Wednesday, 15 July 2015

Ini Entri Raya.

Assalamualaikum.


First time aku buat entri raya. Last post aku bulan 3 lepas pasal Freedom 2.0. Pasal kes tu, serious aku pun dah lupa lama sangat dah, tapi tolong cakap umur aku 24 dan aku dah bertunang, hahaha. Di kesempatan ni, aku nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua yang kenal aku. Well, aku tau aku memang poyo dan bajet comel. Tapi tahukah anda, aku ni mudah insecure dengan orang cantik dan aku kagum tengok orang cantik? Haa, tu masalah aku selama ni. LOL, jadi untuk meningkatkan tahap keyakinan aku, aku puji la diri sendiri. Logik kan?

Next, thanks for the awesome Ramadhan. Bagi aku sendiri,  Ramadhan kali ni quite memorable compared to 2014, 2013, 2012. Last aku betul menghargai Ramadhan, time 2011. Time kawan-kawan aku ada tiap hari dengan aku, tadarus sama-sama, usrah, qiam sama. Time 2012, puasa kat matrik yang worst ever. 2013, konflik perasaan yang aku takmau ingat dah. 2014, projek Ihya' Fest. Jadi, memang kali ni jela paling aku hargai walaupun ada anasir-anasir yang down-kan aku, sikit. 

Dahtu ingatlah, all the hafalan time Ramadhan bukan flee away macam tu ja after dah habis Ramadhan. Dan aku sangat tak suka kalau ada orang bangkitkan dah habis dah musim baca Quran. No! Itu letaknya pada diri awak sendiri. But yet, memang la time Ramadhan pahala berganda. Tapi tu tak bermakna rutin tu tinggalkan terus. Ikut tips aku, setiap pagi baca surah famous (ar-Rahman, al-Kahfi, al-Hujurat, as-Saff and the rest), then setiap kali after solat fardhu baca tempat bacaan harian (at least 1 page), malam after isya' baca al-Mulk. Didiklah diri dengan rutin macam tu, baca sekali translation. 

Yep, aku akui, aku bukanlah sort of idol yang baik nak ajaq benda ni. Tapi itu jelah yang aku layak sikit nak pesan pun sebab bab ikhtilat memang sah-sah aku fail (Twitter), munakahat (bukan ahlinya), baitul Muslim (tak kahwin lagi) dan sebagainya. Yang mana aku pesan tu memang antara yang senang nak di-didik sebenaqnya. Yes, aku masih belajar. Solat pun kadang lewat, but then aku takkan patah semangat. Takkan! 


Ikut konsep ni sebenarnya, semua letak pada diri aku sendiri. 

I can't change you. It's you, who can change yourself.


Mai pi la sapa pun nasihat bermacam-macam sejak 2 tahun lepas. Lama-kelamaan, aku kena berpijak di bumi yang nyata jugak. Terima kasih Kak Bihah (Fatin takkan jadi pengkid dan perasaan tu takkan boleh dipaksa walau mai pi sapa yang baik cemana sekalipun convince nak setia bagai, well mesti Kak Bihah faham. Fatin dah faham diri sendiri la sikit, thanks mucho! Muah!!), terima kasih Alex (aku bagitau itu hari, aku memang tak boleh suka orang dan aku try to get rid of it dengan tak membenci dan sekarang tengah practice Alzheimer for 2 sem). Kalau berkomitmen, sangat berkomitmen comes hell or high-water, mai pi lah orang cemana pun, itu FatinSyazwani. Once dah blah, rasa tu takkan sama langsung dah. 



Untuk Struggle Group, aku sentiasa doakan Jijan dengan Pipah kahwin dan dapat anak comel nama Fatin Syazwani binti Mohamad Azizan. Untuk Kak Tin Suhada semoga cepat kahwin dengan pasangan. Untuk Tini, semoga cepat kahwin dengan 'aku doakan Allah campakkan rasa hati ni dalam hati dia'. Untuk Kak Tin Nazira, semoga cepat kahwin dengan Sapik. Untuk Paklong, semoga cepat kahwin dengan orang yang raised you up. Semoga Struggle group sentiasa berada di bawah lindunganNya, dilancarkan semua bisnes kita (4 orang buat bisnes), dan inshaAllah nanti kita grad sama-sama with flying colours. Amin~

Untuk warga SRC, terima kasih sebab selalu ada dekat dengan aku through thick and thin walaupun selalu kena bahan mainkan perasaan orang (ni fakta paling tipu dalam abad ni!). Ecah, thanks selalu bagi semangat. Kak Farah, rant pasal malam tu time OC, terima kasih. Kak Mimi, mak-mak yang ceriakan life aku. Sufi, jiran sebelah bilik yang aku jarang jumpak. Dodo, haiwan peliharaan merangkap senator aku yang baik walaupun kadang tak dengaq cakap dan selalu aku mintak nasihat. Hasan, presiden paling setia aku pernah jumpak. Mosen, semoga hati hang tabah dan cepat kawin dengan Mimi Mieda. Fidee, mana sepersalinan pakaian aku? Iki, stop la smoking dan jangan jadi kasanova sangat.  Faeez, jangan baran sangat nanti susah dapat jodoh, LOL just kidding. :)




Thanks family SRC, aku sayang hampa. Wei jahat la, mata aku masuk habuk time ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mintak maaf andai aku tak sempurna selama ni. Banyak beletiaq, perasan comel, banyak cakap, cakap lepas pulak tu, but then aku hanya betul rapat dengan orang yang aku boleh cakap lepas dan deep conversation. Tambah kalau laki yang aku cakap pakai ganti nama Fatin, nescaya tu lah manusia yang aku susah nak ngam sebenaqnya. Jadi in case hampa ni memang sek-sek yang aku melawak kasaq, nescaya hampa dah penetrate sikit demi sikit untuk masuk dalam life aku. Hahaha macam ada orang kisah. xD




Family OC, aku mungkin tak sebut satu-satu. Tapi hampa sangat OSEM! Thanks Kamal sebab dok suruh doa kasi jumpak Usui Takumi. Rashid, bicara orang berpengalaman tapi sayang aku lagi tinggi dari hang. Kameyl, orang yang banyak kasi nasihat walaupun selalu main-main. Pipah Hujan a.k.a Mama Ifa, terima kasih sebab selalu dengan ada dengan Syaz, dengar Syaz merungut sejak sem 1, sanggup jadi teman lepas perasaan tengok Syaz menangis selama ni. Terima kasih. :')

Doakan supaya mak dan tok aku kuat. Semoga life aku, angah abang baik-baik saja, succes in study dan semuanya, Semoga wan aku cepat sembuh. Doakan tau! 


By the way, ArielHSK tu ganti nama aku jugak, beberapa tahun lepas. Dodo pernah tanya sebab emel aku include nama tu, ni baru aku reveal sapa sebenaqnya Ariel tu.


Ok dah, cukuplah. Ramadhan yang akan sentiasa aku ingat. Adios~

Sorry, saya tak pandai nak fake. Jadi, ni memang tulus dari hati walaupun nampak stiff. Kutt?

2 comments:

  1. Awak nak kasi hati awak dekat siapa ?

    ReplyDelete
  2. Hatinya sudah dimiliki...maaf semua
    Haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...