Sunday, 6 July 2014

Cara Nak Jadi Cool. Nak Cantik dan Cute.

Assalamualaikum.


Dah lama entri macam ni tak wujud dari blog aku. Tahniah Tinsyaz. By the way, kalau korang tersesat di blog ni, ternyata korang berada di saluran yang betul. Hectic day betul sejak kebelakangan ni.. Yela, dengan photoshoot sana sini, baru-baru ni aku pergi konferens sebab jadi representative mewakili syarikat yang aku kerja sekarang untuk bincangkan all the issue about fashion and trend yang sedang meningkat naik. 

Sepatutnya orang lain yang pergi, tapi nak dijadikan cerita dia sakit, jadi pakai taram jela wakilkan aku. Actually, aku kerja part time sekarang, tapi memandangkan aku agak dikenali walaupun hanya di Facebook, management letak aku kat bahagian promotion. Apejela... 

Bilik bersepah even tak study pun.. Bajet kan? Selain tu, aku kerja part-time lagi satu kat rumah. Tapi, bukan sebagai blogger atau graphic designer. Got that?!


Back to the topic, cerita kat atas tadi sekadar rekaan semata, jadi jangan percaya. :D

Okay, aku dah melalut nampak gayanya.. Well, aku tulis entri ni sebab bila aku cek balik kenapa orang masuk blog aku, ternyata ada sebabnya samada sebab karangan MARA ataupun sebab kulit muka. Ni jugka sebab yang lagi satu yang buatkan orang masuk blog aku, dan ni entri yang lepas. Yela, iolls kan selalu melalut macam mak nenek, mananya ada orang nak masuk blog iolls. =="

THIS!

THIS!

Untuk entri kali ni, aku tak rasa aku nak state-kan apa yang perlu dibuat untuk jadi menarik, cute, cun, cool dan sebagainya. Sebab aku yakin, setiap orang ada taste dia sendiri dan tak semua orang nampak benda yang kita nampak cool tu sebagai cool. Tak percaya? Kau bayangkan, time zaman muda-muda dulu, kekonon sapa yang reti shuffle breakdance tu la yang cool time tu, I mean mentaliti time tu. Tapi kau pernah tak fikir apa yang ada dalam fikiran orang tua, is it cool enough? 


"Asal ko tonggang terbalik tuu haa, Allah kasi kaki kat bawah, ko kasi naik atas. Allak kasi ko berjalan elok-elok, ko bebajet macam budak tak cukup akal.. Budak zaman sokarang haaa.."


Adakah kau rasa, bila dressing seluar skinny / tight / legging tu cool? Tidak sama sekali. Kadang dah nampak macam chopstick berjalan. Maaf kalau terkasar tapi bagi aku tu yang ada dalam otak aku. Tolong tolong dan tolong jangan cakap aku mulut laser whatelse sebab ini memang betul. Serious. Oh ya, kau bukan faham sarkastik kan, typical Malaysian. *fliphair*

Secara jujunya, definasi cool tu berlainan bagi setiap orang. Entri sebelum ni aku jelaskan pasal definasi cool bagi aku, tapi maybe tu tak cool lansung bagi orang lain. Nak jadi cute? Aku rasa better jadi diri sendiri, stop to be plastic and gedik. Yela, girls sekarang ni selalu nakkan perhatian. Kesian...

Pasal nak jadi cantik, cun melecun, tu semua subjektif. Sangat subjektif. Sangat. Beberapa tahun yang lalu [mengenang memori], ada sorang ni cakap kat aku lah kan,


"Weh, ada orang cakap hang cute. Buta ke apa mamat tu.. Macam ni cute, tak lansung..." 


Menyakitkan kan? Aku tau.. T_T

Aku sangat suka tengok perempuan cantik, kagum. I mean yang cantik, bukan yang seksi dan cantik. And bila aku nampak perempuan cantik, I will like mumble sensorang pasal perempuan tu. Yet, paklong (kawan aku) cakap, tak cantik pun, biasa ja. Dia cakap, lelaki bukan nak cari yang cantik, lelaki nak cari yang sedap mata memandang. Macam mana tu? Sukar nak diterangkan tapi bila kita nampak orang tu, kita tau dia kategori sedap mata memandang. Tetiba lagu Bisikan Nurani -UNIC terplay kat MP3 aku. Lagu ni nice, lirik dia nice.

"Kejernihan wajahmu sempurna pada pandangankuKau kirana keturunan terpilih disanjung serta dihormatiKau permata, kesederhanaanmu mengecap kekayaan duniaKau mestika, ketakwaan dirimu itu yang merantai jiwaku. "


And yep perlu dijelaskan lagi dan lagi, please be yourself. Yet aku tau, ramai ada icon sendiri like Aisyah Shakirah, Irene Nadia, Dena Bahrin. The way they dressing, the way they behave. Before ni aku macam tu la jugak kan, sikitt arrr.. Tapi at the end, aku belit je shawl, tudung aku, and it is me. Let be me, me and myself because I am limited edition. :)

Apa yang penting, cool macam mana pun, ingat satu ja. Please girls, please tutup aurat kalian. Yang tertutup tu lebih indah rite? Aku ni bukan baik mana pun, kadang tu ada ja ter-solat akhir waktu, kadang tu ter-melawan ja cakap parents, tapi aku try to be better, and it is me, and I proud to be Tinsyaz Fatin Syazwani. :)

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka"
                                                                     (An-Nur ; 31) 



#kurangkan mengeluh, lebihkan bersyukur.

5 comments:

  1. I GUNA ALOE VERA 92% BEST SSANGT MEH LA GUNA UTK MOITURE, PARUT N MCM2 LAGI LA X DIRAGUI KLU GUNA NATURAL PUNYA BARANG ...I BELI NGN KWN MURAH KOT SKLI NGN POSTAGE RM30 JER ..CEPAT DAN SENANG X YAH NK G KEDAI .. JAP KLU SSAPA NK I BG NO DYE WS JER TNYE 01152897268

    ReplyDelete
  2. Bestnya blog nie :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...