Tuesday, 21 October 2014

Saya Budak Sains, Tapi Saya Tak Minat Sains.

Assalamualaikum.



"Hai gadis-gadis dan pria-pria yang tengah confuse." 


Kemain tau aku punya intro, mana nak cari intro macam ni cik kak oi, haha. By the way, in case kau ni students sains yang tak minat kos sains dan bercadang nak tukar kos yang bukan sains, kau berada blog yang betul. Ataupun, kau belajar benda lain, tapi kau minat benda lain. Segala yang ada dalam entri ni, memang hasil dari pengalaman aku sendiri, alhamdulilllah.

Aku faham, korang semua mesti tengah buntu habis kan? Yela, kau minat benda lain, then kau nak kena study benda lain, feeling tu lain beb. Aku tau, mesti kau rasa useless bila kena belajar something yang kau totally takdak passion pun. Aku dulu student Sains. Sains Modul 1.

Ceh, ni cerita zaman dulu la. Aku budak Matrik dan aku belajar subjek Biology, Physics, Chemistry and Math. Kira modul ni la paling susah dalam silibus matrik. Bila bagitau ja Modul 1, perghh kau seolah disanjung beb. Ok, nak dijadikan cerita, aku memang dilahirkan (takdir kutt!) tak suka sains. Em tipu kalau tak suka, tapi aku tak merancang nak bekerja dengan kerja yang melibatkan bidang sains. Well hello, kalau kau dah tak minat nak kerja something yang relate dengan sains, sia-sia jela kau study sains selama ni. 

"forever alone-lah aku...."

Dengan point tu, aku convince-kan mak aku. Yep, masa awal tu tipu la kalau mak aku 'redha' je dengan keputusan aku. Tipu woi ! Tapi kau kena sedar, sampai bila kau nak tipu diri kau? Try imagine... Kau nak ke, satu hari nanti, kau rasa give-up sebab study benda yang kau tak minat, time kau sedar tu adalah time final year and yes, kau tak tahan dah pastu kau drop-out? Pastu kau start all over again, at the same time kawan kau dah beranak-pinak, bekerjaya ada zauj and zaujah lawa serta hensem and kau baru first year degree? Kau nak macam tu?!! Tu baru namanya buang masa. HAHA.

Selagi kau tengah confuse ni, better kau fikir elok-elok. Aku tau, some of your friends, family and relatives akan cakap bazir je study sains selama ni. No, no and no. You are wrong! In fact benda ni akan widen your knowlegde. 

Masa awal dulu, mak aku memang tak setuju aku masuk kos bukan sains. Dan mak aku taktau pun, aku apply kos bukan sains. Aku pernah cerita dalam entri sini. Tapi, kau kena faham yang kadang-kadang sesuatu yang kita minat boleh buatkan kita hadap ja cabaran tu dengan tenang. Kau faham tak konsep "as long I know what I want, I will go through what I want"?

Rahsianya, kau sendiri kena yakin yang kau boleh. Kalau kau sendiri tak berani, how come orang lain yakin yang kau boleh carry subjek yang kau lansung takdak basic. Yakin dan doa. Tu rahsianya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...