Saturday, 21 April 2012

Contest : I Love My Friends.

Assalamualaikum.
Wait! What is dat Tinsyaz? Your new boyfie? Oh my?!!! Patutla dah tukaq blog baru!! 

Apala... Jangan dok teruja sangat bila nampak gambar laki macam Ronan Keating dengan John Lennon tu. By the way, ni la contest dari blog Cik Aqma yang segak tuu. Tajuk contest ni, I Love My Friends. Cik Aqma, Tinsyaz memang LOVE GILAAA ah kawan-kawan Tinsyaz tau!! Cuma Tinsyaz 'malas' ja nak mengaku depan-depan sebab nanti kawan-kawan Tinsyaz over-loaded-hepi-hepi-yang-terlalu-over-terlebih-dos. :)

Kepada siapa2 nak join contest nie ade syaratnya, antaranya adalah :

  • Follow blog Aqma
  • Letakkan banner di atas, dan link kn kepada contest ni
  • Buat satu entry yg bertajuk  CONTEST : I LOVE MY FRIENDS bersama gambar korang dengan kawan korang ( tak kesah la kawan korang sorang ataupun ramai)
  • Sertakan ‘KENAPA KORANG SUKA BERKAWAN DENGAN DIORANG ?
  • Lastly, Letakkan link blog korang dekat kotak comment Aqma
  • Tag kan kepada sorg rakan blogger anda. (make sure dia tahu)


Bagaimana pemenang dipilih ?

  • Cukup syarat2 di atas
  • Entry yg sgt best dibaca
  • Gambar bersama yang sgt sweet


Hadiah yg akan dimenangi :
1st = RM15 topup
2nd = RM 10 topup
3rd = RM 5 topup


Weiiihh!! Dapat topup tu, teruja ni.. Ahakzz, hope Tinsyaz menang la kan Cik Aqma. Mula-mula nak letak picture banyak-banyak sebab Tinsyaz banyak kali pindah sekolah ni, tapi dah syarat kena letak 1 picture ja, I will Cik Aqma, just for you.. Auuww <3


Ni kawan-kawan Tinsyaz di sekolah purple. Kami sweet kan? Haha, ok, ada buah rambutan, durian kat situ sebab time ni ada Pesta Buah-Buahan kat sekolah purple. 

Tinsyaz sangat sayang kawan-kawan Tinsyaz sebab diorang sangat-sangat caring, understanding, lepak, hepi, ambik berat dan tinggi antara satu sama lain. And, kawan Tinsyaz jugak selalu stay-up semata-mata untuk jaga Tinsyaz sebab Tinsyaz selalu sakit. So, banyak sangat perngorbanan and jasa kawan-kawan Tinsyaz ni, siriyes tau!

And, yang paling penting, kawan-kawan Tinsyaz ni always nak yang terbaik. Selalu jaga kawan-kawan, and kalau nak buat kebaikan, semuanya buat sama-sama. Rasa hepi sangat sebab ada kawan-kawan macam ni. Terasa hepi satu macam ja, sebab keeratan yang dijalin dengan keikhlasan yang bertunjangkan niat kerana Allah SWT akan membuahkan satu perasaan manisnya ukhwah yang terjalin dengan semangat yang memang superb tahap action kamen laaaa.. <- semangat disitu. (^^,)

Sebenarnya Cik Aqma, Tinsyaz ni Form4 baru kat sekolah purple ni. Masa mula-mula tu memang rasa awkward gila, tapi memang rasa best after tu sebab dapat kawan-kawan yang memang sekepala. Tinsyaz LOVE sangat kawan Tinsyaz sebab kami selalu hepi together-gather-ever, makan megi sama-sama dalam gelap disinari lampu koridor, stay-up buat homework sama-sama, saling pinjam meminjam buku sebab tak siap homework [oppsss!!!], sama-sama wake up awal untuk qiamullail, kena denda sama-sama sebab lewat. And, yang paling penting, kami jugak pernah sama-sama 'merempat' sebab dorm kena kunci akibat dari diri kami sendiri.. Ouuchh, sedih ooo, dorm kena kunci sebab tak kemas dan kurang ke-teratur-an. Haaa!! Kantoi!!! Saling pinjam-meminjam baju yang diletakkan kat ampaian sebab baju dalam loker tak buleh ambek [well yeah, dorm memang tak boleh masuk lansung even sebab nak ambek baju prep sekalipun.] Tapi, dari situ kami belajar erti semangat setia kawan, that's why I really love-mucho-much my friends.  

