarang berbanding susah nanti-nanti, sebab korang perlu completekan semua benda tu dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran.

Then, untuk parents yang divorce ataupun yang dah kematian parents, bawak sijil penceraian dan sijil kematian. Tolong jangannn lupaa. Untuk parents yang divorce, just letak dokumen-dokumen parents yang korang stay sekarang. Tapi, lengkapkan jugak detail bahagian abah/emak kau yang dah divorce tu (ada dalam borang). Gambar kalau boleh, bawak lebih dari satu.

Actually, korang kena bayaq RM250 tu untuk sahkan yang korang nak masuk Mitec, dan korang bayar terus duit pendaftaran yang seribu lebih tu menggunakan slip money order. Sebenarnaya, korang boleh bayar duit pendaftaran tu time hari pendaftaran, tapi prosedur akan jadi lagi-lagi-lagi rumit sebab kaunter tu yang akan crowded. Jadi kalau korang bukan jenis yang sabar menunggu, better bayar siap-siap sebelum pendaftaran sebab after tu, terus korang boleh check in hostel.

Pasal pendaftaran online, kebanyakan students UniKL mesti akan bermasalah untuk melakukan pendaftaran online walaupun korang dah settlekan semua bayaran. Jangan risau, korang datang je dewan time hari pendaftaran and korang bawak slip bank tu. Bagi yang dah settle pendaftaran online, nanti korang akan terus ke hostel, korang ikut je apa yang OC kat pondok pak guard tu cakap.  


MINGGU SILATURRAHIM / MINGGU ORIENTASI UNIKL MITEC

Frankly speaking, aku bukanlah ramah gila-gila, unless kalau aku kenal orang tu dengan rapat. Untuk start conversation, actually aku pakai taram je, kalau aku yakin aku kenal orang tu, memang aku tegur. Selalunya la. Dan, aku sangat benci minggu orientasi, serious. Sebab? Sebab aku takdak kawan yang aku memang dah kenal masa mula-mula masuk Mitec ni. And I really hate minggu orientasi bila talk belungguk padahal aktiviti ciput je. Tapi apa yang aku perasan, after orientasi intake aku, orientasi selepas-selepasnya sangat best. Time aku asyik 'operasi melekat' ja, boring betul. And yes, 'tepuk-tepuk sayang'. Keh, aku tepuk sayang depan Tajul masa orientasi, muka dia tahap segan. Ah, kisah pulak aku masa tu, no hard feeling kk, kau sape??!! *emo*

Bawah ni, orientasi yang baru-baru ni untuk intake diploma. June 2014. Em em, aku tak siapkan lagi report minggu orientasi depa ni. ==" Gambar bawah ni, semuanya dari Checkpoint 4, checkpoint aku lerww tuuu. Well, dari sem lepas, denda kat checkpoint aku seharusnya sideroll. Yela, korang silap rrr, aku budak JPAM kutt, ofkos la kasi taff sikit badan korang yang lengai manja tu. Wkwkwkkwkwkwk xD

Actually, time orientasi ni memang diwajibkan semua students perempuan beragama Islam untuk pakai tudung. And baru-baru ni, alhamdulillah dapat berita budak yang free hair sebelum masuk Mitec dah start pakai tudung, pakai stocking, pakai handsock and pi surau walaupun dah habis orientasi. Hee~ Ada sorang adik tu tanya aku, "kak, nak jadi OC memang kena pakai tudung labuh ke?". Hei, menghiburkan okkk soalan dia tu, haha.

My name tag. Heh, OC Tan Siew Keng lahhh sangattt xD


Yang kiri tu nama dia Hanim, budak Kedah. Yang tudung merah pun. In case korang budak Kedah, rilek ja cakap Kedah. Takyah dok segan laa, nanti depa yang terikut dengan loghat kita. Hee~

Group paling sporting.

Yang depan tu, OC. Aisah, Kak Mimi dengan Kak Farhana.


