Monday, 29 December 2014

Wordless Tuesday: Oh Exam

Assalamualaikum.


Haha, aku pun tak pasti tu tanda rajin study, atau pemalas nak kemas.

Okbai~

#kesian kat sesiapa yang jadi rumet (mangsa) aku bila mai musim hujan macam ni.

Friday, 12 December 2014

Kau Tahu Tapi Tak Kau Akukan.

Assalamualaikum.


Hai gais! Tiap kali entri, mesti bebajet macam nak jadi 'cool' habis. Apapun, serious kali ni first time aku buat BEDAHLIRIKLAGU dalam blog aku. Before ni aku dok bedah then faham sorang-sorang, jadi better aku kongsikan kat sini. Well, ni boleh kira macam; Jihad with pen and knowledge, not with cowardly acts. Ya aku faham, memang bahasa aku gila sikit, sebab memang in real life pun, aku akan cakap macam cara dalam penulisan. Sebab bagi aku sendiri, yang penting apa yang nak disampaikan tu sampai, bukan gaya bahasa. Jadi aku pilih untuk menulis guna hati, bukan sekadar ada point tapi tiada rasa. Berbeza bila orang menulis based on pengalaman sendiri than menulis just based on pembacaan. Berbeza.

So, here it is. Aku menulis based on apa yang aku faham and aku relate dengan few examples dalam life kita sendiri.


"Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri"
Kau pernah rasa perasaan, kau hilang arah? Taktau nak pi mana lansung dah? Dan masa tu, kau tertanya-tanya sama ada apa yang kau buat ni betul atau tak. Kau just tanya soalan tu dalam hati kau sendiri, tanpa luah pada sesiapa, kononnya nak tunjukkan kau kuat untuk hadap semua masalah 'kekosongan' tanpa bercerita pada manusia. Dan kau teruskan bertanya sampai bila kau nak simpan masalah 'kekosongan' tu seorang diri, tapi at the same time, kau tak heed pun pada kuasa Dia. Pada Dia yang sepatutnya kau adukan tiap masalah kau; Dia yang ciptakan langit dan bumi, bulan dan matahari. And yes, even kau ada kat tempat yang kononnya bagi kau 'ketenangan' like concert, pub, any scene, whatelse; kau still rasa kosong. Kosong. Ibarat kau tengah tengok perlawanan futsal, tapi kau pakai earphone; yang tinggal hanya pandangan kosong semata.


"Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi"

'Fun' yang pernah kau rasa zaman dulu tu, dah hilang. Kau dah tak rasa 'fun' tu dah. Seolah dah takdak apa pun dalam dunia ni yang boleh isi kekosongan hati kau sendiri. Seolah kau rasa, life kau dah takdak makna lagi dah sampai at the end, kau rasa better ja kalau kau mati dari terus-terusan kau kena rasa perasaan yang kau sendiri tak dapat nak tafsirkan. Tapi masalahnya, kau pun tak pasti apa yang kau perlu buat dan ke mana kau perlu pergi.


"Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan"

Walaupun kau tau apa yang kau buat ni tak isi kekosongan kau pun, kau still deliberately repeat again and again. Tapi for sure, it doesn't heal anything. Pada masa ni, kau secara tetiba ingat masa zaman sekolah. Apa yang ustaz ustazah nagging dalam kelas hari-hari. Kau tahu hukum Allah itu dan ini, tapi kau tak ikut pun; hanya sebab ramai orang tak ikut apa yang tertakhluk dalam hukum Tuhan. Sebab kau takut orang lain cakap kau ni hipokrit. Ya, kau memang akui yang kita lebih cenderung untuk ikut apa yang masyarakat kata, berbanding apa yang Tuhan kata. At that moment, kau tahu yang kau perlu cari Dia bila masa susah. Cari Dia. Tapi kau taknak, sebab kau rasa "time ada masalah baru nak cari Tuhan. Tak kenang budi!". Tapi kau sedar tak, kau cuma ego! Kau ego dengan diri kau sendiri, dengan hati kau. Sedangkan kau tahu yang hanya Dia yang dapat heal 'kekosongan' tu. 


"Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi"

Pada masa tu, kau gunakan segala teknologi yang ada untuk search segala macam tips yang ada. Kau cari buku-buku 'how to be happy', how-to-overcome-this-and-that. Semua benda kau hadap, untuk cari jalan macam mana nak overcome masalah yang kau hadapi. Tapi kau lupa satu situasi ni. Situasi yang kau buat ni even scientist dan orang pandai pun buat. They search, they read but they don't even heed. Mereka kaji bintang, cakerawala, laut mati, Firaun, zygote, but they don't even realised yang semua benda tu dah ada dalam kitab al-Quran sekian lama ada sebelum penciptaan diri mereka sendiri. So, what is your point nak search all things tapi at the end, kau tak endahkan pun dan kau teruskan rutin kau macam biasa? Kau cari cara nak berubah untuk jadi baik, kau cari cara untuk ubatkan 'kekosongan' which is kau perlu adukan masalah pada Tuhan, tapi kau sekadar terhenti setakat tu. Kau tak move a step untuk apply apa yang kau baca dalam life kau. So, what for?


"Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan"

Dan kau realise yang kau tak berbuat apa pun sebenarnya. Sedangkan kau tahu maksud Iman tu sendiri adalah; membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota. Kau tahu, tapi kau tak faham. Kau tahu, tapi kau tak tunjuk dengan perbuatan. Tahu hanya sekadar tahu semata, tiada guna. Kau nak mengadu pada Tuhan, tapi kau ego. Kau nak cuba untuk tutup aurat, tapi kau takut pada pandangan masyarakat, pandangan kawan-kawan kau; walaupun kau tahu menutup aurat tu wajib. Kau cari 'point-point' untuk halalkan apa yang kau perbuatkan. Kau tahu, tapi tak kau akukan.


"Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama"

At some point, kau sedar sampai bila kau perlu ikut kata masyarakat. Sampai bila? Sedangkan jiwa kau dah terlalu kosong. Jiwa yang rapuh, hati yang mati. Sampai fikiran kau sendiri bercelaru sama ada untuk ikut kata hati, kata masyarakat atau kata Tuhan. Hari-hari kau berlalu tanpa ada sebarang perubahan. Sebab kau takut untuk berubah, dari tepi jalan ke sujud menghadap Tuhan. 


"Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan."

Sampai akhirnya, kau terpaksa admit. Kau rindu Tuhan. Kau rindu Dia. Kau nak ikut suruhanNya, tapi kau takut. Kau takut dengan manusia yang 'lebih keras hukumannya' berbanding Tuhan. Dan ya, untuk nak berubah, kau perlu kekuatan. Kalau kau tak cuba overcome that limit, sampai kesudah kau hanya terhenti pada takat cuba mengambil tahu tanpa kau cuba untuk faham dan aplikasikan.

Adios~

Tuesday, 9 December 2014

Rant on Produktiviti

Assalamualaikum.

[Kredit]

O hai. Ni hao? Aku dah habis settle segala presentation, assignment, test serta kuiz. Alhamdulillah. Memandangkan musim exam dah kian dekat, marilah kita sama-sama struggle habisan. Hoyeah!! Tapi kan, pada pendapat aku, study smart is better. Aku takdak la kata aku study smart sangat la kan, tapi aku harap apa yang aku kongsikan ni sikit sebanyak boleh bagi kau idea dengan share rutin harian supaya kau pun dapat idea untuk manfaatkan hari-hari kau dengan lebih produktif. Seperti biasa, abaikan bahasa Kedah (in case ada) sebab aku memang orang Kedah dan jenuh la kalau aku nak kena perbetui semua ayat aku satu-satu ikut skema Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). =.="

Sebenarnya, generally, pernah tak kau rasa yang hari-hari kau berlalu dengan sangat gloomy? Taktau pun buat apa sebenarnya, tengok-tengok dah cecah malam tapi kau sendiri tak pasti apa yang dah kau buat dan apa hasilnya. Pernah? Ok nice but not really. Ok nampak dak aku punya problem statement kat situ? HAHAHA. 


