Tuesday, 21 October 2014

Abstract Fest 2014 - UniKL MITEC

Assalamualaikum.


Hai, tu header Abstract Fest actually. Seriously, aku suka Abstract Fest. I mean, aku suka seni, sangat sukakan seni sebab aku pun one of penggerak seni yang bergerak secara solo. InshaaAllah kalau takdak aral melintang, aku akan bergerak secara berjemaah lepas ni, segalanya still dalam perancangan. Sebenarnya, Abstract Fest ni event tahunan oleh Art and Culture Club a.k.a ACC.


"aku ada ayaq botol sudin, kau ada?!"

Most people akan cakap,

"Gi-la. Hang pi event tu?"

Tapi bagi aku, pendapat peribadi aku, berhibur takdak salahnya. Yang salahnya tu bila tak dapat handle dengan baik, and yes itu salah. Tell me, sapa yang tak suka hiburan? Nasyid pun hiburan right? Tapi kalau event ni, hiburan dia memang more to indie band, local clothing, skateboarding, and apa saja berkaitan seni like potret jalanan, panggung pungguk, buku jalanan, FIXI, AGAS, serta Zine. 

Meeting wif organizer Abstract Fest, seminggu before event. Yang tshirt hitam 2 dari kiri tu Ikmal, anak Bandi Amok.

Masa meeting JPM dengan ACC itu hari pun, aku memang dah eksaited nak pi yang kali ni punya, sebab briefing dari Marzuki and the gang memang daebak!

Kalau yang tahun lepas aku pi time malam, kali ni aku pi siang. Siang lagi gempak rasanya. Sebab masa tahun lepas, time aku pi tu tokey vendor dah usung panda Pandanisme balik dah. Em em, memang tahun lepas sekadar lalu macam tu ja pastu duduk kat courtyard. Kali ni aku pi belek tiap satu vendor. Gempak weh! [kau akan rasa teruja sekiranya kau ni peminat seni jalanan]


Hai, duit saya habis banyak.

By the way, aku taktau dari mana aku boleh beli zine selain dari online. Kau tau, kat sini pakai konsep buku jalanan. Dia akan susun buku-buku dia kat lantai, and yes kau boleh baca secara free. Memang dia ada mention, tak beli pun takpa asalkan baca. Actually, benda macam ni memang somehow pupuk budaya membaca. Frankly speaking, aku bukan jenis baca karya yang skema, jadi benda macam ni memang attract aku punya minat. Yang 3 atas tu, bahasa Inggeris tu adalah Zine which is macam booklet camtu. Rata-rata Zine RM5, tapi yang aku beli tu RM8 sebab bahasa Inggeris dan tiga-tiga zine yang aku beli tu dari penulis yang sama.

Skate comp at warehouse.

Pastu, memandangkan warehouse MITEC tu besaq, maka ada skate competition buat situ. Yela, gila what nak buat skate comp kat tar? Mau bertarah tangan kalau macam tu. Tapi so far menarik jugak la, walaupun takdak ramp pun. Menarik bila tengok Black perform. Semua muka gigih-gigih nak tunjuk skill.

Beza Abstract Fest kali ni dengan yang lepas yang aku nampak, dari segi cara organize. Kali ni nampak lebih tersusun berbanding yang lepas sebab dress code pun tak nampak yang rare-rare sangat ye tak? Pastu siap ada Panggung Pungguk (which is pasang layar then view local shortfilm), Charity Carwash by QES and skateboard ni, yang sebenarnya kelainan yang paling ketara bagi event kali ni. Cuma kali ni takdak potret jalanan, ataupun aku yang tak perasan? Tapi macam tahun lepas punya, memang painting pun dia ada jual tau!!

 Macam untuk Abstract Fest 2014, ada la sikit isu pasal owner vendor yang menjual kat sini haritu yang namanya dirahsiakan. Tapi alhamdulillah semuanya dah di-settle-kan secara damai and aku harap Abstract Fest ni still wujud pada tahun akan datang. So far, kalau kau peminat seni, I mean seni jalanan, indie, kau akan suka Abstract Fest. That's all.





Saya Budak Sains, Tapi Saya Tak Minat Sains.

Assalamualaikum.



"Hai gadis-gadis dan pria-pria yang tengah confuse." 


Kemain tau aku punya intro, mana nak cari intro macam ni cik kak oi, haha. By the way, in case kau ni students sains yang tak minat kos sains dan bercadang nak tukar kos yang bukan sains, kau berada blog yang betul. Ataupun, kau belajar benda lain, tapi kau minat benda lain. Segala yang ada dalam entri ni, memang hasil dari pengalaman aku sendiri, alhamdulilllah.

Aku faham, korang semua mesti tengah buntu habis kan? Yela, kau minat benda lain, then kau nak kena study benda lain, feeling tu lain beb. Aku tau, mesti kau rasa useless bila kena belajar something yang kau totally takdak passion pun. Aku dulu student Sains. Sains Modul 1.

Ceh, ni cerita zaman dulu la. Aku budak Matrik dan aku belajar subjek Biology, Physics, Chemistry and Math. Kira modul ni la paling susah dalam silibus matrik. Bila bagitau ja Modul 1, perghh kau seolah disanjung beb. Ok, nak dijadikan cerita, aku memang dilahirkan (takdir kutt!) tak suka sains. Em tipu kalau tak suka, tapi aku tak merancang nak bekerja dengan kerja yang melibatkan bidang sains. Well hello, kalau kau dah tak minat nak kerja something yang relate dengan sains, sia-sia jela kau study sains selama ni. 

"forever alone-lah aku...."

Dengan point tu, aku convince-kan mak aku. Yep, masa awal tu tipu la kalau mak aku 'redha' je dengan keputusan aku. Tipu woi ! Tapi kau kena sedar, sampai bila kau nak tipu diri kau? Try imagine... Kau nak ke, satu hari nanti, kau rasa give-up sebab study benda yang kau tak minat, time kau sedar tu adalah time final year and yes, kau tak tahan dah pastu kau drop-out? Pastu kau start all over again, at the same time kawan kau dah beranak-pinak, bekerjaya ada zauj and zaujah lawa serta hensem and kau baru first year degree? Kau nak macam tu?!! Tu baru namanya buang masa. HAHA.

Selagi kau tengah confuse ni, better kau fikir elok-elok. Aku tau, some of your friends, family and relatives akan cakap bazir je study sains selama ni. No, no and no. You are wrong! In fact benda ni akan widen your knowlegde. 

Masa awal dulu, mak aku memang tak setuju aku masuk kos bukan sains. Dan mak aku taktau pun, aku apply kos bukan sains. Aku pernah cerita dalam entri sini. Tapi, kau kena faham yang kadang-kadang sesuatu yang kita minat boleh buatkan kita hadap ja cabaran tu dengan tenang. Kau faham tak konsep "as long I know what I want, I will go through what I want"?

Rahsianya, kau sendiri kena yakin yang kau boleh. Kalau kau sendiri tak berani, how come orang lain yakin yang kau boleh carry subjek yang kau lansung takdak basic. Yakin dan doa. Tu rahsianya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...