Tuesday, 11 October 2016

4 Oktober : Tragedi Oktober

Assalamualaikum.

My cute pika-pika kat atas kanan tu xD

4 Oktober actually hari Kempen Derma Darah kolaborasi antara IM4U dengan UniKL. Jadi dalam Mitec ni, SRC dengan JPAM yang handle kempen ni. JPAM more to exhibition and SRC more to activity time students tengah boring tunggu turn nak derma darah.

Muka bangga walaupun antara yang lewat start buat kolam. :)
Orang last yang kena ambik darah. (bukan pakai term derma darah - paksa rela) xD

Petang tu join kolam. Actually tak rancang pun, but bidan terjun ja ajak Ina masuk sekali. Dengan tak lukisnya, memang design pakai imaginasi ja. Best but penat sangat... Rasa nak makan but tak sempat sebab dok nak catch up kelas. 

Meeting untuk Majlis Pemakaian Pangkat SISPA Senior, pukui 11.30 baru habih. 


Then sampai malam la tak makan, then after kelas malam pun meeting lagi. Then balik rumah, adalah tragedi berlaku yang buatkan housemate cuak sampai pi call ambulance. T_T



Then kena pi hospital, masuk ayaq dok sana tunggu turn dekat 2 jam then buat urine test dengan blood test. Pastu teruih cucuk nak masuk ayaq. Sakit gila!!!! Maybe sebab dah lama tak kena, tu yang rasa sakit melampau. Terima kasih housemate yang teman and Prez SRC jugak yang sanggup turun tunggu dari pukui 1.30 pagi sampai la 7 pagi then pi pekena roti canai dulu, kena beletiaq dulu dalam qeta. 


Begitulah... Rasa disayangi, dalam masa yang sama rasa dah menyusahkan ramai orang sebab after tu 5 orang takpi kelas but aku pi jugak tengahari tu untuk Majlis Pemakaian Pangkat SISPA Senior sebab jadi emcee. *emoji jari*

Terima kasih guys. Love you all. Muah!

Saturday, 8 October 2016

Belajaq Memandu Kali Ketiga

Assalamualaikum.

Sehari, langgaq 3 biji teruih. Kiri time masuk, kanan time keluaq, satu lagi time qeta tengah berjalan.

Langgaq qeta orang, qeta aku yang teruk. Lega jugak la...


Abang kawasan. Sekali call Jijan, teruih angkut serumah mai settle. Bersyukur gila...

Bersyukur sangat masa call Jijan tu, depa baru sampai rumah. Teruih mai kat Petron, mai tengok condition qeta aku. Then depa la mai drive pi hantaq sampai bengkel. Dah settle semua, pi hantaq MITEC pulak. Then disebabkan aku trauma teruk, depa jugak yang hantaq balik rumah. Siap Apam offer, in case takut nak drive, nanti petang depa mai hantaq Jijan mai ambik kat rumah. Terharu gilaaaaaaaa... Petang tu, Ina dengan Dodo sanggup mai Seri Mutiara tengok keadaan aku macam mana, sebab time tengahari tu aku call Dodo sambil qeyau teruk gila.. Even nak tengok stereng pun rasa takut. After that, malam tu Cikgu Akaun offer nak mai ambik mai hantaq tiap-tiap hari sampai aku dah buleh drive sendiri. Terimakasih Cikgu Amin!!

Harini 29/9/2016, first day belajaq memandu after accident langgaq qeta orang haritu. Cuak gilaaa kut, rasa macam nak tercabut lutut. Even setiap keadaan pun rasa nak kena brek sebab rasa tak selamat. Then nak belok pun rasa takut-takut semacam. ==“

Performance, Cikgu Akaun aku cakap 3/10. Teruk! Lepaihtu kena marah dalam qeta time dah sampai dekat rumah T_T Cikgu Akaun aku garang teruk, garang gila-gila pulak tu. Sekali jerit macam jantung aku terkeluaq melompat-melompat lari dari qeta, keluaq sebab takmau dengaq sora dia. Nak dijadikan cerita, time kat tempat drop off penumpang tu, terjumpak pulak Hakim dengan kawan-kawan dia. Sempatlah tunjuk calaq yang aku hasilkan dari qeta aku sebab aku pi langgaq qeta dia. -..-“ Macam-macam betui. 

Dah la pagi tadi dah bakaq pan sampai keluaq api. Bersyukur jugak ada pengalaman dengaq terbakaq macam tu jadi time Kak Tin Nazira dok kat rumah lama. Dia cerita time tu, depa kelam-kabut pi simbah ayaq, jadi api tu lagi naik marak. So, disebabkan aku ni Ketua Melawan Kebakaran JPAM (ehem!), maka aku teringat yang part Farid lari bawak fire extinguisher dengan blanket lembap tu. Kena ensure blanket tu betul lembap then baru letak atas tu dengan tutup dari arah bertentangan dulu. Maka api pun baru la terpadam, alhamdulillah. 