Hidup kat asrama memang best la Cik Aqma, siriyes! Memang kalau buleh, nak ja Tinsyaz jadi budak sekolah balik sebab nak jumpak kawan-kawan yang memang happening tahap. Ya, dari situ, Tinsyaz mula belajar untuk kenal erti hidup, sebab dah makin matured kan.. Dengan perjalanan yang jauh, baru ku mengerti nilai setiap perasaan. Ouchh, haha, terharu dak? Tak?? Ok, fooinnee... [=="]

Tinsyaz sayang kawan Tinsyaz sebab diorang selalu kasi semangat kat Tinsyaz. Malam before SPM tu jugak, Tinsyaz dengan dua lagi kawan bertolak pi hospital. Kami dua sakit, then ada chaperone sorang tolong jaga kami dua. Sedih, terharu, hepi, semua bercampur baur. Si chaperone tu tak henti-henti pegang tangan kami yang sakit ni sebab nak kasi semangat. Kami memang down habisan time tu, tapi dengan adanya si chaperone tu, kami rasa kami kuat and boleh hadapi kesakitan masa tu. Sampai ja kat hospital, kami bertiga still sempat tangkap gambaq sama-sama as Kenangan Malam SPM. :D

Tapi betul la Cik Aqma, persahabatan memang perlukan keikhlasan, ya, tu memang Tinsyaz setuju. And, persahabatan juga perlukan sikap saling mempercayai. Caring tu memang satu perkara yang bagus Cik Aqma, sebab caring tu membuatkan Tinsyaz lebih sayang kawan Tinsyaz. [berapa banyak kali daa perkataan sayang yang kau nak sebut ni Tinsyaz???] Sebab, masa malam before SPM, Tinsyaz masuk hospital, then after sampai kat dorm, rasa macam nak nangis jaa. Seragam sekolah Tinsyaz dah ada kawan tolong gosokkan, sebab bimbang Tinsyaz balik lewat dari hospital, then nak kena buat revision lagi untuk paper esok so, memang kesuntukan masa sangat-sangat.And, kawan-kawan Tinsyaz siap tinggalkan list chapter yang nak kena baca sebab memang akan spot soalan tu naik untuk SPM.Memang time tu bertakung dah ayaq mata Tinsyaz ni sebab terharu sangat. (T_T) 

"Uhibbu anti fillah". Tu maksudnya saya sayangkan anda [perempuan] kerana Allah. Ya, Tinsyaz sangat rindu sangat nak dengaq ayat tu. Tu yang rasa keeratan persahabatan sebab bersahabat kerana Allah. Mungkin bunyinya agak pelik bagi sesetengah orang, sebab rasa segan-and-banyak-lagi, tapi perkataan tu dah memang sebati dalam jiwa budak sekolah purple. Kebaikan tu perlu dilakukan bersama-sama, kawan yang mengajak ke arah kebaikan tu yang perlu dicari Cik Aqma, tapi tak bermakna kawan yang lain tu kita perlu tinggal. Takkk, maksudnya, kita pun perlu ajak kawan-kawan lain sama untuk menuju ke arah kebaikan, tak ke? :D 

Tinsyaz tuleh macam tu sebab terkedu seketika time Form4, masa hari last Syaaban, keesokannya nak puasa, kawan Tinsyaz challenge Tinsyaz? What?? Ya, dia challenge Tinsyaz untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan time bulan Ramadhan. Sebab, selalunya kita just tertumpu nak study-apa-semua-tu, tapi bila Ramadhan, banyak aktiviti yang akan dikurangkan dan akan ditekankan aspek rohaniah, so, ada banyak masa struggle habisan untuk khatam al-Quran. Kami berlawan dua orang. Then, Tinsyaz tanya dia, ada hadiah tak. After tu dia senyum segaris dengan mata kecik cinonet dia, dia cakap, 'hadiah tu takdak, tapi pahala tu banyak'. Dari situ, rasa berbunga hati, bersemangat!!

Peningkatan tahap kasih sayang Tinsyaz semaking meninngi bila ada kawan-kawan yang selalu ajarkan Tinsyaz sesuatu yang baru. Lumrah la kan kalau selalu kain koyak or lencana tertanggal kan? Tak lumrah? Errr, Tinsyaz kasar, jadi perkara macam tu memang dah sebati dalam diri Tinsyaz. Chewwahh!! Tapi betui la, dari persahabatan ni, kawan Tinsyaz ajar cara untuk tangani masalah kain terkoyak. Just pakai stapler. WHAT??!! Well, kami takdak banyak masa [malas sebenarnya..] Then, bila lencana Tinsyaz terkoyak, otak Tinsyaz dah jadi semakin kreatif, lalu Tinsyaz akan gunakan selotep or double sided.. Haha, memang la after tu tudung akan kotor, tapi, ada Tinsyaz kisah? Hahahha, that's why I really love my friends.