Welcome to Checkpoint 4!

Tadaaaa!!~

Explorace makan roti. Time aku takdak kk explorace camni. Boring betul masa aku dulu -.-"

Setelah berhempas-pulas, seharusnya para OC perlu enjoy jugak kann!! Steamboat time. :)


So far, minggu orientasi sekarang ni sangat best. Sebab banyak aktiviti luaq berbanding time aku. Time aku just ada gotong royong, pi tasik depan tu, dengan menara bendera ja. Tu pun menara bendera la yang aku rasa paling enjoy pun, time tu la. Time tu.. =..="


BILIK DI UNIKL MITEC / KEMUDAHAN DI UNIKL MITEC

Gambar bilik bawah ni, gambar time aku semester 1. Yela, masuk semester 2, bilik aku tunggang langgang toksah nak cakap la kan.. Selalunya kalau intake degree, students akan dapat bilik 4 orang dan yang paling best, perabot (katil, locker, meja study ; aku taktau nak tuleh benda ni sebagai apa, jadi aku letak perabot la kan ==") semuanya diperbuat dari kayu dan sangat memuaskan hati. Locker dengan meja, memang besarrrrr weiihh. Tapi aku still tak puas hati dengan katil, pendek semacam. Ataupun aku yang tinggi sangat. ==" Dan ada jugak bilik 2 orang ja untuk students lama dan selalunya students diploma pun dapat bilik 2 orang. Time aku, dinding kaler peach okkk. Tapi start intake September 2014 akan swap hostel, jadi siswi akan pindah ke hostel siswa yang buruk tu. Opss!!

By the way, soalan ruji yang akan ditanya kat aku, pasal barangan elektrik. Well, korang pastinya boleh bawak heater, iron, laptop serta printer. Time semester 2 baru aku start bawak printer hasil dari duit MARA. Hewhew, tapi kan, nanti korang kena bayaq la duit daftar barangan elektrik, nanti admin akan bagitau kat korang semua. No rice cooker and toaster please, nanti korang akan kasi fius takleh berfungsi, menyusahkan kkk!! Tapi korang jangan risau, iron ada disediakan, kau cari je, mesti ada punya satu bilik iron. Water heater dan water cooler ada kat tingkat bawah. :)

Pasal lain-lain, tong sampah dalam bilik, penyapu, penyodok sampah, corkboard, alatan basuh pinggan, rak buku, ofkos tak disediakan and korang kena bawak sendiri. Aku still ingat, masa first aku masuk Mitec, memang meroyan habis sebab dalam bilik takdak corkboard. Yela, ittew sukeww tampal-tampal notes. 

Ni cermin actually. Dalam locker.

Tempat aku time sem 1. Time sem 2 pun tempat yang sama, tepi dinding, B320F.


Agak tersusun la time sem 1. HAHA. Mafla Palestine beli masa study kat matrik untuk pakai time  Malam Palestine KMK 2013. 

Aku suka beli 'objek' tu bila aku achieve something yang aku target. Sebab sebelum start study, aku akan shake dulu, memandangkan aku selalu lupa bila kali last aku study. Kalau aku dah lama tak shake, maknanya aku tak study dalam masa terdekat tu.


Kemas kan, well. :D
Diingatkan, hanya pelajar tahun 1 yakni semester 1 dan semester 2 yang diberi jaminan untuk dapat hostel. For the rest, korang kena aktifkan diri melibatkan diri dalam aktiviti di Mitec ni, tapi tu la. Sedih bila budak Kedah ramai yang tak dapat hostel.

Diingatkan, sebagai orang Islam, tolong tolong tolong bawak al-Quran dan baca setiap hari sebelum pi kelas. Kalaupun takleh satu juz, satu surah femes pun, satu ayat dengan translation pun jadi la. Tolong, kita dah besar, al-Quran ni akan guide kita, tolong berpegang dengan al-Quran, frankly speaking. Aku bukan bajet baik ke ape, tapi selalunya ramai yang tak bawak. Menyedihkan betul...