Bangun awal pagi dan berpagi-pagian.

Ok for sure yang ni susah. Susah in case kau tidoq lewat dan jugak in case kau tak pernah buat. Awal yang seawal-awalnya dalam lingkungan pukul 4.30 dan just nice time pukul 5.00 pagi, Ya agak susah untuk nak mulakan, tapi kau try buat. Kau bangun awal pastu baca doa bangun tidoq, cakap yang kau bersyukur still hidup lagi hari tu then cepat-cepat terus pi mandi. Dah settle semua, solat sunat apa yang patut, solat sunat before subuh, then terus solat subuh awal-awal. After tu, kau terus baca al-Quran surah-surah famous, baca translation, tadabbur satu dua ayat. Pastu kau baca bacaan yang bermanfaat macam majalah ataupun blog-blog yang bermanfaat macam :

http://angelwearsgucci.blogspot.com,
http://www.fadhilahwahid.com/,
http://productivemuslim.com/

Banyak yang bermanfaat lagi macam tengok youtube The Daily Reminder, 2IdiotFm etc. Jangan pulak kau bangun pagi, terus hadap movie. Aku tak sarankan kau terus buat benda-benda macam tu. Sebab? Sebab waktu pagi adalah waktu yang sangat sesuai untuk aktiviti yang berkaitan spiritual. Then, kau boleh belek-belek note sikit-sikit. Make sure, time pagi-pagi adalah waktu kau dengan diri kau sendiri. Renung balik apa yang kau buat selama ni, betul atau tak; kalau tak betul- cari jalan untuk betulkan. 

Sarapan pagi itu WAJIB!

Next, korang kena bear in mind yang sarapan pagi is compulsary (WAJIB!). Tak kira la hatta sekeping roti kosong pun. Tapi kalau aku sendiri, aku prefer white coffee dengan biskut. Pergh, white coffee is a kickstart untuk activate aku punya hari, sambil baca blog, baca novel, majalah, handout, e-book, dan jugak online newspaper. Aku bukan rajin sangat baca newspaper, tapi sejak-sejak aku masuk kos Logistik, aku rasa sangat penting untuk aku tau pasal apa yang terjadi tiap-tiap hari. Ya aku faham, memang macam bajet bagus kan? Lolololol.

Disiplin diri dan tersusun urusannya.

Kau ada planner, I mean planner yang nak tulis rutin harian tu? Aku guna benda tu, planner Shoutul Ikhwah. Kau boleh order online dan planner sangat membantu. Awal pagi, terus kau plan apa yang kau nak buat untuk hari tu. Dari pagi sampai malam. In case ada benda yang kau perlu ingat, urgent, kau tampal stick note kat dinding, then highlight so that kau tak lupa pasal benda apa yang due, apa yang kau nak kejar, benda apa nak kena complete.

[Kredit]


Study di pagi hari, notes and all.

Memandangkan sekarang kelas pun dah takdak, memang aku study kat library sampai petang. Tapi kalau malas sangat, aku study kat bilik ja pun tapi make sure disiplin la. Selalunya aku start pukul 10.00 atau 10.30 pagi macam tu. Tapi before tu, make sure kau penuhi masa untuk diri sendiri, solat sunat Dhuha (berkat beb!), baca Mathurat siap-siap kasi tenang sikit hati tu. Kalau sapa yang tak pernah cuba, aku sarankan untuk try la at least once a week sebagai permulaan. Pastu baca doa, betulkan niat, senyum dan terus study. Tenangkan fikiran. Kalau tak tenang, call mak mintak tolong doakan, rant jela apa-apa dengan mak then proceed your routine.

Jaga waktu solat.