Entri Tinsyaz dah panjang, tapi the last one, Tinsyaz sangat sayang kawan Tinsyaz. Friends is just like family bila kat asrama, siriyesli. Bila Tinsyaz down, then marah dengan diri sendiri, for sure akan menangis. Then, mata memang tahap sembab-sepet-gila-gila, memang muka sememeh gila. The touching moment yang memang Tinsyaz ingat, bila Tinsyaz nangis kawan-kawan akan pujuk, bagi kata semangat, then dengan tangan diorang, diorang lap ayaq mata Tinsyaz, tapi ternyata tangan tak mampu menyerap ayaq mata yang berdozen.. So, diorang korbankan hujung lengan baju or tudung untuk lap tears yang bergelen tu. Tersentuh sangat. They hug me tight and then, they touch my hand, stare at my gorgeous eyes [perasan seketika], and say, "Tinsyaz, sabaq tau. Allah sayang Tinsyaz, sebab tu Allah uji Tinsyaz macam ni. Ujian tu penghapus dosa, tu tandanya Allah sayang. Bila Allah sayang, Allah akan bagitau kat malaikat yang Allah sayang kita, then malaikat-malaikat akan turut sayang diri kita". Memang time tu Tinsyaz rasa lega, rasa disayangi sangat. 

"Dan mereka yang akrab ketika di dunia akan bermusuhan melainkan orang-orang yang bertakwa (QS : Az-zukhruf : 67)"

Ayat ni bermaksud sahabat yang akrab di dunia tetapi tidak saling menarik ke jalan Allah, malah melakukan dosa-dosa yang dikeji, maka mereka inilah yang akan bermusuhan dan saling menyalahkan di akhirat kelak...kerana mereka tidak saling mengingatkan, tidak saling membawa manfaat untuk kehidupan yang kekal abadi.. [kredit]

Namun, sahabat yang bersahabat kerana Allah, yang saling mengingatkan apabila terlupa, yang sentiasa mendoakan di setiap hujung solatnya, yang apabila terlihat wajahnya mengingatkan dia akan tuhan.. itulah persahabatan yang berbahagia hingga ke akhirnya.. [kredit]

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

For Cik Aqma, entri ni memang untuk join contest Cik Aqma. Tapi, entri ni jugak khas ditujukan pada kawan Tinsyaz yang mungkin Google nama 'Tinsyaz' and terjumpak blog ni sebab Tinsyaz dah stop tuleh blog yang lama tuu. For all my fren, I really love you. Best friends till Jannah, insyaAllah.


P/s: Cik Aqma, Tinsyaz bahasakan diri Tinsyaz menggunakan nama sebab Tinsyaz memang bahasakan diri sendiri macam tu di alam realiti. Tapi, ni blog peribadi, memang all entri dibahasakan sebagai 'aku'. :D

#aku harap, kami semua bersahabat bukan atas kepentingan peribadi, tapi bersahabat kerana Allah, sama-sama mencari diri mengejar redha Illahi, insyaAllah#


7 comments:

  1. blog anda diterjah
    done follow u !

    hebat kwn2 awak..^^

    jemput singgah, follow skali..tq
    http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/04/contest-i-love-my-friends.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay!! blog tinsyaz diterjah...
      well, kwan2 tinsyaz.. mst r hebat...:)

      Delete
  2. Congratz sebab anda dipih sebagai pemenang tempat PERTAMA ! :)

    ENTRI AWAK SGT PANJANG ! SAYA SUKA SBB DAPAT TGK KEIKHLASAN AWK MENAIPNYA :). tempat PERTAMA akan mendapat topup RM15.

    BOLEH SAYE TAHU AWAK NAK TOPUP MXIS OR CELCOM OR DIGI ?
    DAN FB AWAK ?UNTUK MEMUDAHKAN SAYA.
    SILA COMMENT DI BLOG SAYE :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay!! tenkiu cik aqma..

      guna celcom.. :D yes, ada scholarship p matrix, topup!! yey!!

      Delete
  3. teyn, mata aq yg bnjir bca entry ni spe yg nk tolong lapkan.... wahhhaaaa.. terharu2.. sweet bangettt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...