Nuffnang

Khamis, 25 Jun 2020

Burnout Teruk, Adakah Ini Penghujungnya?

Assalamualaikum.


Sekarang jam 2.44am, hari Jumaat. Bermakna harini aku cuti, tak kerja la senang ceritanya. Leganya bila dapat cuti and dapat duduk depan ni tulis blog. Aku boleh ja buat selalu, tapi akibat kekangan waktu yang buatkan aku tak dapat nak tulis blog selalu-selalu. Dulu tu lain, saja blogwalking join contest bagai sebab nak view tinggi (zaman muda-muda kan...).

Minggu ni first time aku rasa burnout teruk. Sorry if this blogspost seems toxic ka apa, but I bet that bawah-bawah ni ada some insight yang boleh diambil perhatian setidaknya untuk next time. Aku kerja Sabtu, well semua orang tau tu and Ahad baru ni cuti sebab birthday Sultan Kedah. So, aku cat bilik yang sampai sekarang tak siap. Esoknya hari Isnin aku masuk kerja semula, bermacam perasaan aku rasa.

Cuba imagine, aku drive kereta then aku rasa penat walaupun tak start kerja pun lagi. And aku rasa nak makan McFlurry tapi memikirkan 1 McFlurry equal to 5 nasik lemak; aku tak jadi. Tapi di persimpangan jalan antara tempat kerja dengan McFlurry, aku pilih jalan McFlurry dan cheese burger. Nyata, pilihan aku tak silap gais.. Aku rasa sikit cheer up untuk start the day. Then masuk kerja, aku rasa penat yang teramat sangat. Susah nak bernafas, nak qeyau (menangis) tapi aku takdak any reason untuk menangis time tu and ayaq mata pun tak rasa nak keluar, rasa takut, rasa kerja aku ni takkan pernah habis sampai aku mati, rasa takmau jumpak and cakap dengan sapa-sapa. Aku cuma rasa penat dan nak bernafas, like really gasping for air. 

Story Instagram aku pagi tu, nak validate it's okay to reward myself first.

Actually ni bukan first time aku hadap benda ni - it started masa 2017 time aku betui-betui bimbang dengan takdak kerja after grad while jaga arwah wan aku, then ada kerja tapi tak motivate aku langsung + aku punya skills been utilized like ever while they pay me peanuts. Cuma ni first time jadi time kat tempat kerja - masa dulu jadinya time malam. Sambungan cerita McFlurry, aku rasa happy sangat-sangat dapat McFlurry walaupun aku tau nantinya after habis kerja, maybe aku akan nak Tealive pulak untuk reward habiskan kerja.

Bila benda macam ni jadi, aku tau dia tak jadi dengan sia-sia tanpa sebab. Maybe, just maybe aku penat sangat sebab mengecat then takdak bilik nak tidoq. Or maybe sebab kerja aku banyak sangat yang takdak kesudahan sambil dengar keluhan colleague lain yang dimulut dok utter kerja banyak but ada time untuk roaming barang kat Shopee. Atau mungkin jugak sebab aku terlalu put too much effort untuk kerja aku while sebenarnya aku patut take it slow and chill saja? Atau maybe sebab lately aku tak sempat nak buat yoga, take breakfast dengan minum at least dan baca buku setiap pagi and malam? Dan ya, aku rasa perasaan ni hasil combination semuanya. Jadi, aku text Four pagi tu. Four does what he does - "relax, relax". 

Kalau nak ikut penat, start dari PKP haritu memang kerja aku bertambah sangat-sangat since kami dah start jual motor melalui website. Memang kerja aku as marketer but then it comprised of marketer, copywriter, designer, website designer, frontend developer, video editor etc. Aku suka kerja aku, tapi kadang-kadang ianya terlalu banyak dengan sana-sini push nak siapkan itu ini dengan dateline aku most of the time seminggu. And yes, while aku punya big bos pun dah start panggil aku masuk bilik dia - which means sekarang dia dah intercom aku directly. Ni kira patut happy ka patut sedih ni? Punya nak kata overwhelmed dengan dateline sampai aku tak perasan sekarang dah hujung bulan. Selalunya, aku sangat perasan hujung bulan, sebab aku akan catu duit aku supaya cukup untuk makan mewah (eh hg ingat aku ni makan mewah-mewah selalu ka?). Cerita makan mewah aku ni macam ni - bagi sekali, dia nak lagi. Ahhh matilah aku kalau tiap hari nak makan mewah. Sebab tu aku sangat perlukan self-control.

