Tuesday, 20 September 2016

WOW Sesi September 2016

Assalamualaikum.

WOW sesi September 2016

Hai. Yeah, I've already made my decision. Apapun aku akan update kat sini. Aku takmau segala kenangan aku hilang macam tu ja macam sebelum ni. Dah la gambaq pun hilang, hat dok dalam kepala aku pun hilang jugak masalahnya. Then, bila experience something yang mengingatkan pasal certain memories, punya la emotional sebab tak ingat selama ni. Kiranya selama last semester aku dekat Mitec ni, aku akan update segala yang jadi dan pernah jadi. Blog aku, suka hati aku lah, hang sibuk dah kenapa nak condemn itu ini macam aku paksa hang baca; bukannya lalu dekat newsfeed hang pun.

Ni gambaq semalam, after balik dari Segamat aku teruih pi dewan. Yelah, satgi dok kat bilik tu stress, overthinking pulak dok pikiaq macam-macam. Better aku pi ja join meriah-meriah ni, then malam 22hb aku kena balik Yan pulak. Kalau ikutnya, balik dari Segamat tu teruih nak balik Yan; tapi abang ada meeting, so kena delay few days. Padahal baru ja sampai Johor pagi kemarin. Sabaq lah, dugaan betui.

WOW yang paling aku nak join, but banyak ja penghalangnya. Mentang-mentanglah WOW yang terakhir (in case join). Start takleh join sebab tauliah JPAM, then tukaq tarikh, lepastu dah elok-elok semangat, training pulak problem sebab urusan aku tak settle lagi. Then, bila dah okay nak deal- secara tiba-tiba jumlah OC yang dari 38 orang kena kurangkan ke 20 orang. So, aku tarik diri. Bagi la peluang kat orang lain pulak, aku dah join banyak kali dah walaupun aku tak rasa serik pun dengan WOW ni even penat melampau. Dah lah time hari pendaftaran depa ni, aku tengah dok baring sambil scroll Facebook then nampak OC-OC dok update pasal registration day. Rasa lifeless gila sebab aku dok kat rumah tak buat apa, but depa still ada masa manfaatkan untuk sambut adik-adik baru.

Bila aku tengok student baru masuk, terdetik rasa first time masuk Mitec walaupun aku taklah happy mana- berbeza macam time masuk matrik walaupun result tak gempak. Nampak muka parents yang letakkan harapan tinggi untuk anak-anak depa, habiskan ribu-riban untuk kasi education nak bawak balik scroll. Tak adil kalau study main-main, nanti nak habis duit lagi bayaq duit pinjaman MARA pulak. At least effort tu ada. Sekurangnya... Biaq berbaloi dengan duit, masa, pengalaman yang dapat tu.

Rindu orientasi, rindu segala kenangan, semua OC yang dari dulu banyak bagi tunjuk ajaq secara langsung mahupun secara tak langsung. Start intake September 2014 ada banyak menari and aku yang paling suka (tak pernah miss) sampai lah intake Jun 2016 last aku jadi OC, even satu tarian pun aku tak join. Entah, rasa dah besaq. Ceyyyyyy~ 

Besaq kepala la kutt. *emoji jari*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...