Sunday, 16 November 2014

Kenapa Susah Nak Bersyukur?

Assalamualaikum.


Hai. Lately, memang lama sungguh la kan nak update blog ni kan. Kerja bertimbun lah gila. =="

Ok emo disitu, tapi betui la. Sem ni memang assignment group ja, jadi kalau dapat teammate yang lengai macam gila nak buat kerja, memang sikit sebanyak akan effect kau punya life. Syukur teammate aku alhamdulillah semuanya OK!

Ok, aku pun tak pasti kenapa payah sangat aku nak bersyukur. Serious. Ceritanya pagi tadi kami check paper MTO (Management Transport Operation) ramai-ramai dalam kelas, macam yang cikgu sekolah selalu buat tu. Pastu alhamdulillah, aku punya markah 8/10 which is 41/50 since ni soalan objektif . [ I do hate soalan objektif].

Then, mesti rasa,  "alaaaaaaa, kenapa 8? Kenapa bukan 9 something?". Rasa macam teruk betul perangai masa tu. At least bersyukur, bersyukur! Tak habis lagi marah diri sendiri. Kenapa tak terus ja cakap alhamdulillah. Geramnya! Sedangkan kawan aku yang lain happy ja dapat markah, siap ada yang cakap "ok la tuuu.. dapat 5". Serious, time tu memang aku down habis, kenapa la payah sangat aku nak bersyukur nii !! 

Then, aku terjumpak ni kat Facebook,



Ya, aku terlalu kejar apa yang aku takdak, sampai aku terlupa nak bersyukur dengan apa yang aku ada. Sedangkan kita sendiri tau, kalau Allah bagi satu-satu benda dan kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat tu. Tapi tu la manusia, sentiasa rasa tak cukup. Tu la aku.


Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih (Ibrahim: 7)


Thanks Teme Abdullah. May Allah bless you, me and YOU too.
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...