Aku tengah dengaq lagu ni sekarang.


Jadi, bawah ni adalah sikit yang aku rasa boleh membantu untuk hilangkan perasaan penat melampau, rasa bimbang, rasa tak boleh bernafas:

1. Doa untuk hilangkan rasa ni. Tarik nafas guna hidung, stop dan count sampai 5, hembus guna mulut. Ulang step ni sampai rasa tenang.

2. Pi dengar lagu yang menenangkan. Kalau macam aku, aku dengar lagu yoga aku (yang memang aku guna time buat yoga). Tapi after habis lagu yoga, automatic dia akan switch lagu yang atas tu.

3. Identify apa penyebab yang buatkan kita rasa penat sangat. Diingatkan, kadang-kadang benda tu kecik ja, tapi kita ni macam jadi kanta - exaggerate. Walaupun begitu, it's okay. Ambil kertas dan catat semua penyebab tu.

4. Apa yang kita boleh buat dengan penyebab-penyebab tadi? Dan diingatkan lagi, most of the time, apa yang kita rasa comes from kita punya inner thought, self-talk and cara kita view penyebab tadi tu. Maybe boleh reward sikit-sikit untuk diri sendiri supaya boleh cheer up semula. Invest in yourself is not a crime, it called as selfcare.

5. Cari seseorang untuk luahkan. This not really be my option most of the time. Aku takkan cerita, aku cuma minta pendapat for something saja atau saja bertanya khabar or send video etc. And aku takkan text sorang, aku text few people sebab aku percaya tak semua akan reply and itu akan buatkan aku lagi sedih even more since aku ni bukan jenis text and ada ramai kawan nak text sangat. And I won't know if my friend also anggap me myself as her friend also, sad truth. But it's okay, maybe Allah tak gerakkan hati untuk reply sebab memang tak sesuai at that moment. Since aku perlukan kawan yang ingatkan aku pada Tuhan, positive talk, yang akan buat aku lebih hargai diri aku at that time.

Kalau semua step ni tak berjaya, boleh terus pi jumpa specialist. Aku agak percaya, if kita semua boleh buat 5 step ni, kita still boleh control perasaan ni. Kebanyakan masa, apa yang jadi tu sikit saja tapi kita terlalu fokuskan yang sikit tu sampai dia jadi terlalu besar dimata kita. Macam kata orang - ada orang, sakitnya sikit dan mengeluhnya banyak while ada orang lain pula sakitnya banyak, mengeluhnya sikit dan syukurnya banyak. 

Kita boleh pilih apa yang kita nak buat dengan life kita.
Live hell or live well, you choose.

Love,
XOXO <3

Jumaat, 29 Mei 2020

Membaca itu cool

Assalamualaikum.


Disebabkan ada satu ayat aku suka and ada yang kurang jelas pasal ayat tu.


"Kalau buku buatkan kita sombong, maka kena terus membaca lagi sampai bacaan itu meruntuhkan kesombongan. And kalau kita rasa orang yang membaca tu sombong, maka kena terus membaca juga sampai baca kita meruntuhkan sangka buruk pada orang lain." - Reenefen, 2020 

Ayat simple ja, tapi deep.

Kalau buku buatkan kita sombong, maka kena terus membaca lagi sampai bacaan itu meruntuhkan kesombongan.

Maksudnya: dia mungkin baru membaca atau sekadar reading for pleasure, atau ikut trend (?) . Sebab orang yang membaca, dia akan tau betapa bodohnya rasa. I mean, kalau aku dalam bahagian Marketing then baca buku Marketing, memang aku rasa segala benda aku dah tau. But, what if aku pi baca buku pasal law yang aku sendiri tak pernah dengar? Jadi, sombong tu takkan wujud since ilmu tu terlalu luas untuk nak disombongkan bila mana yang kita tau tu cuma sekelumit while selautan ilmu tu ada lagi yang kita tak terokai. 

And kalau kita rasa orang yang membaca tu sombong, maka kena terus membaca juga sampai baca kita meruntuhkan sangka buruk pada orang lain.