Dah jadi macam tu, cerita kat housemate, barulah aku tau ada choice either nak guna dapoq tu atau dapoq yang satu lagi. Sebab dapoq tu memang bahaya sikit. LOL mati-mati aku ingat tu ja dapoq yang ada kat rumah ni.


Baru 3 hari dok rumah sewa, macam-macam dah belajaq. xD

Kelas Ikatan

Assalamualaikum.

Ni kali pertama mengajaq silibus JPAM dalam hidup. Masuk dalam team ikatan dan menyelamat, cuma ada 2 orang perempuan ja dalam team ni. The rest lelaki. Time ni 30 Oktober 2015, dah setahun dah kan...

Ni throwback balik sebab nak delete gambaq dari dalam laptop ni ja, banyak sangat benda sampai disk dah full. :D

Semua muka budak-budak lagi masa ni :D




Tu Rahizam ada kat situ, kemain jenuh nak ajaq ulang-ulang.

Semangat hokkeyy si Putera ni ikat tali XD

Ujian Tali untuk hari first

Secara jujurnya, after aku mengajar tali ni la, baru aku reti sikit nak mengikat. Sebelum ni ikat pun menonong ikut suka hati ja. Then pi survival, rasa lega sebab pernah mengajaq tali; sebab at the end jadi satu-satunya group yang pondok tak roboh walaupun 12 orang melompat ataih tu. :)


Saturday, 24 September 2016

Overthinking

Assalamualaikum.


Dah buleh slow-slow selak FYP dah kutt. Dah kena start pikiaq diri sendiri rather than nak pikiaq benda bukan-bukan padahal yang dipikiaq tu elok ja pi keluaq makan dengan kawan-kawan buleh senyum; tapi kita ni sampai kena tidoq to ensure can silence own mind.

Dah kena start bergerak, nanti gerabak akan start bergerak laju. Sayang diri sendiri dulu Fatin Syazwani, baru buleh sayang orang lain sama macam sayang diri sendiri.

Tuesday, 20 September 2016

WOW Sesi September 2016

Assalamualaikum.

WOW sesi September 2016

Hai. Yeah, I've already made my decision. Apapun aku akan update kat sini. Aku takmau segala kenangan aku hilang macam tu ja macam sebelum ni. Dah la gambaq pun hilang, hat dok dalam kepala aku pun hilang jugak masalahnya. Then, bila experience something yang mengingatkan pasal certain memories, punya la emotional sebab tak ingat selama ni. Kiranya selama last semester aku dekat Mitec ni, aku akan update segala yang jadi dan pernah jadi. Blog aku, suka hati aku lah, hang sibuk dah kenapa nak condemn itu ini macam aku paksa hang baca; bukannya lalu dekat newsfeed hang pun.

Ni gambaq semalam, after balik dari Segamat aku teruih pi dewan. Yelah, satgi dok kat bilik tu stress, overthinking pulak dok pikiaq macam-macam. Better aku pi ja join meriah-meriah ni, then malam 22hb aku kena balik Yan pulak. Kalau ikutnya, balik dari Segamat tu teruih nak balik Yan; tapi abang ada meeting, so kena delay few days. Padahal baru ja sampai Johor pagi kemarin. Sabaq lah, dugaan betui.

WOW yang paling aku nak join, but banyak ja penghalangnya. Mentang-mentanglah WOW yang terakhir (in case join). Start takleh join sebab tauliah JPAM, then tukaq tarikh, lepastu dah elok-elok semangat, training pulak problem sebab urusan aku tak settle lagi. Then, bila dah okay nak deal- secara tiba-tiba jumlah OC yang dari 38 orang kena kurangkan ke 20 orang. So, aku tarik diri. Bagi la peluang kat orang lain pulak, aku dah join banyak kali dah walaupun aku tak rasa serik pun dengan WOW ni even penat melampau. Dah lah time hari pendaftaran depa ni, aku tengah dok baring sambil scroll Facebook then nampak OC-OC dok update pasal registration day. Rasa lifeless gila sebab aku dok kat rumah tak buat apa, but depa still ada masa manfaatkan untuk sambut adik-adik baru.

Bila aku tengok student baru masuk, terdetik rasa first time masuk Mitec walaupun aku taklah happy mana- berbeza macam time masuk matrik walaupun result tak gempak. Nampak muka parents yang letakkan harapan tinggi untuk anak-anak depa, habiskan ribu-riban untuk kasi education nak bawak balik scroll. Tak adil kalau study main-main, nanti nak habis duit lagi bayaq duit pinjaman MARA pulak. At least effort tu ada. Sekurangnya... Biaq berbaloi dengan duit, masa, pengalaman yang dapat tu.

Rindu orientasi, rindu segala kenangan, semua OC yang dari dulu banyak bagi tunjuk ajaq secara langsung mahupun secara tak langsung. Start intake September 2014 ada banyak menari and aku yang paling suka (tak pernah miss) sampai lah intake Jun 2016 last aku jadi OC, even satu tarian pun aku tak join. Entah, rasa dah besaq. Ceyyyyyy~ 

Besaq kepala la kutt. *emoji jari*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...