PEMAKAIAN DI UNIKL MITEC

So far, aku rasa alhamdulillah ok, walaupun tak semantap time kat matrik sistem kat sini. Kad matrik pun dapat time nak final exam, menyedihkan hokkeyy!! Kelas pun kecikkkkkk ja, tapi alhamdulillah. Kalau aku compare dengan matrik, ofkos Mitec ni memang kalah teruk. Tapi tu la, aku bukan jenis compare, nanti rasa tak bersyukur, sebab selalunya Allah letak kita kat satu-satu tempat ni, mesti ada sebabnya. Ada hikmahnya. Persekitaran kat sini memang terkawal. Masa awal tu, aku bajet Johor ni tempat yang sosial habisan. Memang aku ingat ramai jela yang freehair kat sini. Tapi salah jangkaan aku, kat sini ramai ja yang bertudung labuh, berpurdah, berkopiah. Serious! Note, kalau korang nak join usrah (keluarga), samada Love Circle, mahupun Usrah Ikram, korang boleh mesej akak kat Facebook inshaAllah (perempuan sahaja). Usrah ni bagus untuk students, tambah-tambah yang jauh dari family, kalau nak tau lebih lanjut, boleh tanya kat Facebook akak k. :)

Kalau korang google, korang akan dapat tengok dress code UniKL. Memang sesak nafas aku baca kat situ pasal dresscode, yela mengalahkan matrik, dahlah no jeans!  ==" (time tu.. HAHA) Tau tak, first time okayy aku beli slack. Sebelum ni, aku ada satu ja seluar slack untuk aktiviti rasmi time sekolah. Meroyan aku time tu, strict tahap kutt. Ni dah mengalahkan sekolah, ceh. 

Kan, sakit hati sikittt kan?

Tapi jangan meroyan dulu, chill k. Meh Kak Tinsyaz nak cerita. Sebenaqnya, dalam Mitec ni ada banyak zon. Baca kan Zon A kat atas tu, tu maknanya zon bahagian administration. Kalau korang nak pergi kaunter finance, akademik, jangan la pakai dress code macam atas tu. Selain dari tempat tu, korang dibenarkan pakai jeans tapi jangan koyak-koyak, heels, round neck pun dibenarkan tapi pakai jacket kat luaq tu. Jacket tu nanti korang akan dapat, and jacket terbaru tu kaler maroon.

Jadual, ada yang pack, ada yang tak. Time semester 1, jadual aku taburan dia agak ok. Masuk ja semester 2, pergh gilaa ahh. Kat sini hari Ahad ada kelas tau, Johor kan. Hari Ahad aku takdak kelas, malam ada satu kelas ja. Hari Rabu dari siang sampai malam takdak kelas. Tapi hari selain tu, jadual memang bersusun teruk.

Pembelajaran kat sini ok ja. Nak kata tiptop pun, biasa-biasa. Ada lecturer yang rigid, ada lecturer yang sporting habis, macam Encik Sallaudin and Sir Rayner, terbaiikk! Jangan ponteng kelas tau, 3 kali kau ponteng, habis ah kau, nama kena blacklist takleh masuk final exam baru tauu!! Baru-baru ni, ada students mesej OC, dia cakap dia takleh pi kelas haritu, bagus sungguh, HAHA.

Kat Mitec ni, kalau uniform, ada JPAM ja. No Palapes, Pulapol, and Suksis. No and no! Semester 1, aku diwajibkan untuk ambik JPAM, then semester 2 memang terpulang samada nak sambung atau tak. By the way, tak semua orang kena ambik JPAM, nanti korang akan dapat tau samada korang kena ambik subjek tu atau tak. Tapi, sebagai nasihat, in case korang dapat JPAM, sambung jela sampai habis. Bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Ya, memang training dia agak taff, tapi korang akan ditauliah sebagai Leftenan Muda. Hello, korang kena panggil aku puan kk once aku dah tauliah nanti semester 5, hewhewhew. xD Korang akan dapat elaun setiap kali korang pi pertandingan. 