Maksudnya: yang ni related dengan ayat first tadi. Orang yang baca sikit, dia rasa macam dia power sebab tau banyak benda. Padahal maybe yang dia tau hanya stuck setakat bidang dia saja. Bidang orang lain dia tak power pun, sebab tu dia boleh mendongak since itu saja yang dia tau. Plus, dia bersangka buruk orang membaca tu sombong sebab apa? Sebab dia tak rasa bodohnya bila taktau banyak benda - sebab dia tak terokai benda lain selain apa yang dia dah tau.

That's all. I read for pleasure, but sometimes I read because there's something that I want to know further. Most of the time, pasal life.

Later,
XOXO <3

Isnin, 27 April 2020

Huawei Matebook D15 Review dari Malaysia (bukan budak tech)

Assalamualaikum.

Huawei Matebook akuuuuuu.
Bagi chance aku bercerita pasal laptop. Kalau mai semata nak tengok feature apa semua, feel free skip bahagian atas ni. Hampa boleh baca bahagian bawah aku khaskan pasal Huawei Matebook D15 ni saja. Actually ni laptop kedua yang aku beli sendiri. First laptop tapau abang punya, second beli sendiri, yang ni 3rd beli sendiri. Sebelum ni aku pakai Macbook Air tahun 2015 macam tu. Jadi quite macam terbalik pulak la kan sebab dari Apple switch mai laptop biasa.

Macbook Air aku tu beli memang ikut taste abang aku ja, sebab mak aku cakap "beli laptop yang elok kat adik. Duit dia dalam bank tu dok sayang buat apa, masa ni la nak guna beli benda penting." Sedih gilaaa aku time tu. Disebabkan aku quite pernah pakai laptop yang elok, so ada la beberapa yang aku boleh komen pasal Huawei Matebook ni. Macbook aku tu tahan macam apa tah, dulu takleh on  then bawak pi Switch dia cakap kalau nak repair anggaran dalam RM1.5K macam tu. Lepaihtu aku emo, letak dia bawah seat kereta. Then setelah 3 bulan macam tu, aku kemas kereta then saja la on semula - ya, dia boleh on balik. Segala kerja FYP aku semua ada lagi takdak apa yang hilang. Cuma external sound sat okay, sat tak okay lepastu dia dah tak boleh flip tutup then sleep macam sebelum ni. Kali ni tak boleh charge then beli la charger baru RM299, lepastu still tak boleh charge. Jadi aku jual ja charger tu semula gila-gila punya murah kat Carousel. =.="

..................................................................................................................................................

Bawah ni adalah review aku untuk Huawei Matebook D15 ya:

Jadi, aku tunjuk dulu la semua gambaq.

Aku dapat free wireless mouse tauu!

Dia punya charger, USB C-type. Kiranya toksah bimbang dah silap boh kutt mana tak masuk.

Cute bukan?

Cover dia sangat simple, aku suka.

Sound dia nice, memang boleh saing dengan Macbook Air.

Dari tepi belah kanan.

Dari belah kiri.
Aku rasa kan, after aku beli Huawei Matebook D15, baru pakat ramai orang beli. Cuba bayangkan, musim PKP aku order pagi Khamis, dia sampai tengahari Jumaat esoknya. Apakkk ah laju gilaa. And yang paling best, ada 2 orang mesej aku kat Shopee nak tanya feedback pasal laptop dari seller tu.. And aku scroll semula, jauhnya comment aku (antara yang terawal beli okayyy!) Aku beli Huawei Matebook D15 dengan harga RM2,388 dan dapat free Huawei Wireless Mouse. Aku beli dari sini ya, boleh beli dari seller ni https://shopee.com.my/product/21169502/4720315231 . Tapi ada option benda apa yang nak include sekali; so aku dapat harga tu sebab aku nak Wireless Mouse ja. Ada lagi harga lain untuk include barang lain sekali. Free publisiti yaaa seller ni dapat; aku adalah buyer yang sangat berpuas hati.


Huawei Matebook D15 ni sesuai untuk Photoshop dak?

Personally, aku rasa okay ja kalau hampa boleh tolerate dua benda ni. Colour yang quite flat dan slow loading sikit la. Contoh, kalau aku bukak tab banyak-banyak kat Photoshop dia akan loading sikit. Then kalau convert nak buat blur pun still akan loading. Colour flat tu memang takleh tipulah. Handphone Xiaomi RM338 aku punya colour lagi cantik dari Matebook ni. Aku takmau banding dengan Macbook Air la bab colour kan, takut jauh ketinggalan. Tapi for sure, berbaloi dengan harga.


