Friday, 12 December 2014

Kau Tahu Tapi Tak Kau Akukan.

Assalamualaikum.


Hai gais! Tiap kali entri, mesti bebajet macam nak jadi 'cool' habis. Apapun, serious kali ni first time aku buat BEDAHLIRIKLAGU dalam blog aku. Before ni aku dok bedah then faham sorang-sorang, jadi better aku kongsikan kat sini. Well, ni boleh kira macam; Jihad with pen and knowledge, not with cowardly acts. Ya aku faham, memang bahasa aku gila sikit, sebab memang in real life pun, aku akan cakap macam cara dalam penulisan. Sebab bagi aku sendiri, yang penting apa yang nak disampaikan tu sampai, bukan gaya bahasa. Jadi aku pilih untuk menulis guna hati, bukan sekadar ada point tapi tiada rasa. Berbeza bila orang menulis based on pengalaman sendiri than menulis just based on pembacaan. Berbeza.

So, here it is. Aku menulis based on apa yang aku faham and aku relate dengan few examples dalam life kita sendiri.


"Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri"
Kau pernah rasa perasaan, kau hilang arah? Taktau nak pi mana lansung dah? Dan masa tu, kau tertanya-tanya sama ada apa yang kau buat ni betul atau tak. Kau just tanya soalan tu dalam hati kau sendiri, tanpa luah pada sesiapa, kononnya nak tunjukkan kau kuat untuk hadap semua masalah 'kekosongan' tanpa bercerita pada manusia. Dan kau teruskan bertanya sampai bila kau nak simpan masalah 'kekosongan' tu seorang diri, tapi at the same time, kau tak heed pun pada kuasa Dia. Pada Dia yang sepatutnya kau adukan tiap masalah kau; Dia yang ciptakan langit dan bumi, bulan dan matahari. And yes, even kau ada kat tempat yang kononnya bagi kau 'ketenangan' like concert, pub, any scene, whatelse; kau still rasa kosong. Kosong. Ibarat kau tengah tengok perlawanan futsal, tapi kau pakai earphone; yang tinggal hanya pandangan kosong semata.


"Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi"

'Fun' yang pernah kau rasa zaman dulu tu, dah hilang. Kau dah tak rasa 'fun' tu dah. Seolah dah takdak apa pun dalam dunia ni yang boleh isi kekosongan hati kau sendiri. Seolah kau rasa, life kau dah takdak makna lagi dah sampai at the end, kau rasa better ja kalau kau mati dari terus-terusan kau kena rasa perasaan yang kau sendiri tak dapat nak tafsirkan. Tapi masalahnya, kau pun tak pasti apa yang kau perlu buat dan ke mana kau perlu pergi.


"Haus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan"

Walaupun kau tau apa yang kau buat ni tak isi kekosongan kau pun, kau still deliberately repeat again and again. Tapi for sure, it doesn't heal anything. Pada masa ni, kau secara tetiba ingat masa zaman sekolah. Apa yang ustaz ustazah nagging dalam kelas hari-hari. Kau tahu hukum Allah itu dan ini, tapi kau tak ikut pun; hanya sebab ramai orang tak ikut apa yang tertakhluk dalam hukum Tuhan. Sebab kau takut orang lain cakap kau ni hipokrit. Ya, kau memang akui yang kita lebih cenderung untuk ikut apa yang masyarakat kata, berbanding apa yang Tuhan kata. At that moment, kau tahu yang kau perlu cari Dia bila masa susah. Cari Dia. Tapi kau taknak, sebab kau rasa "time ada masalah baru nak cari Tuhan. Tak kenang budi!". Tapi kau sedar tak, kau cuma ego! Kau ego dengan diri kau sendiri, dengan hati kau. Sedangkan kau tahu yang hanya Dia yang dapat heal 'kekosongan' tu. 


"Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi"

Pada masa tu, kau gunakan segala teknologi yang ada untuk search segala macam tips yang ada. Kau cari buku-buku 'how to be happy', how-to-overcome-this-and-that. Semua benda kau hadap, untuk cari jalan macam mana nak overcome masalah yang kau hadapi. Tapi kau lupa satu situasi ni. Situasi yang kau buat ni even scientist dan orang pandai pun buat. They search, they read but they don't even heed. Mereka kaji bintang, cakerawala, laut mati, Firaun, zygote, but they don't even realised yang semua benda tu dah ada dalam kitab al-Quran sekian lama ada sebelum penciptaan diri mereka sendiri. So, what is your point nak search all things tapi at the end, kau tak endahkan pun dan kau teruskan rutin kau macam biasa? Kau cari cara nak berubah untuk jadi baik, kau cari cara untuk ubatkan 'kekosongan' which is kau perlu adukan masalah pada Tuhan, tapi kau sekadar terhenti setakat tu. Kau tak move a step untuk apply apa yang kau baca dalam life kau. So, what for?


"Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan"

Dan kau realise yang kau tak berbuat apa pun sebenarnya. Sedangkan kau tahu maksud Iman tu sendiri adalah; membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota. Kau tahu, tapi kau tak faham. Kau tahu, tapi kau tak tunjuk dengan perbuatan. Tahu hanya sekadar tahu semata, tiada guna. Kau nak mengadu pada Tuhan, tapi kau ego. Kau nak cuba untuk tutup aurat, tapi kau takut pada pandangan masyarakat, pandangan kawan-kawan kau; walaupun kau tahu menutup aurat tu wajib. Kau cari 'point-point' untuk halalkan apa yang kau perbuatkan. Kau tahu, tapi tak kau akukan.


"Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama"

At some point, kau sedar sampai bila kau perlu ikut kata masyarakat. Sampai bila? Sedangkan jiwa kau dah terlalu kosong. Jiwa yang rapuh, hati yang mati. Sampai fikiran kau sendiri bercelaru sama ada untuk ikut kata hati, kata masyarakat atau kata Tuhan. Hari-hari kau berlalu tanpa ada sebarang perubahan. Sebab kau takut untuk berubah, dari tepi jalan ke sujud menghadap Tuhan. 


"Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan."

Sampai akhirnya, kau terpaksa admit. Kau rindu Tuhan. Kau rindu Dia. Kau nak ikut suruhanNya, tapi kau takut. Kau takut dengan manusia yang 'lebih keras hukumannya' berbanding Tuhan. Dan ya, untuk nak berubah, kau perlu kekuatan. Kalau kau tak cuba overcome that limit, sampai kesudah kau hanya terhenti pada takat cuba mengambil tahu tanpa kau cuba untuk faham dan aplikasikan.

Adios~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...