Bagi aku, elaun tu kepentingan jugak tapi tu bukan motif sebenar aku sambung JPAM. Aku sambung disebabkan plan jangka masa panjang. Tak, korang try bayangkan, nanti korang kawin then suami korang tak kasi korang kerja berat-berat. Mati la nak dok rumah sepanjang masa, tu sebabnya. Lagi satu sebab, maybe nanti aku boring bekerja, aku boleh masuk training budak baru. OK, settle kes JPAM.


PINJAMAN MARA DAN PENDAHULUAN MARA

Pendahuluan MARA, aku tak ambik, jadi memang aku takleh nak sembang kencang la.. Tapi yang aku tau, bila korang ambik pendahuluan MARA, duit elaun kau akan ditolak RM100 setiap bulan. Menyedihkan jugak la...

Korang kena tulis karangan pasal pinjaman MARA, ni contoh. Tekan SINI. Aku perah otak k buat karangan tu, tapi junior pakai main sebat je. Hei, korang kena bayaq aku tau bila dapat first elaun, tak kiraaa!!!

Pasal MARA, korang tolong tolong tolong rigid pasal ni. Yela, korang nak pinjam RM86,000. Banyak kosong kk, jadi for sure cara pinjam dia punyalah payah. Macam aku haritu, aku kena balik kedah untuk settlekan pasal setem hasil dan cop pesuruhjaya sumpah untuk borang MARA. Note, borang MARA dengan borang pendaftaran tak sama tau, nanti korang akan dapat briefing pasal ni bila korang dah start dengar taklimat MARA time orientasi.

Pinjaman tu, korang dapat elaun setiap bulan. Setiap bulan akan dapat RM580 (if not mistaken), sebab kita berada di Zon B, jadi jangan compare dengan elaun bebudak MFI (Malaysian France Institute). Dan once kau diluluskan pinjaman MARA, korang disahkan sebagai orang kaya baru, HAHAHAHAHHAHAHAHA. The best part. 

Tapi, kau kena ingat, duit MARA hanya akan dapat time hujung semester 1. Dia akan kasi bulky terus RM4000 something. Yela, korang sem 1 ada 5 bulan, 1 bulan dapat RM580 x 5 bulan, dah jadilah ribu raban. Dan kau kena ingat, tu duit PINJAMAN. PINJAMAN ok, jadi kau kena sedaq diri, jangan boros melainkan la kalau kau for sure boleh dapat 4 flat setiap semester and jadikan pinjaman tu sebagai biasiswa. Start ja semester 2, korang akan dapat duit laptop RM2000, yang tu untuk korang yang takdak lagi laptop. Kalau sapa yang dah ada laptop, bawak-bawak la menabung duit tu. Start semester 2, inshaAllah kau akan start dapat duit elaun bulanan seperti yang sepatutnya.

Pinjaman MARA ni best, sebab kalau setakat sekarang ni, bila CGPA last kau time graduate tu melebihi ponter 3.50, inshaAllah pinjaman tu akan ditransform kepada biasiswa. Kalau pointer kau 3.00 dan lebih, korang kena bayar 10% dari pinjaman korang tu. Untuk GPA final exam, in case kau dapat bawah 2.00/2.50 (if not mistaken) untuk kali pertama, kau akan dapat amaran. Kalau kali kedua GPA kau bawah 2.00/2.50 (if not mistaken), dengar kata akan digantung pinjaman MARA hinggalah kau dapat cover pointer korang.