Huawei Matebook D15 sesuai untuk gaming dak?

Hatni aku tak try, tapi based on aku tengok review haritu. Dia cakap hanya sesuai untuk game yang ringan saja. Kalau nak main PUBG ka, better la cari laptop lain.


Huawei Matebook D15 sesuai untuk Movavi and Filmora dak?

Setakat aku dok edit, alhadulillah okay. Takdak la stuck teruk ka apa, loading sikit takat 2 saat tu ada la. Aku tak nampak 'keterukan' laptop ni sangat until aku buat comparison dengan Macbook Air. 


Apa yang tak best (disadvantages) pasal Huawei Matebook D15 ni (personal preferences)?

Camera
Aku tak suka dia punya camera. Camera dia mendongak sebab ada dekat keyboard. Aku malas la pulak nak snap, tapi dia memang duduk dekat tengah-tengak keyboard sebelah F6. Then hampa kena tekan dia so dia akan pop-up terkeluaq.

Hasil camera Huawei Matebook D15
Aku takmau komen pasal hasil gambaq, sebab maybe affected by cat bilik aku yang tak cat semula hampir 18 tahun. Tapi cuba tengok, dia mendongak pi sampai ke siling. Normally, bila camera kat skrin, camera akan suluh muka. Tapi hatni, dia pi suluh lubang hidung dulu lepastu tunjuk habih kat orang siling rumah sekali dengan cat tak sekata tu. =="

Keyboard takdak lampu
Aku paling suka keyboard yang ada lampu. Tapi Huawei Matebook D15 takdak backlight. Maka, kalau aku buat qeja dalam gelap, memang aku suluh keyboard pakai lampu handphone aku la. Lepastu masa awai-awai, jari aku ni asyik extend ja sebab dok teringat keyboard Macbook lagi. But now dah okay la sebab dah biasa.

Bateri tak tahan lama
Bila aku cakap tak tahan lama tu, maksudnya aku compare dengan Macbook (of course). Bateri dia just tahan 4 jam setengah macam tu ja. Tapi hampa akan suka something, teruskan baca.

Tak boleh flip screen then terus sleep
Aku imagine boleh la lipat screen then satni bukak tengok dia ada balik. Automatic sleep macam Macbook kan.. Sekali... Hilang teruih semua hat aku bukak kat tab tadi, dia macam shutdown then on semula ja.

Takdak iMovie
Aku terasa betui. Dah la mudah sangat buat video pakai iMovie, sekali masuk-masuk takdak apa langsung software untuk buat video. Jadi aku just install Movavi dengan Filmora jela.

Takdak tempat switch lagu
Kalau sebelum ni, nak switch lagu just cari button next song. Now dah takleh gais. Aku kena buat-buat pederas sound then baru boleh switch dekat menu lagu yang appear kat screen.

Trackpad
Yang ni la yang buat aku rasa sangat kehilangan Macbook. Bila trackpad dah tak boleh control pakai satu tangan. Before this, nak gerakkan apa-apa just touch gitu ja pakai 2 jari takpun 3 jari. Now aku dah kena tekan sambil gerakkan and sangatlah tough pada aku - maka aku terpaksa guna 2 tangan. Yang tu la paling aku rasa kehilangan,

Takdak Google package and takdak Microsoft
Tapi hampa boleh install sendiri. Not a big deal ya.


Apa yang aku suka dekat Huawei Matebook D15 ni, personal opinion?

Harga
Ni benda wajib okayyy! First time keluarkan duit yang mai dari sumber pendapatan sendiri. Sebelum ni keluaq duit sendiri jugak, bezanya kali ni duit yang hasil aku kerja sendiri. Sebelum ni duit raya simpan dari kecik, tak sama... Harga dia sangat berpatutan la untuk 8GB RAM/256GB SSD+1TB HDD.

Bateri caj sattttt gila
Serious walaupun bateri tak tahan lama, tapi caj lajuuuuuu gilaaaaa. Dalam 1 jam ke sejam setengah macam tu dah full 100%.