Yang ni wajib! Kau try buat, kau try! Asal dengar azan, terus-terus pergi surau, atau kalau kat bilik, terus pi mandi then solat. Solat di awal waktu. Kalau kau proceed kerja kau then ignore waktu solat, kau akan hadap situasi ni:

Contoh situasi:

"Banyak lagi kerja ni.. Hmm siapkan dulu, pastu baru solat."

"Dah pukul 2.30 dah ni. Kerja tak siap lagi.. Takpa satgi siap la tu, nanti la solat"

"Tak solat lagi, tapi kerja tak siap lagi. Sekarang pukul 3.30. Alaaa takpa laa, satgi dah siap baru solat. Azan Asar kan masuk pukul 4.24..."

*Azan*

"Allah! Tak solat lagi!!!! Cepatnya masa berlalu.. Kerja tak siap lagi pun..." 


Mungkin masa awal-awal kau tak sedar, tapi lama-kelamaan kau akan sedar pasal keberkatan waktu. Kau akan perasaan, bila kau solat awal waktu, even banyak benda kau kena buat pun, menyempat ja sedia. Mungkin kau pernah dengar ayat yang lebih kurang cakap Allah akan sibukkan seseorang dengan hal keduniaan kalau seseorang tu tak pernah nak sibukkan diri dengan hal akhirat. Pernah?

Jangan bertangguh.

Penting! Kalau kau perasaan, bila start kau bertangguh, kau akan terus-terusan bertangguh. Ya aku akui, sapa ja yang tak suka bertangguh kerja? Haha, tapi it is the monster that will kill your routine. Please avoid! Satu bertangguh, segala yang dirancang tu akan scatter macam apa ja. 

Doa.

Kau pernah dengar tak, doa tu senjata Muslim? Jadi kenapa kau tak doa sungguh-sungguh? Doa dalam bahasa Melayu pun dah ok. Kau mintak jela apa yang kau nak mintak, mintak diberi keberkatan waktu. Ya aku faham, ramai antara kita yang selalu mintak dipanjangkan umur. Tapi, aku bet kau tau; walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya... Jadi, mintak agar diberi keberkatan hidup, berkat waktu dan apa sahaja yang kau nak cerita. Cerita, cerita dan cerita.

Tidur awal.

Tidur awal tu perlu. Okbai~

Semoga sikit tips ni dapat bantu korang untuk memproduktifkan hari kau dengan jayanya. Ya memang aku quite rigid dengan life aku even aku tak rigid bab-bab documentation. Sebab, aku tak suka stress. Aku tak suka study last minute. Memang bukan cara aku. 

___________________________________________________________

There's something that I need to clarify here. Aku boleh nak shoot kat Twitter, tapi aku pointing kat orang lain, 45,473,56 orang lain lagi yang terasa. Belajar dari pengalaman lama, HAHA. Malam before aku pi Kem Kekasih, aku baca segala conversation lama, bila kau mention pasal tu. Ya. Menangis bila kenangkan diri aku time tu; about 1 years 4 month something sebelum, dari masa sekarang. Please stop assuming that aku bahagia tengok kau derita. Just please stop. Sebab aku terlalu neutral. Memang la sounds poyo tapi it's true sebab it is too mainstream to give your heart to the wrong person. Cukuplah. Just cukup. Heartless dah dan tak memberi harapan pada sesiapa. Tu dah cukup jelas aku rasa. Just ingat pesan Zaim, Amirul Faiz time zaman sekolah. Ingat kan? Cukup jelas. Tetiba macam segan, sebab aku pun tak terlalu matured lagi untuk bincang pasal Baitul Muslim sebab banyak lagi benda yang aku nak belajaq sebelum nak langkah ke tangga yang seterusnya. Wkwkwkwkwk xD

"Andai fasa individu muslim sahaja sudah menguji, apatah lagi fasa seterusnya." 
Ummu Afeera


___________________________________________________________

:)

#Good luck for your exam gais! Doakan aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...