PEMBELAJARAN DI UNIKL MITEC

Once kau masuk universiti, kau kena ingat ni bukan sekolah. Ingat! Cara pemarkahan pun tak sama macam sekolah. Kat Mitec, kau kena alert masa hari first lecturer masuk kelas. Lecturer akan kasitau Course Mark. Apa tu? Course mark tu markah korang berdasarkan test, quiz, project, presentation. Markah tu selalunya merangkumi 60% and the rest 40% tu untuk final exam. Jadi apapun, korang memang kena skor siap-siap course mark tu, supaya nanti time exam kau kena topup sikit lagi ja untuk score.

Bila masuk sini, korang kena pastikan niat korang betul. Bukan sekadar nak ada degree, bukan sekadar nak jumpak kawan baru, cari calon nak buat isteri. NO! Kalau tu ja solely niat korang, sila perbetulkan niat korang siap-siap. Jangan lupa apa tujuan kau masuk sini, ingat tu. Once kau nak ponteng kelas, ingat mak bapak. Ingat korang kena bayaq RM86,000 kalau takleh skor. Tu motivasi untuk study tuuu..

Korang akan jumpak macam-macam jenis orang kat sini, jadi hati-hati. Paling common, bila dapat duit MARA, korang akan nampak kawan-kawan korang akan keluaq enjoy shopping merata. Jaga-jaga. Sebab tu aku pesan, ingat balik motif kau masuk study sini. Ada jenis yang setiap minggu keluar outing pi shopping, jadi kalau kau bukan jenis tu, pandai la jaga diri. Bukan nak kata jangan outing, tapi berpada-pada. Ambik masa hujung minggu tu untuk study, lantaklah kalau orang nak kata kau bajet rajin ke ape, tapi kalau kau nak berjaya, kau kena set the priority. Macam aku sendiri, aku sangat jarang outing, tapi time study week masa final exam, memang aku akan outing untuk prevent stress overload, serious. Kau jangan risau part transport, kat sini ramai orang buat kereta sewa. Depan bilik ada tampal advertisement in case dia ada jual something or buat any service like printing atau kereta sewa and all the price is so affordable.. Sangat.. :)

Pandai pilih kawan pun satu perkara yang penting. Sangat penting. Kau kena pastikan yang kawan-kawan kau ada target untuk berjaya, bukan sekadar dapat course mark 40% pastu dah lulus, then terus malas study. Susah macam tu. Kalau kawan-kawan kau jenis yang enjoy ja, taknak study, memang susah. Yang baik ikut, yang tak baik jangan ikut. Paling baik, buat study group pun ok. Make sure memberi, bukan sekadar menerima. Kalau kau masuk study group semata untuk dengar apa yang orang lain cakap, percayalah, korang akan senang lupa melainkanlah kau memang genius. Pastikan sebelum masuk study group, study sorang-sorang dulu, fahamkan. Ni study group aku.

Kak Mai and Kak Tin Suhada

Jijan and Kak Tin Nazira.

Memang la nampak macam rasis sebab study group aku ada 8 orang ja, tapi takkan nak buat sampai 15 orang. Tu bukan study group tu, tu namanya kelas. =.="

Dan kalau kau dapat pointer 3.50 dan ke atas dan dapat gred Bahasa Inggeris sekurangnya gred C+, inshaAllah kau akan diraikan dalam majlis rasmi yang dipanggil sebagai Dean List award. Award ni ada sekali ja untuk setahun, kalau kau dapat dean list sesi Januari dan September, kau akan dapat 2 sijil time award tu nanti.

Ni contoh sijil dari UniKL Mitec.
Dan kat sini ada program ISEM iaitu pertukaran pelajar ke oversea. Menarik kann.. Tapi, tapi, untuk kos Industrial Logistic, dia nak pointer 3.75 minimun dan untuk lain kos engineering perlukan pointer minimum 3.50. Nanti dia akan bukak application untuk sesiapa yang berminat dan program ni selalunya untuk pelajar semester 5, 6 dan 7 dan korang boleh pilih mana-mana universiti yang ada dalam pilihan yang disediakan. Best kan?