Sound dia nice
Tadi aku record video pakai Yi Cam, then try sound Huawei Matebook D15. Memang sedap dengaq betui and dia punya quad speakers tuned by Dolby Atmos. No wonder sedap betui. Aku nak recall bunyi Macbook tapi tak berjaya, yang aku ingat sound boleh kuat gila-gila punya ah. Hatni nak kuat sangat tu tak la, tapi sound bunyi sedap.

Charger C-type
Hatni aku cam skeptikal awai-awai. Macam "eh, ni charger laptop?" . Lepaihtu aku saja la try charge pakai powerbank. Omg!!! Boleh charge laptop pakai powerbankkkkk yalll!!! Excited melampau gilaaaa. XD Tapi tu lah, jangan put high expectation k.

Log-in pakai thumbprint
Hatni pun aku suka jugak. Elok ja on, lepaihtu terus dia detect aku punya jari - dah tak payah nak password bagai dah (but still boleh setting password). So boleh login pakai both cara, either pakai thumbprint atau pakai password.

Okay yang tu jelah kutt review aku pasal Huawei Matebook D15 dari orang Malaysia ni kan. Aku ada cari jugak haritu review orang lain, tapi yang aku jumpak just review dari orang-orang tech saja. Em aku sebagai manusia biasa, nak tau benda basic macam ni ja pun.. Maybe nanti aku publish video pasal review aku kutt. InshaAllah.

Love,
XOXO <3

Sabtu, 25 April 2020

Aktiviti Menarik Boleh Dibuat Semasa PKP & Ramadhan

Assalamualaikum.


Well, aku bet hampa pun macam takdak arah jugak time PKP / MCO ni kan. Dia bukan macam takdak arah, tapi lebih kepada masa tu ada banyak tapi taktau nak buat apa selain dok dengan handphone then scroll Twitter, scroll IG, tengok movie, tengok TV, main game etc. Yang at the end of the day, rasa tu hilang tapi diganti dengan perasaan menyesal sebab tak manfaatkan masa betul-betul.

Masa awal PKP haritu, aku adalah antara orang yang paling takdak arah. Aku quite hilang arah sebab terlalu banyak masa yang ada - yang aku pun taktau nak buat apa then bazirkan macam tu saja. Lepastu menyesal. Aku paling tak suka perasaan ni... Kita enjoy dulu, tapi di hujungnya menyesal. :(

Jadi, ni adalah perkara-perkara yang mungkin aku dan hampa boleh try buat:
  1. Solat awal waktu - aku struggle jugak but aku try. Kalau dapat solat Zohor pukul 2 petang tu, aku dah more than happy dah

  2. Tagging Quran - actually aku ada beli Quran baru sebab haritu aku down then tak bersemangat. Quran tu ada, tapi malas macam mana tah. So aku beli Quran colourful siap tagging. Tapi ada yang aku tagging sendiri jugak la. Cantikkkk!! Nama al-Quran Humaira, harga boleh tahan la (sobss!). 
  3. Macam ni ya... Kalau plain takdak tag, RM45. Kalau Quran biasa, boleh dapat bawah RM20.
  4. Baca buku - buku yang bermanfaat contohnya. Apapun, sekarang aku tengah habiskan Twilight and Jaddid Hayatak

  5. Belajar memasak - sekarang ramai orang dok masak belajar dari TikTok. Aku legend, jadi aku belajar dari IG Khairulaming ja gais..

  6. Declutter barang-barang - yang ni antara yang first aku buat after PKP. Aku kemas balik semua benda, buang apa yang tak guna dah. Actually banyak ja barang tak guna, tapi sayang so kita simpan sampai berabuk then dah nampak buruk, barulah boleh buang. =.="

  7. Buat YouTube channel - actually, aku teringin nak ada Youtube channel ni sejak 2010 lagi masa zaman Mat Luftfi dengan Anwar Hadi. Tapi aku takut... Ni channel YouTube aku , subscribe la and give likesss sekali tau. Niat aku dari dulu, nak buat channel tapi taktau apa purpose. Then, aku letak video yang aku nak delete dari phone ke YouTube tu. Tapi time PKP, aku saja jela buat social responsibility sikit dengan ajar basic Photoshop dalam Bahasa Melayu (read: Bahasa Kedah). Many more to comes, inshaAllah. Manatau kutt nanti boleh buat duit dari YouTube hshshshskshskshsksksk

  8. Belajar design and editing - time banyak masa terluang la sesuai nak belajar skill baru tau. Hang ingat senang ka nak ada cuti bukan main punya lama siap dapat internet free 1GB setiap hari (walaupun line internet aku makin slow ja after redeem free internet).

  9. Main gitar - haaa ni akulah ni. Aku belajar sekerat lepastu stop. Nanti tiba-tiba minat mai semula, belajar lagi. Payah betul nak perabih satu lagu punnnn.

  10. Belajar new languange - kalau nak ikut ni, aku belajar Mandarin sendiri dari 2017. Aku pakai apps Hello Chinese untuk belajar Mandarin sendiri.Tapi stuck kat tempat yang sama ja. Sebab apa ya kawan-kawan? Sebab aku dok procrastinate. Sat belajar, lepastu stop. Nanti mai minat nak belajar semula, maka aku akan mula dari awal balik. Ya, ulang sampai mampos!

  11. Journaling - aku suka menulis tapi bukan die hard fan journaling yang macam dalam IG, Tumblr siap letak washi tape tu. Aku pure punya journaling... Tulis buruk pun takpa asalkan aku faham (_ _")

  12. Tulis planner - sebelum tidoq tiap malam, tulis planner. Plan benda apa nak buat esok. Then pikiaq balik benda apa yang nak diperbaiki harini, apa yang silap buat harini and nak improve next time. Benda ni membantu gilaaaaaaa, aku pun tak sangka. Kalau tak tulis, kita tak nampak benda apa yang kita buat. Actually masa minggu kedua PKP, aku lost gila. Aku taktau langsung benda apa aku buat then habis masa macam tu ja. Sibbaik bersambung lagi, so takdak la banyak penyesalan sangat since aku boleh cover masa next phasa PKP.
  13. Hafal Quran dan maksud - yang ni aku nak buat tapi tak terbuat-buat dari dulu. Sentiasa ada dalam wishlist aku. I mean, aku maksudkan surah-surah pendek la. Boring gila tiap hari 3 Qul, al-Asr, al-Qadr lepastu ulang balik. Takdak variasi langsung!

  14. Cat bilik - yang ni aku wish boleh buat tapi tak boleh. Sebab nak renovate nanti, so kalau cat pun buang masa plus buang duit ja

  15. Belajar video editing - btw, benda ni boleh belajar through YouTube ataupun try ja epxlore sendiri. It's nice yknow, kalau hampa minat, belajar la.. Manatau kutt jadi added value one day. Who knows, right?

  16. Start your own blog - actually blog ni bukan sesuatu yang hype dah. Blog ni hype around 2007 sampai 2012 macam tu ja. Zaman blog yang still ada Justkhai, Theotherkhairul, HoneyKoyuki (now FL dah ada anak 2 orang tauuu), HamisJalikha (Hanis Zalikha pun ada anak 2 orang dah and siap bertudung dah). Zaman tu blog tahap best sangat. But still, untuk orang macam aku - aku still suka blog. Sebab aku boleh baca semula banyak benda pasal diri aku. Just sebab aku tak suka type di Facebook and semua kawan-kawan aku baca. 

  17. Melukis and mewarna - ni pun sesuatu yang aku suka. Cuma... Aku enjoy the results. Aku sangat suka tengok painting dan potret yang jadi lawa. Or else, aku akan fedup. That's why aku dah lama tak buat any arts.

  18. Tulis personal notes - aku la manusia yang suka buat benda ni. Aku suka ayat-ayat motivasi yang soothing. And aku suka tips-tips yang contoh "How to love yourself" gittewww, then dia baru point 1 sampai 10. Haaa, aku manusia yang jenis tulis semula and compile dalam satu buku. Then next time aku perlukan any motivations, aku tau dimana aku boleh cari ya. Mudah bukan?
  19. Buat bisnes - musim PKP ni maybe la ramai akan cakap sapa nak beli, semua pakat nak simpan duit. Tapi... Hampa pikiaq semula, berapa banyak courier service yang mai singgah hantar  barang kat rumah semenjak PKP ni? Hampa maybe boleh start dengan dropship. Aku bet, ramai ja supplier yang perlukan dropship nowadays (still valid yaaa..)

Okay tu jelah yang aku boleh list setakat ni. Maybe suggestions aku hambar. Tapi aku memang cute dan hambar sikit pun. If you girls ada idea menarik lain, feel free to comment below ya!

Love,
XOXO <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...