KOS INDUSTRIAL LOGISTIC DI UNIKL MITEC

Ni final, kos industrial logistic. Aku pun taktau kos apa sebenarnya, tapi memang aku masuk Mitec by ikut kata hati. Tak buat istikharah, sebab aku yakin dengan pilihan aku, bukan 50-50. Tau kan, ada dalam perang Khandaq, Rasulullah tak buat istikharah samada nak korek parit atau tak, tapi terus mengarahkan para panglima untuk korek parit tu, sebab Rasulullah yakin tu pilihan terbaik untuk masa tu.

Sebenarnya, ramai tak tau pasal kos ni. Ok, kat Mitec ni ada 4 kos which is 3 engineering dan 1 bukan engineering. Yang 3 lagi tu ialah Quality Engineering (QE), Instrument Control Engineering (ICE) dan Facilitating Maintenance Engineering (FAME). 

Back to the topic, Industrial Logistics dikenali sebagai IL dan majoriti students kos ni adalah perempuan sebab lelaki memang dominate untuk kos engineering. Kos ni bersangkutan dengan pengangkutan barangan, import export barang, shipping, airfreight, seaport, airport, kastam, dan ekonomi.

Memang sekarang tak famous sangat, tapi tahukah anda, kos ni akan jadi famous by the times korang dah habis study sebab ekonomi negara pun memang bergantung dengan import export. Tak semua kos ni kena duduk kat warehouse, kat port, tak semua. Ada ja kerja dalam pejabat, dan setiap company ada department untuk Logistics. Pasal dapat kerja atau tak, sebab IPTS, kau jangan risau. Kalau pointer kau rubbish, even kat IPTA pun kau payah nak dapat kerja. Dan kalau pointer kau shining semacam walaupun kau IPTS, ofkos senang ja dapat. It is all about rezeki. Yang banyak orang meroyan pasal UniKL tu, sebab pointer agak kelaut pastu salahkan UniKL sebab tak dapat kerja. Salah tu...

Soalan general, better korang comment je bawah tu supaya takdak la orang lain tanya soalan yang sama banyak-banyak kali.

And aku harap sangat, post ni agak membantu korang. Sekian terima kasih. :)

Sunday, 6 July 2014

Cara Nak Jadi Cool. Nak Cantik dan Cute.

Assalamualaikum.


Dah lama entri macam ni tak wujud dari blog aku. Tahniah Tinsyaz. By the way, kalau korang tersesat di blog ni, ternyata korang berada di saluran yang betul. Hectic day betul sejak kebelakangan ni.. Yela, dengan photoshoot sana sini, baru-baru ni aku pergi konferens sebab jadi representative mewakili syarikat yang aku kerja sekarang untuk bincangkan all the issue about fashion and trend yang sedang meningkat naik. 

Sepatutnya orang lain yang pergi, tapi nak dijadikan cerita dia sakit, jadi pakai taram jela wakilkan aku. Actually, aku kerja part time sekarang, tapi memandangkan aku agak dikenali walaupun hanya di Facebook, management letak aku kat bahagian promotion. Apejela... 

Bilik bersepah even tak study pun.. Bajet kan? Selain tu, aku kerja part-time lagi satu kat rumah. Tapi, bukan sebagai blogger atau graphic designer. Got that?!


Back to the topic, cerita kat atas tadi sekadar rekaan semata, jadi jangan percaya. :D

Okay, aku dah melalut nampak gayanya.. Well, aku tulis entri ni sebab bila aku cek balik kenapa orang masuk blog aku, ternyata ada sebabnya samada sebab karangan MARA ataupun sebab kulit muka. Ni jugka sebab yang lagi satu yang buatkan orang masuk blog aku, dan ni entri yang lepas. Yela, iolls kan selalu melalut macam mak nenek, mananya ada orang nak masuk blog iolls. =="

THIS!

THIS!

Untuk entri kali ni, aku tak rasa aku nak state-kan apa yang perlu dibuat untuk jadi menarik, cute, cun, cool dan sebagainya. Sebab aku yakin, setiap orang ada taste dia sendiri dan tak semua orang nampak benda yang kita nampak cool tu sebagai cool. Tak percaya? Kau bayangkan, time zaman muda-muda dulu, kekonon sapa yang reti shuffle breakdance tu la yang cool time tu, I mean mentaliti time tu. Tapi kau pernah tak fikir apa yang ada dalam fikiran orang tua, is it cool enough? 


"Asal ko tonggang terbalik tuu haa, Allah kasi kaki kat bawah, ko kasi naik atas. Allak kasi ko berjalan elok-elok, ko bebajet macam budak tak cukup akal.. Budak zaman sokarang haaa.."


Adakah kau rasa, bila dressing seluar skinny / tight / legging tu cool? Tidak sama sekali. Kadang dah nampak macam chopstick berjalan. Maaf kalau terkasar tapi bagi aku tu yang ada dalam otak aku. Tolong tolong dan tolong jangan cakap aku mulut laser whatelse sebab ini memang betul. Serious. Oh ya, kau bukan faham sarkastik kan, typical Malaysian. *fliphair*

Secara jujunya, definasi cool tu berlainan bagi setiap orang. Entri sebelum ni aku jelaskan pasal definasi cool bagi aku, tapi maybe tu tak cool lansung bagi orang lain. Nak jadi cute? Aku rasa better jadi diri sendiri, stop to be plastic and gedik. Yela, girls sekarang ni selalu nakkan perhatian. Kesian...

Pasal nak jadi cantik, cun melecun, tu semua subjektif. Sangat subjektif. Sangat. Beberapa tahun yang lalu [mengenang memori], ada sorang ni cakap kat aku lah kan,


"Weh, ada orang cakap hang cute. Buta ke apa mamat tu.. Macam ni cute, tak lansung..." 


Menyakitkan kan? Aku tau.. T_T

Aku sangat suka tengok perempuan cantik, kagum. I mean yang cantik, bukan yang seksi dan cantik. And bila aku nampak perempuan cantik, I will like mumble sensorang pasal perempuan tu. Yet, paklong (kawan aku) cakap, tak cantik pun, biasa ja. Dia cakap, lelaki bukan nak cari yang cantik, lelaki nak cari yang sedap mata memandang. Macam mana tu? Sukar nak diterangkan tapi bila kita nampak orang tu, kita tau dia kategori sedap mata memandang. Tetiba lagu Bisikan Nurani -UNIC terplay kat MP3 aku. Lagu ni nice, lirik dia nice.

"Kejernihan wajahmu sempurna pada pandangankuKau kirana keturunan terpilih disanjung serta dihormatiKau permata, kesederhanaanmu mengecap kekayaan duniaKau mestika, ketakwaan dirimu itu yang merantai jiwaku. "


And yep perlu dijelaskan lagi dan lagi, please be yourself. Yet aku tau, ramai ada icon sendiri like Aisyah Shakirah, Irene Nadia, Dena Bahrin. The way they dressing, the way they behave. Before ni aku macam tu la jugak kan, sikitt arrr.. Tapi at the end, aku belit je shawl, tudung aku, and it is me. Let be me, me and myself because I am limited edition. :)

Apa yang penting, cool macam mana pun, ingat satu ja. Please girls, please tutup aurat kalian. Yang tertutup tu lebih indah rite? Aku ni bukan baik mana pun, kadang tu ada ja ter-solat akhir waktu, kadang tu ter-melawan ja cakap parents, tapi aku try to be better, and it is me, and I proud to be Tinsyaz Fatin Syazwani. :)

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka"
                                                                     (An-Nur ; 31) 



#kurangkan mengeluh, lebihkan bersyukur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...